Khamis, 24 Februari 2011

Berkereta di Singapura

Sebelum masuk ke Singapura anda perlulah :

Untuk Pertama Kali :
Belilah kad Autopass dengan harga S$ 10 di pejabat Land Transport Authority (LTA) selepas pusat imigresen. Sila pastikan anda membawa : kad pendaftaran kereta, sijil insurans dan pelekat cukai jalan untuk mendapatkan kad Autopass anda.

Untuk Kedua Kali @ berikutnya, dengan menggunakan kenderaan yang sama; anda harus masukkan kad Autopass ke dalam slot pembaca kad di pusat pemeriksaan imigresen.

Sebelum Memandu Keluar dari Singapura :
sila tambah nilai Kad Autopass dan pastikan kredit anda mencukupi. Masukkan kad Autopass ke dalam slot pembaca kad di pusat imigresen dan semua bayaran yang dikenakan selama anda berada di sana akan ditolak secara automatik.

Berapakah bayarannya?

Sebelum keluar,anda perlu menjelaskan 3 jenis bayaran :

1/ Bayaran ' Vehicle Entry Permit' (VEP) sebanyak S$20 utk kereta dan S$4 utk motosikal setiap hari dari hari Isnin sehingga Jumaat sebelum jam 5 ptg. Tiada bayaran dikenakan pada hujung minggu,pada hari cuti umum Singapura dan pada hari-hari biasa dari jam 5 ptg sehingga jam 2 pagi. Bayaran VEP juga dikecualikan antara jam 12 tgh hari hingga jam 2 pagi pada hari-hari biasa di musin cuti sekolah Singapura iaitu pada bulan Jun dan Disember. Warganegara Malaysia juga boleh menikmati VEP-pandu percuma selama 10 hari setahun. Maklumat lanjut sila layari www.lta.gov.sg

2/ 'Electronic Road Pricing' (ERP) harus dibayar bila memandu di atas jalanraya atau lebuh raya yang dikawal oleh skim ERP. Kadar bayaran ialah S$5 sehari.

3/ Bayaran tol akan dikenakan bila keluar sama ada melalui Woodlands Causeway (masuk percuma, Bayaran keluar S$10 ) atau laluan kedua Tuas (S$3.70 untuk kedua-dua belah). Untuk maklumat lanjut berhubung bayaran terkini boleh layari web diatas.

Anda boleh tabah nilai Autopass di Singpura :

1/ Mesin ATM ( OCBC,DBS,POSBank) yg memaparkan tanda Autopass Card Topup
2/ semua kedai 7-e
3/ stesen miyak terpilih
4/ kedai serbaguna terpilih
5/ gerai-gerai tambah nilai Autopass ( Woodlands Centre Road, Turf club Avenue dan Jalan Ibrahim, berdekatan dengan Tuas West Drive)

Sekiranya anda memanglah seorang pelupa untuk tambah nilai Autopass anda, maka :
Sila ke pejabat VEP/Tol di pusat pemeriksaan dan bayar yuran VEP/ERP dan bayaran tol secara tunai @ Visa/Mastercard. Sebab anda pelupa anda dikenakan bayaran pentadbiran iaitu sebanyak S$10.

card Autopass boleh digunakan untuk membayar caj tempat letak kereta.

ok, kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut semasa sudah berada di Singapura nanti, anda bolehlah hubungi 1800 736 20000 (24jam) tapi kalau call dari Malaysia,mmg tak dapat nak tolonglah, hanya semasa berada disana sahaja ya.

Sekian, terima kasih.

p/s : nanti akan di update pasal laluan jalanraya ke USS.

Ahad, 20 Februari 2011

Phnom Penh, Cambodia

Nov 2007 | Percutian bersama mak dan abah

Percutian bersama-sama rakan sepejabat abah. Jadi hanya ada tiga orang sahaja anak muda dalam percutian ini. Termasuk diri sendiri. Disebabkan percutian ini melalui agent pelancongan, jadi kesemuanya sudah diambil kira hanya goyang kaki saja. Saya sebenarnya lebih gemar percutian yang dirancang sendiri tapi disebabkan hanya menyertai rombongan ini, jadi ikut sahaja rancangan mereka.

Kedudukan hotel berhadapan dengan Sungai Mekong dan kebetulan semasa lawatan sedang berlangsungnya pertandingan Regatta. Jadi keadaan sungguh meriah dan rancak sehingga tengah malam.

Sekiranya melawat Phnom Penh, sudah pasti anda perlu melawat Tuol Sleng Genocide Museum, Choeung Ek juga dikenali sebagai The Killing Fields ( Kalau melawat kawasan ini jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah, kerana kebanyakkan yang dibunuh adalah daripada kalangan umat Islam ), tempat membeli belah Phsar Thom Thmei.

Apa yang menarik dalam kunjungan kali ini adalah ada juga aktiviti untuk membuat kebajikan kepada saudara seislam. Rombongan kami bergerak ke satu perkampungan yang jauh ke dalam pendalaman. Disebabkan acara Regatta sedang berlansung maka kami terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas dan sampai ke perkampungan tersebut pada jam 4 petang.

Sampai disana, kami disambut dengan penuh meriah oleh orang kampung. Kami berkumpul dibahagian hadapan surau yang sedang dibina hasil daripada kutipan rakyat Malaysia yang prihatin. Alhamdullilah surau ini akan siap ketika menjelangnya sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

Aktiviti menyerahkan naskah Al-quran, sumbangan pakaian dan juga alatan menulis kepada penduduk kampung dan sedikit gula-gula dan juga mainan kepada budak-budak kecil. Menjelang petang keadaan agar sukar kerana tiada bekalan elektrik hanya bertemankan cahaya daripada pelita minyak tanah. Mak cakap, keadaan mereka ini lebih teruk daripada keadaan Malaysia pada tahun selepas merdeka. Syukur dan rasa insaf memang Allah sahaja yang tahu.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, hanya terdapat dua golongan dikampung ini, golongan lelaki yang paling ketara. Golongan lelaki yang berumur 70 tahun ke atas dan 25 tahun kebawah sahaja yang ada. Rupa-rupanya hampir kesemua lelaki didalam lingkungan 25-69 telah menjadi korban ditangan Pol Pot pada tahun 1975. Kebanyakkan anak-anak muda ini dihantar ke sekolah pondok di selatan Thailand untuk mendapatkan pendidikan. masih jauh ketinggalan saudara-saudara Islam kita disini.

Perjalanan pulang ke kota sangat gelap gelita dan lampu didalam bas dipasang sepanjang perjalanan. Di dalam bas memang perasaan sedih dan bersyukur sentiasa didalam hati. Owh, rombongan kami juga disertai oleh seorang Ustaz yang berasal daripada perkampungan tersebut. Banyak kisah pengalaman beliau dan ahli keluarga diceritakan sepanjang perjalanan ini.

Kami berada di sini hanya dua malam sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Saigon, Vietnam.

p/s : anak-anak muda Malaysia yang tidak sedar diri asyik nak berempit,dadah,mencuri, meragut patut dihantar kesini buat khidmat masyarat bagi sedarkan diri yang tidak sedar-sedar itu.

Jumaat, 18 Februari 2011

Bandung, Indonesia

April 2009 | Ahli rombongan : 7 orang

Percutian yang memang secara sepontan. Ada jualan hebat di laman web Air Asia. Tiket pergi balik dari KL-Jakarta hanya RM 2++ , rasanya tidak sampai RM 250 pun. Terus beli. Call kawan-kawan yang lain ajak bersama-sama.

Jadi disebabkan secara sepontan, maka perkara yang paling penting sekali untuk difikirkan ialah penginapan. Tempat penginapan yang dipilih ialah Hotel Bumi Asih .

Hotel ini sangat best dari segi lokasi dan juga design. Bangunan lama,ada courtyard tidak ramai orang dan very cosy. Yang paling penting sekali ialah berdekatan dengan tempat membeli-belah!

Jakarta
Kami tidak melawat Jakarta pun. Jakarta dalam trip ini macam touch n go ja lah. Selepas mendarat di Airport, terus mencari cara untuk ke Jakarta Central. Jumpa kaunter info, terus ke tempat tiket bas dijual. Beli on the spot, harga ke sana dari airport naik bas lebih kurang dalam Rupiah (Rp) 6000 (lebih kurang la, kalau tak silap )terus naik bas yang dah mengunggu. Jarak perjalanan tidak lah jauh tapi sebab Jakarta memang terkenal dengan kesesakkan jalan raya jadi bersabar ja lah.

Sampai di Jakarta Central cari kaunter tiket train ke Bandung. Jarak perjalanan dari Jakarta ke Bandung kalau naik bas atau keretapi lebih kurang sama. Dalam 3 jam lebih. Malangnya tiket untuk first class dah habis. Tiket untuk first class nih harga dia lebih kurang Rp 60,000 - Rp 35,000. Tapi sebab dah kehabisan dan next train hanya ada lagi 2 jam, maka kami pun terus membeli tiket biasa. Rasanya dalam Rp 20,000.

Masuk dalam gerabak memang nak gelak la. Dengan kipas pusing, seat pun macam keretapi lama dalam cerita hindustan tu. Layan jugak la. Dah la lapar kan. Nasib baik ada orang datang jual air dan boleh order makanan dalam train.

Semasa perjalanan tu pemandangan dia memang cantik.. Boleh tengok perkampungan,sawah padi bukit,air sungai memang menarik. Tapi sakit pinggang, sebab seat keras.

Bandung
Sampai di sana, terus mencari-cari pemandu van untuk disewa kerana ahli rombongan lebih daripada empat. Jumpa sorang mamat nih, nama dia Imad. Bincang-bincang harga dengan dia, terus masuk van. Sampai di Hotel, Bandung jam 5 petang.

Masuk bilik, letak barang terus keluar mencari makanan dan shopping! Perlu shopping sebab baju memang tidak dibawa kerana telah berniat untuk membeli sahaja yang baru di sini. Memang itu pun tujuan ke sini.

Hari Kedua
Bincang aktiviti pun masa berakfast. Tips : Sila makan dengan begitu hebat di hotel anda supaya boleh jimat untuk tidak makan tengahari.

Aktiviti dimulakan dengan memasuki Kedai Jonas Photo. Memang disuruh-paksa masuk kalau anda adalah seorang jurufoto. Banyak album yang memang gorjes dan murah. Kami secara tidak sengaja telah bertanyakan harga kalau mahu ambik gambar di studio untuk kenang-kenangan. Dia akan print sorang 3 keping gambar saiz normal 1 keping saiz panjang dengan harga tidak kurang daripada RM10 seorang dan dapat semua softcopy yang diambil. ON terus! Gambar siap dalam masa tiga hari. Boleh mintak cepat kalau lawatan anda singkat.

Hari ini lebih kepada shopping, sebab mahu elak untuk shopping pada hari minggu. Kerana hari minggu orang tersangatlah ramai dan haruslah tidak seronok. Makanan pun tidak susah, banyak makanan halal sekitar area ni. Factory Outlet (FO) tersangatlah banyak hanya sediakan duit sahaja. Jalan Riau ini memang banyak FO antara yang menarik perhatian ialah : Heritage ( cardigan sangat banyak),Secret ( Shirt banyak ), Oasis ( T-shirt ), Pos Bandung ( Banyak baju baby dan budak-budak ). Kedai baju designer local pun menarik jugak banyak disini.

Hari Ketiga dan Keempat

Kami telah bersetuju untuk mengambil perkhidmatan Imad sebagai pemandu kami sepanjang di Bandung. Jadi dikenakan bayaran mengikut jam. Tapi Imad ni layankan aja kitorg, terlebih masa pun dia tak kisah. Owh dia minat dengan Ukays. Jadi dalam van kami pun karoke lah lagu2 Ukays, disana menanti disini menunggu.

Aktiviti yang memerlukan perkhidmatan Imad adalah untuk ke : Pasar Baru, Jalan Cihampelas, Tangkuban Perahu, Kampung Daun,Ladang Strawberry, ITB,Rumah MODE dan Van Java Shopping Centre dan seterusnya menghantar kami pulang ke Jakarta Airport. Jadi kami menggunakan perkhidmatan Imad untuk 2 hari penuh dan perjalanan ke Jakarta.

Hari Kelima
Aktiviti berjalan-jalan sekitar kawasan penginapan. Ada pasar pada hari minggu di depan Gedung Sate. Menarik la pasar dia, konsep lebih kurang pasar malam tapi dibuat pagi-pagi. Memang best dapat tengok cara hidup orang Bandung.

Masa balik nih, baru la tercari-cari budak-budak yang menjual beg besar tepi-tepi jalan. Mula-mula sampai sombong dengan diorg, hari last sebab barang dah tak muat baru nak mencari. Beg jual mahal kami namakan beg tersebut. Murah,besar dan berguna disaat akhir.

p/s : sebelum pulang boleh la beli brownies Bandung. post biarlah gambar berbicara akan menyusul kemudian hari bila tiba masa rajin.

Rabu, 16 Februari 2011

Indonesia

Sehingga kini negeri-negeri di bawah Kepulauan Indonesia yang telah dilawati ialah :
2002 - Jakarta dan Bali
2008 - Padang dan Bukit Tinggi
2009 - Jakarta dan Bandung

2002
Pengalaman melawat bersama rakan-rakan kuliah studio vernakular dibawah Dr. Sani.

2008
Memenuhi jemputan perkahwinan rakan sekolah senibina, Marwan & Rahayu

2009
Melancong secara tidak sengaja dan plan on the phone sahaja dengan ahli-ahli rombongan.

P/s : Semalam ada cerita Laskar Pelangi di Astro, salah seorang Pensyarah di sekolah senibina ada buat post di wall FB. Terus diajak join aktiviti ke Bali bersama student beliau pada march ini. Singkat sangat nak apply cuti pun, plus tahun ini rasanya Indonesia tidak ada dalam list. Tapi kalau dia jadi nak buat lawatan ke Pulau Belitung memang mahu ikut. Pulau yang cantik.

Sabtu, 12 Februari 2011

Singapore

Negara kedua bagi diri sendiri, kerana kaum kerabat abah adalah berasal daripada tanah Temasik ini ( ok,berdarah Jawa dan Bugis, well kitakan Kepulauan Melayu ). Cerita berhubung asal keturunan akan berhenti disini kerana perkara yang akan difokuskan ialah pengalaman bercuti dan juga info-info pasal negara Singapore.


Aktiviti berkunjung ke Singapore lebih rancak dilakukan sejak belajar di Sekolah Senibina di UTM Skudai. Hampir setiap semester perlu adakan lawatan ke sana dengan alasan - eh ada bangunan baru siap di sana,mari kawan-kawan kita ke sana dan dijawab dengan - MARI!


Semasa bergelar pelajar, kami akan menuju ke Pasar Larkin dan park kereta di sana. Beli makanan seperti air,roti,coklat dan roti lagi sebagai bekalan makanan di sana nanti. Nama pun student jadi poket pun poket student la. Pertukaran wang adalah dinasihatkan dilakukan di Malaysia, mudah dan senang pun. Di Pasar Larkin pun ada.


Pengangkutan :


1. Boleh ambik bas Cosway ( kaler kuning ) ada 2 bas tapi tak ingatla pulak Cosway no. 1 ke no.2 tapi ambik yang ada tulis Kranji. Harga tambang RM 2.00. Sila simpan tiket ini kerana akan digunakan untuk tujuan pengesahan selepas melalui proses cop2 passport dan kastam.


2. Setelah menyeberangi Tambak Johor, perlu turun dari bas dan masuk ke Terminal Emigration untuk urusan seperti biasalah. Perlu mengisi borang warna putih sebelum ke kaunter. Borang tu ada disediakan di sini. Setelah dicop sila simpan borang ini dengan selamat agar tidak mengusahkan diri untuk pulang nanti.


3. Turun dan tunggu bas di laluan yang telah disediakan dibahagian bawah. Sila pastikan anda mengikut laluan bas yang betul. Sila rujuk papan tanda di laluan bas itu. Sebelum naik bas tunjukkan tiket bas tadi kepada pemandu bas or pekerja ditepi bas.


4. Sampai ke Kranji Station, turun ( first stop ). Dari sini boleh terus ke kaunter untuk beli tiket EZ Link. Minimum $10 dollar Singapore ( $ SD ). Kad ini sangat bagus kerana boleh guna untuk MRT dan juga bas. Boleh rujuk disini ye. Kad ini boleh simpan atau boleh refund masa nak pulang nanti.


5. Dari Kranji, anda boleh pilih mahu kemana. MRT system sangat bagus ye. Tak perlu pening kepala, pilih saja destinasi anda.


Destinasi Pilihan


1. Orchard Road


Jalan-jalan cari pasal nak habiskan duit,inilah kawasan anda. Sepanjang-panjang jalan terdapat bermacam-macam gedung membeli belah. Pilih yang mana suka. Boleh rujuk disini. Lagi satu, hanya ada satu Masjid sahaja di kawasan ini, pusat membeli belah dia tiada disediakan surau ye,harap maklum. Masjid Al-falah. Terletak di Jalan Bideford dipersimpangan Takshimaya,Paragon dan Hotel Grand Park Orchard.


2. Pulau Sentosa


Perlu menaiki MRT ke Vivo City terlebih dahulu. Vivo City nih salah satu pusat membeli belah yang besar di tepi laut bersebelahan dengan Pulau Sentosa. Dari Vivo city ini anda boleh ke tingkat atas dimana terletaknya tiket untuk memasuki Pulau Sentosa. Ada banyak cari ke sana. Boleh naik bas $SD 2.00 berhenti terus di Universal Studio Singapore ( USS )-bas akan berhenti dibahagian pintu masuk ke kasino. Ada tangga-tangga menuju ke atas.


Ok, kalau nak ke Pulau Sentosa ini, rasanya 2 hari just nice. Satu hari di USS dan satu hari pusing Pulau Sentosa. Ini info pasal USS dan Pulau Sentosa.


3. Esplanade


Kalau mahu kesini boleh, dari kranji boleh turun ke City Hall. Kat sini ada bangunan yang macam durian-ke-tp-macam-mata lalat-pun-ye jugak. Pastu ada Patung kepala Singa badan ikan mulut keluar air tu. Kalau nak buat town trail area sini pun menarik, boleh terus jalan ke Clarke Quay.


Kesimpulan :


Kalau bercuti ke Singapore masa belajar selalu habiskan seharian disana. Ambik bas yang paling last untuk ke Tambak Johor. Boleh main macam Amazing Race kalau mahu. Mmg best!hahaha. Kalau nak bermalam disana pun ok,tp saya hanya pernah bermalam di rumah saudara mara sahaja. Nnt kalau ada pengalaman beradu di Hotel akan diceritakan kemudian.


Harap-harap rajin nak update post bergambar nanti.


p/s : owh tahun ini mungkin akan kesana dan destinasi kali ini adalah Arab Street.

Khamis, 10 Februari 2011

Pengenalan

Sudah lama mahu menulis pengalaman berkelana di bumi Allah. Maka dengan ini, blog kedua saya akan menceritakan pengalaman pahit manis semasa di negara lain. Semoga mendapat kekuatan dan tahap kerajinan untuk sentiasa update blog ini.