Isnin, 23 Januari 2012

Milan

Ini adalah sambungan Summer Trip 2011. Destinasi seterusnya ialah Milan, Italy

Dari Barcelona,

Setelah sampai Airport, macam biasa terus check-in luggage. Kemudian aktiviti mencari port untuk solat. Jalan punya jalan, survey punya servey jumpa kat bahagian bawah tempat ketibaan lenggang dan dekat dengan tandas. Terus lepak disini menunaikan kewajipan kepada Allah.

Sepanjang di bumi Barca ni, semua org yang kitorg jumpa atau bertanya ramah taman mesra alam. Masa dalam toilet nak ambik wuduk pun, cleaner yang masuk toilet tu nampak kitrog terus cakap dengan ceria, " Hola!"

Dah selesai solat and rest kat sini, dah nak dekat-dekat masa berangkat naik semula ke bahagian atas. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai lagi flight. Rupa-rupa delay la pulak. Ramainya manusia masa tu tak payah cakap la. bertembung dengan flight selepas kitorg kan.

Dalam dok rest2 tu tetiba nampak seorang American ni ( ok ini adalah tuduhan tp rasanya dia mmg org America ) dalam lingkungan awal 40an la. Dia tanya dekat kaunter kedai depan tpt kitorg tgh duduk, sama ada ada tak kedai lain, tapi minah kat kaunter tu tak paham English so macam bising la jugak. Kesian dengan Pak cik tu ( panggilan suka hati ) maka I pun pergi lah kat dia. Tanya, ada apa2 masalah ke? so dia pun cakap la, just nak tau ada tak kedai lain selain kedai ni. Nasib baik kitorg dah jalan-jalan tadi, terus bgtau ada satu kedai lagi kat bahagian hujung. Bersungguh dia ucap terima kasih.

Lepas cari tempat nak duduk, tetiba minah kat sebelah tanya, boleh cakap english ke? ( syak dia nampak i pergi tolong pak cik tadi kot ) kitorg pun cakap la boleh. Terus berborak dengan dia. Muda lagi minah no, baru habis sekolah. Dia bercuti sebulan di Spain sorang-sorang. Terus la dia cerita pengalaman dia kat Spain sorang2. Menarik juga.

Akhirnya tiba jua masa untuk berlepas. Dalam flight je terus tido tak sedar diri. Sampai di Milan jam 12 lebey. Sunyi sepi. Nasib baik rakan sepasukan K, beli tiket bus dlm flight utk ke Milan Central (MC), sebabnya masa sampai semua kaunter dah tutup. Lepas ucapkan babai kat minah muda belia tu, kitorg pun duduk kat luar airport. Pikir apa langkah seterusnya.

Ikut plan asal nak tido kat Airport, dalam jam 3 pagi baru gerak ke MC, tapi sebab airport tu sunyi sangat macam takut la pulak. So keputusan telah dibuat untuk terus ke MC. Tunggu punya tunggu tak nampak satu pun bas yang ada. Mula la cuakkan. Harap2 ada la bas pagi-pagi ni, kang terlepas pulak train nak ke Venice nnt.

Yang ada bas transit from terminal A ke terminal B. Lama sangat tunggu, kitorg pun pergi la tanya driver bus transit tu. Agak macam ayam dgn itik juga la cakap pun. Bila tunjuk tiket bas yg dibeli terus dia tunjuk kat mana tpt nak tgu, drpd apa yg paham, dia cakap pagi2 mmg bas tak banyak. Sejam lebih sekali,kalau siang mmg banyak.

Bila tiba bas, terus la naik. Rupa-rupanya boleh je beli kat driver bas. Alah mcm ala2 bas kat LCCT nak ke KL Sentral la. Beli on the spot.

Setelah sejam dalam bas, maka kami pun tiba la di MC pagi-pagi buta. Ingat sunyi la kan, tp meriah lagi wpun kena lepak kat luar sebab MC dikunci dan akan dibuka sejam sebelum train pertama berlepas. Rasa selamat nak lepak tido kat sini sebab ada ramai pelancong yang miskin mcm kami tak mampu nak sewa hotel akan naik train awal pagi lepak tido sini. Yang lebih terasa selamat sebab setiap setengah jam akan ada   sebijik 4w anggota polis mengawasi kat situ. Diorg lepak dalam 20 minit lepas tu pergi round2 and datang balik.

Tapi rasa selamat kitorg telah diganggu oleh seorang pak cik tua ini. Dia lepak depan kitorg. Nampak gaya mcm homeless bukan pelancong la. asyik pandang jeling kat kitorg. Kitorg ubah tempat, dia datang duduk dekat jugak dgn kitorg. 3 kali kot tukar tempat dia ikut. last2 nampak ada satu group 3 orang mamat Arab dok lepak. Sebelah diorg kosong, so terus pergi lepak situ. Tu pun dia ikut jugak tapi duduk jauh sikit.

Bila pintu MC dibuka terus kitorg cari port baik nak lepak. Dia ikut jugak! geram betul. tapi kitorg x de la pergi sound ke apa kan. Lagi 2jam nak bergerak ke Venice ( dalam pukul 5 pagi kalau x silap ), kitorg pun nak pergi toilet nak bersiap2, dia datang tanya sekarang pukul berapa.!!!! nak tanya sekarang pukul berapa je ke dari tadi! serius tak faham sampai sekarang.

Maka, perjalanan seterusnya adalah Venice.

Sebenarnya Milan ni kira mcm Touch n Go je lah kan. Setakat sampai airport dgn MC je pun.

Sebab malas nak upload gambar, mari kita saksikan video daripada matreyia's Channel ( Youtube ) bagaimana rupa bentuk MC.


Rabu, 11 Januari 2012

Barcelona - Day 3

Hari terakhir di bandar Gaudi.

Sebenarnya, plan asal trip kami sepatutnya mempunyai lagi seorang ahli. Bakal dr.M. Tapi memandangkan tugasan phd tidak dapat di elakkan, maka hanya tinggal kami bertiga. Barcelona tidak termasuk dalam negara yang bakal dilawati sehinggalah, dr.M mencadangkan kerana ada kawan sekolah juga yg tengah sambung phd. bakal dr.K.

Kami plan jumpa dr.K dgn keluarga pada hari terakhir. Berjanji utk berjumpa di depan Hard Rock Cafe Barcelona.

Lama tak jumpa dr.K ni, rasanya last jumpa masa habis SPM. Sekarang dah ada anak dua. Suami dr.K pun suruh kami tunggu diorg untuk beli sourvenir. Sebab dia pandai berbahasa catalan. Selamat duit kami. Dahla pandai tawar menawar. kami hanya pilih, letak di kaunter dia jalankan aktiviti tawar menawar. Bayar duit. Selesai. Sempat lagi org kedai tu bagi hadiah free kat dia. Sebab bawak kawan-kawan datang beli kat kedai ni.

Paling best, dr.K buat nasi tomato kat kami utk makan tghr!Sedap.Teruja betul nak makan nasi setelah beberapa hari mengadap kebab ja.

Lepas makan nasi, jalan-jalan cari kedai churros. Bersungguh suami dr.K nak ajak kami makan churros di kedai yang paling best. Akhirnya jumpa jugak. Sangat sedap!coklat pekat habis.

Bila dah jam 2 petang, kami perlu bergerak pulang ke hotel untuk bersiap pulang dan meneruskan perjalanan di bumi Italy.

Perjalanan untuk ke Airport, mengambil Aerobus di Plaza Catalunya.

Malang juga nasib kami, sepatutnya berlepas jam enam petang, tapi delay sampai jam 10 malam. Jam 12 tengah malam baru sampai di Milan.

Sebelum berlepas ke Italy, mari berhibur dulu dengan permandangan di sekitar Barcelona :
p/s : Gambar hari ke-3 akan menyusul nanti.