Sabtu, 18 Februari 2012

Lake District

Tempat yang paling terasa sungguh segar oksigen yang disedut. Sangat cantik, Subhanallah! cantik sungguh ciptaan Allah dikawasan ini.

Banyak lagi rumah-rumah kampung yang comel dan cantik kat area sini. Jalan sikit berhenti keluar kereta ambik gambar, pelbagai gaya.

Sesungguhnya sungguh sihat tubuh badan berada disini. Kawasan Lake Districk ini besar, kalau nak hiking pun ada laluan-laluan tertentu. Nak naik bot pusing-pusing tasik pun ada. Nak mandi-manda pun boleh.

Satu hari disini bagaikan tidak memadai nak feeling! kalau datang musin autumn mesti lagi cantik dengan daun-daun keguguran layu..aaaaaaaaa..(mohabattien sket)

Mari kita layan gambar ( daripada Youtube ) :




Untuk info yang lebih terperinci : Lake District Guide

Rabu, 15 Februari 2012

Manchester - Cheshire Oaks

Bangun pagi gosok gigi cuci muka jangan mandi  sebab sangat sejuk. Ok, sy adalah sejenis manusia yang sngt tidak tahan kepada cuaca sejuk. Kalau dirumah pasang aircond sudah pasti sarung kaki menjadi teman sejati. Eh macam lari pulak post.Tapi saya mandi juga walaupun time sejuk.

Berbalik kepada perjalanan kami di England. Tempat tujuan hari ini ialah Manchester dan Designer Outlet. Perjalanan lebih kurang dua jam daripada rumah Dr.M dengan menaiki kereta. Mujur ada suami Dr.M yang sudi menjadi pemandu dan melayan kerenah kami bertiga.

Tapi, agak malang nasib kami kerana Old Trafford sedang dalam renovation. Maka tidak lah dapat kami memasuki kedai Man-U yang sangat besar itu.

Benda yang sungguh ajaib telah terjadi kepada kami. Masuk kedalam kawasan stadium, tiada pengawal yang berjaga dihadapan pintu menuju ke dalam cafe. Naik tangga dengan happy, ambik gambar bagai bila dah sampai area cafe baru terperasan yang semua orang dalam ni pakai tag tour. hahah, haruslah kami sudah terlepas jauh sudah. Jenuh la mencari jalan pulang ke pangkal jalan.

Lepas jalan-jalan kat luar, masuk la juga kedai sementara dia, tapi tak best langsung barang dalam tu. Maka perjalanan diteruskan dengan begitu cergas menuju ke salah satu designer outlet di daerah sini iaitu Cheshire Oak.


Sangat banyak dan luar sangat kawasan.
Barang yang dijual sangat menarik dan tertarik.
Sila sediakan duit secukupnya.

Kalau nak senarai semua butik yang masuk dan berjaya habiskan duit rasanya kalau tengok balik jadi ngeri pula. Tapi kalau dah penat dan letih sila jangan lupa berkunjung ke kedai Thortons! Sooo yummmy. Lapaq pula ice cream!

Hari ini memang dalam sejarah kerana bilangan keping gambar yang diambil sungguh luar biasa jumlahnya. Busy shopping, lupa nak ambik gambar suasana kat outlet ni.

Kalau nak tengok macam mana rupa dan luasnya kawasan ni, ha layan video kat bawah ni.



Kitorg seharian disini sampai tutup kedai. Kalau kedai kat sini tutup jam 9 malam, sudah pasti lebih meriah.

Malam tu kitrog berjumpa kembali dengan Dr.K dan family yang baru sampai ke Liverpool ( hotel yang didiami berada didalam daerah Liverpool ) dari Barcelona. Bercuti juga. Dapat jumpa lagi baby faiqa yang cute.

Lepas dinner, tido.

Ahad, 12 Februari 2012

Gatwick - Leicestershire - Loughborough

Perjalanan daripada ROME telah selamat tiba di Gatwick Airport dalam pukul 11 lebih walaupun terdapat kesesakkan untuk mendarat disebabkan cuaca buruk. Semasa dalam pesawat, Pilot ada buat announcement apabila pesawat melintasi ruang udara Paris. Jauh dibawah, boleh nampak kerdipan lambu menara Eiffel! Dapat juga tengok walaupun dari atas. Insya Allah, bila ada rezeki akan sampai kesana juga suatu hari nanti.

Ok, bila sampai disini tengah-tengah malam, maka apa lagi cari port untuk lepak disini sementara menunggu train pagi ke Leicestershire melepaskan rindu kepada sahabat dunia akhirat, Dr.M. 

Yang best di Gatwick ini adalah, ada kedai yang bukak sampai pagi. Kalau boring, boleh masuk baca2 majalah gosip. Tapi yang tak bestnya kat sini masa kitorg sampai tengah ada renovation. Maka pencemaran bunyi telah berlaku dengan maha hebatnya.

Kerusi nak lepak pun tak ada yang best, last2 lepak atas lantai beralaskan sejadah dan beg. Sejuk ok lantai!. Ramai je yang lepak tido bersepah kat sini. Rasanya kalau tak ada renovation, ok je nak tido kat Gatwick ni. 

Lepas solat Subuh lebih kurang jam tiga lebih tu, terus gerak ke train station. Owh kat sini kitorg tak jumpa plak prayer room macam di Stansted. So solat kat area lepak tu je la. Bila dah sampai, tanya guard kat situ mana satu train yang betul untuk ke St Pancras ( London ). Rupanya tiket train kitorg dari Gatwick ke St Pancras ni boleh je naik bila-bila masa. Cumanya train dari St Pancras ke Leicestershire je kena ikut time di tiket.

Sedikit info pasal train di UK or mana-mana train di Europe. Kalau nak beli perlu beli awal. Tapi maksud awal tu tak lah macam beli tiket AA. Tiket train ni selalunya dia akan buka jualan sebulan sebelum tarikh or tiga bulan sebelum tarikh macam Trenitalia. So kena beli awal untuk mendapatkan tiket yang memang jauh bezanya jika membeli on the spot.

Disebabkan agak lama dan dah jemu tunggu train di St Pancras kitorg pun main beli-beli tiket di mesin. Tekan dari St Pancras ke Leicestershire pada hari tersebut ialah 100++ pound! Beza memang jauh ok! Kitorg ( Dr.M yang belikan la ) punya tiket hanya 17 pound dari Gatwick ke Leicestershire! Ha bezakan. Jadi perancangan awal adalah perlu supaya duit tidak dibazirkan ditempat yang salah eh agar jimat duit.

Akhirnya sampai juga kami di destinasi pengembaraan yang dituju. Sampai je, dah nampak Dr.M dan En.suami telah menunggu kami. Naik kereta terus menuju ke pasar pagi di Loughborough. Bestnya pergi pasar diorg ni sebab tengok sayur dengan buah-buah semuanya besar-besar dan segar. Belakang pasar ada kedai clarks lagi dengan terpampang SUMMER SALE. Mula la nak naik sheikh masing-masingkan.

Nasib baik lah ada Dr.M, terus dia cakap tak payah sebabnya destinasi esok lagi mencabar tahap sheikh masing-masing!

Sampai rumah Dr.M, terus mandi dan sarapan serta rehat dengan secukup-cukupnya. Malamnya Dr.M ajak kitorg pergi Tesco beli bahan-bahan makanan  untuk sepanjang perjalanan esok hari dan seterusnya. 

Best kot beli belah kat Tesco ni. Kalau setakat 1 pound tu macam-macam boleh dapat. Ambik barang penuh troli pun tak sampai 100 pound! kalau kat Malaysia sure dah habis separuh gaji kot! 

Ok itu sahaja aktiviti kami pada hari pertama kembali ke Tanah Penjajah. Sebelum ditamatkan post ini, sila layan video St Pancras.


Jumaat, 10 Februari 2012

Rome

Kitorg sampai bandar Rome dalam pukul 10 malam. Disebabkan jarak hotel dengan terminal station dekat maka kami berjalan dalam keadaan malap sambil tengok map tercari-cari jalan ke arah hotel. Bila dah sampai jalan alamat hotel, dah tercari-cari mana pulak bangunan hotel. Sebabnya hotel ni bukan hotel besar macam Hotel Paris Hilton, dari jauh dah nampak signboard. Apartment diubahsuai jadi hotel. Pusing punya pusing sampai dapat juga jumpa.

Lift hotel ni cute sngt. Zaman dulu-dulu. Buka tutup pintu sendirian berhad. Masuk je hotel, receptionist tu terus  bukak map bandar Rom. Tanya kitorg berapa hari nak lepak Rome. Lepas tu dia terus bahagi Map ikut jumlah hari kitorg lepak. Memang bagus. Nak ambik berapa banyak map pun suka hati. Apa lagi siap ambik sorang satu, tiap-tiap hari.

Hari pertama, hujan turun diwaktu pagi. Nasib baik tak lama kejap je hujan turun. Perjalanan dimulakan dengan membeli tiket train untuk satu hari yang berharga 4 euro.

Perjalanan Hari Pertama 


 A : Metro Station Ottaviano

 B : Vatican City

Banyaknya manusia tak payah cakap la. Sambil beratur ambik giliran keluar barisan tangkap gambar. Kalau nak masuk sini, make sure terus masuk barisan. Memang panjang tapi bergerak laju. Jangan bawa benda-benda tajam macam gunting,pisau dalam beg. Pakaian pun tak boleh seluar pendek or skirt pendek macam K-pop2 ni. 

Masuk dalam ni, kitorg dah mula la rasa macam dalam cerita Angle and Demon. Perasan betul. Mula la ingat balik jalan cerita dan lokasi pengambaran. Pengaruh dunia hiburan betul! Lepas dah puas keluar terus ke Vatican Post. Beli poscard dengan stem untuk dipos kepada keluarga di Malaysia.



C : Castle of St Angelo

Berjalan menyusuri jalan Via Conciliazione. Kitorg tak masuk cuma ambik gambar dari luar. Kemudian menyusuri Ponte Sant'Angelo. Masa atas jambatan ni nampak sorang minah ni tengah sketch permandangan ditepi sungai. Bestnya! kalau banyak masa lepak kat sini, memang layan buat aktiviti sketch ni. Perjalanan diteruskan ke lokasi D.

D : Piaza Navona

Rom tanpa fountain adalah seperti KL tanpa KLCC. Lepak disini sambil menikmati gelato. Perkara wajib. Tak ingat dah apa sejarah piaza ni, masa subjek history architecture dulu mamai-mamai ja masuk kelas. Lepas tu nak exam baru terhegeh-hegeh nak baca maka hilang ingatan itu sudah pasti.

E : Pantheon

Masuk percuma. 

F : Fontana di Trevi

Baling-baling duit. Khurafat betul!. Kalau tak cukup duit, ambik dalam fountain ni rasanya lebih daripada cukup ni. Bersepah-sepah.

G :  Metro Berberini

Pulang ke Hotel untuk solat jamak dan mandi. Walaupun hujan dipagi hari, tapi lepas tu ceria betul matahari, terik tak ingat.Kitorg beli lunch di sekitar termini station. Area situ banyak kedai makanan halal. 


Perjalanan sebelah petang dimulakan dengan berhenti di Metro Station : Flaminio Piazza del Popolo


Dekat piazza ni tetiba ada persembahan life daripada Micheal Jackson. Layan la dia menari beberapa lagu then teruskan perjalanan dikawasan merbahaya ini. Sepanjang-panjang jalan penuh dengan kedai. Macam-macam kedai. Layan la juga masuk beberapa buah kedai. Tapi last2 sapa pun tak beli apa2.

Lepas tu jalan terus mencari hala tujuan yang sebenar iaitu B : Piazza di Spagna. Lepak sambil layan matahari petang.

Disebabkan nasihat daripada pihak hotel tip untuk masuk kedalam Colosseo dengan cepat. Maka kami pun bergerak ke Metro Colosseo untuk mencari tempat jualan tiket dan keinginan untuk melihat Colosseo di waktu malam. Metro station yang ni mmg best, keluar je station, taaraaaa terus depan mata. Tak payah nak tercari-cari dah macam lokasi yang lain tu.


Menurut info pihak hotel, kalau beli tiket di pintu gate ke Palatino adalah lebih mudah daripada beli tiket di Gate Colosseo. Sebab itulah kami ke sini untuk mencari dimanakah tempat tersebut dan lokasi Metro yang berhampiran. Supaya esok pagi tidak sesat dan jimat masa.

Bila dah jumpa, kitorg pun lepak la kat sini sebabnya nak ambik gambar waktu malam. Tunggu punya tunggu tak gelap-gelap. Parah dah ni, mata dah kuyu, badan dah letih. So, kami pun dah malas nak tunggu sebabnya walaupun dah jam 9 malam cuaca masih terang benderang!. Punah harapan nak ambik gambar waktu gelap.

Hari Kedua.

Seperti mana yang dirancang, kitorg berjaya masuk ke kawasan Colosseo + Palatino + Foro Romano dengan cepat. Tapi ingin dinasihatkan sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa, lepas beli tiket jangan masuk terus ke Gate Palatino, pergi terus ke Gate Colosseo masuk dalam barisan yang dah ada tiket, laju je barisan ni jalan. Sebabnya, kawasan ini adalah sangat besar. 

Summer pula tu, gila panas dan tidak selesa. Bila dah sampai ke Colosseo kitorg dah macam penat giler. Padahal tempat ni la yang paling nak layan sekali. Tapi gagahkan juga fizikal mental menjelajah.

Ikut perancangan awal, lepas melawat Colosseo dan kawasan kejiranan ni, plan nak ke Trastevere, kitorg dah sampai dah le Metro station area situ, tapi macam sesat pula. Tanya sorang aunty ni, dah tak boleh nak cakap English, tapi dia berusaha gila nak tolong sampai lepas train pun dia tak kisah. Kesian betul. nasib baik la ada sorang minah daripada Philippine ni datang tolong. Tapi still kitrog sesat. Memandangkan kitorg dah kena gerak ke Airport petang tu juga, maka lawatan sambil belajar dikejiranan Trastevere pun dibatalkan.

Balik hotel, makan,solat terus ke Termini Station.

Sila layari laman ini untuk info : Roma dan layan video dibawah.



Bye Roma, we meet again England! 

Jumaat, 3 Februari 2012

Pisa

Perjalanan mengambil masa sejam daripada Florence. Seperti biasa terus terkejar-kejar cari pejabat letak beg. Beli tiket bas untuk ke Menara Condong. Sebenarnya jalan kaki dalam setengah jam sampai. Tapi sebab nak cepat naik bas.

Mula-mula nampak menara condong tu, terasa kagum dengan tahap kecondongan. Kuasa Allah. Kalau ikut info yang dibaca, menara ni semakin hari semakin condong. Kalau nak naik menara ni, kena booking awal tiket. Jumlah orang yang dapat panjat menara ni pun dihadkan dalam sehari.

Lepas dah puas ambik gambar. Macam-macam gaya ( wajib buat ). Masa kitorg sampai sini tak de plak guard dia marah pijak2 rumput. Sebab masa cari info pasal Pisa, ada yang cakap tidak boleh pijak rumput. 


Macam video daripada Aileen ( Youtube ) : Train yang kitorg naik sama dengan train minah ni naik. Masa kat dalam train ada dua orang pelancong daripada Jepun. Tanya kitorg nak turun dimana kalau nak ke Menara Pisa.

Nasib baik sebelum naik train, kitorg ada tanya pekerja di Station dekat Florence. Ada dua station yang boleh berhenti di Pisa. Paling dekat ialah Pisa S. Rossore. Tapi disebabkan kitorg akan naik train ke Rome dari Pisa Centrale. Jadi kami akan turun disini. Pelancong Jepun tu kami suruh diorg turun station lagi satu. Harap-harap diorg turun ditempat yang betul. Susah jugak nak bgtau info sebab diorg tak pandai cakap English, so tunjuk-tunjuk dekat map je.




Lepas sampai station, solat jamak dibuat didalam ruang menunggu train. Orang tak ramai tapi ada juga la mata-mata yang memandang. Tapi tak de la sampai kena marahkan.


Perjalanan diteruskan ke ROMA.



Info dari train station ke leaning tower :


It’s easy to reach the Leaning Tower from the Pisa train station, either by walking or by taking the bus or a taxi. Bus lines 3 and 4 run from Pisa Centrale, the main station, as does Shuttle Bus A – all of these will drop you near the Tower. Taxis are plentiful as well, and the ride isn’t very long. The buses and taxis are all available across from the train station’s main entrance.


If you’re in the mood for a walk, leave Pisa Centrale’s main entrance and go toward Piazza Vittorio Emanuele. Turn onto Via Crispi and go as far as Ponte Solferino. Cross the bridge and continue until you read Via Roma. Turn onto Via Roma and continue until you reach Piazza dei Miracoli – the home of the Leaning Tower. The walk will take you just under a half-hour.
If you’ve come into Pisa’s San Rossore train station, however, it’s only a five minute walk from where the subway stops. Take the subway from the train station and get out through Piazza Fancelli. Walk to Via Andrea Pisano, turn left and continue until you reach the Piazza dei Miracoli.
Sumber daripada : Italylogue

Florence

Pagi-pagi buta kami dah check-out hotel. Walaupun baru pukul 6 pagi tapi subuh jam 3 lebih. So kalau jam 6 pagi tu meme ceroh dah la. Kitorg beli tiket dari Santa Lucia ke Mestre. Beli on the spot naik train tempatan. Tak sampai 20 minit pun perjalanan ke sana.

Dari Mestre terus ke Santa Maria Novella, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 59 minit. Kalau naik train laju. Kalau train yang murah, lambat sikit sampainya. Dalam 3 jam lebih. Disebabkan perjalanan yang singkat kami booking tiket semua yang laju dan mahal.

Sampai di Santa MN, terus letak beg di Station. Keluar daripada station depan tu ada pejabat pelancongan florence. Boleh mintak map free kat sini. Tapi sebelum dia bagi, pegawai kat kaunter akan tanya beberapa soalan la, macam daripada mana?berapa lama melancong di florence?lepas florence akan ke mana? Macam survey biasa la.

Bandar Florence sangat cantik. Macam berjalan didalam satu museum,  rasa tenang jalan-jalan kat sini. Tak macam Venice yang penuh sangat dengan pelancong. Kalau nak beli barangan kulit kat sini lah tempatnya. Memang murah dan sangat banyak pilihan daripada kasut, jaket,beg,tali pinggang macam-macam lagi la. Ramai peniaga kat sini Muslim. Seperti biasa kami meneroka bandar Florence dengan berjalan kaki.

Masa kat sini la kitorg terjumpa dengan Kak Jat ( Shahrizat jalil ) dengan Kak Tom ( Tom Abang Saufi ). Masa tu tengah tunggu kawan nak beli beg kulit. Mata tengah menghayati bangunan kat depan mata, tiba-tiba terdengar orang cakap melayu punya la kuat depa sembang. Cari punya cari, tu dia dua-dua dok sembang rancak jalan kaki macam dah jalan kaki shopping kat KL la gaya. Tak payah map2 bagai kat tangan. Laju je jalan, tak sempat nak tegur. Kak Jat ni wpun office dia kat tingkat atas bangunan tpt kerja tapi tak pernah terserempak, alih2 kat Florence terjumpa.

Mari kita tengok video daripada ItalyGuides ( Youtube ) info berhubung bandar Florence.



Kami meluangkan masa separuh hari di Florence dan lunch disini. Seperti biasa jangan lupa gelato!Lepas  lunch pulang semula ke Santa MN ikut jalan lain. Perjalanan diteruskan ke Pisa menggunakan train tempatan.

Info apa yang menarik di Florence. Sumber Italylogue

Khamis, 2 Februari 2012

Venice

Sepanjang 2 jam dalam train dari Milan ke Venice haruslah qadak tidur sementelah semalaman tidak tidur. Permandangan sepanjang perjalanan yang cantik tidak dapat dihayati dengan sepenuhnya. Terjaga lihat diluar, oh cantiknya ladang bunga matahari bunga kuning-kuning besar, tiba-tiba ada Johnny Depp disebelah tempat duduk. ( Eh mimpi rupanya )

Kitorg sampai di Venice jam 8.30 pagi. Mentari terang benderang cuaca cerah tapi manusia punyala ramai! Dalam mamai-mamai angkut beg cari hotel. Lokasi hotel yang dipilih juga sangat best!sebelah je dengan terminal Santa Lucia. 10 minit jalan.

Masuk hotel jam 9.00 pagi. Sebenarnya belum masih boleh check-in tapi kami dibenarkan untuk meninggalkan beg didalam bilik hotel. Bilik pun masih belum dikemas. Kami juga dibenarkan untuk breakfast pagi tu walaupun sepatutnya kami hanya boleh breakfast esok pagi. Disebabkan esok pagi kami akan check-out jam 7 pagi dan breakfast masih belum disediakan pada jam tersebut.

Apa lagi makan dengan bersungguh, siap tapau lagi. Masuk beg mana yang patut. Mesti org hotel cakap,kebulur sungguh budak-budak ni.

Bila kenyang suka hati maka terus berjalan. Tanpa mandi. Jalan kaki adalah lebih baik daripada naik water bus. Dan anda seharusnya sesat!macam wajib sesat kalau datang Venice. Kalau tak sesat bukan Venice la. Venice ni penuh dengan pelancong daripada local.

Bangunan lama yang ditinggalkan tanpa berpenghuni sangat banyak. Perjalanann ikut langkah kaki dan sekeping peta. Kitorg membahagikan Venice kepada 2 bahagian. Pagi bahagian A, petang bahagian B.

Mari layan lagu Yuna - Terukir dibintang. Hotel kami terletak berdekatan dengan Jambatan di dalam Video ini (minit 1:18) sebab tak de duit nak naik gondola maka tengok video ni pun jadilah kan.




Disebabkan agak rajin ini adalah map Venice dan perjalanan kami. Bahagian A ( kaler biru ) Bahagian B ( kaler hijau ). Kami jalan kaki sehingga ke San Marco. Petang terus naik water bus kembali ke Hotel ( Hotel terletak di tpt bertanda A ) sebelum jalan-jalan sekitar hotel mencari makanan Halal.


Best jalan-jalan time summer, jam 9 malam masih terang benderang. Sempatla kami jalan puas-puas di pulau Venice ni.