Jumaat, 1 Jun 2012

Madinah Part 1

Assalamualaikum

Sejujurnya terasa amat payah untuk dicoretkan pengalaman mengerjakan Umrah. Tidak tahu bagaimana untuk mulakan. Tulis sebaris, backspace juga yang ditekan akhirnya!

Maka dengan ini telah diputuskan bahawa hanya membuat kesimpulan terhadap pengalaman yang ditempuhi semasa di tanah Arab.

Pertama kali mendengar azan dan bersolat di dalam Masji Nabawi menang tidak dapat digambarkan betapa gembira dan syahdu. Impian menjadi kenyataan untuk menunaikan solat didalam kawasan yang sama dengan Kekasih Allah. Terasa begitu tenang. 

Perjalanan menuju ke Raudah dan Makam Rasullullah terasa debaran. Melihat kubah hijau diluar masjid pun terasa sedih apa lagi bila berada didepan mata. Berjujuran air mata. 

Ya Allah, aku sedang berada disisi Kekasih Mu Ya Allah. Aku bersaksi bahawa, baginda telah menjalankan segala suruhan dan perintah Mu.

Walaupun dengan hanya memerhati, kerinduan kepada mu ya Rasullullah terasa kuat. Melihat betapa keadaan panas terik dan bukit batu disepanjang perjalanan di sini berputar-putar ingatan kepada sejarah perjuangan Rasullullah dan para sahabat yang setia. Tabah, cekal, sabar, kuat mental fizikal menyebarkan agama Islam. Ayat yang sentiasa bermain-main difikiran semasa disana : 

Surah Ar Rahman
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Empat hari berada disisi Rasullullah bersama ibu dan ayah terasa sungguh sekejap. Waktu untuk mengucapkan salam perpisahan terasa sangat berat untuk diluahkan. Air mata yang mengalir tidak dapat mengukur betapa perasaan ini terasa seperti tidak mahu berpisah dengan mu, ya Nabi Allah.

Semoga perpisahan kita ini bukan untuk yang terakhir. Ameen.