Isnin, 16 Disember 2013

Autumn Breeze 2013 : Jeju-si, Jeju Island

Ahad | 3.11.2013 | Day 4

Hari pertama di Jeju Island ialah misi mencari kedai cuci pakaian ( hostel ada sediakan mesin basuh,tapi dryer tiada ) dan juga misi membeli kasut baru. Tuan tanah punya kasut sudah arwah lepas panjat Mt Seorak dan meredah hujan di Seoul. Tiga orang pergi cari kedai kasut, dua orang membasuh baju. Dalam masa 2 jam selesai semuanya. Terus cari makanan untuk lunch dulu sebelum meneruskan penjelajahan di Jeju Island.

Lokasi pertama : Mysterious Road
Sampai je situ terus buat kajian dengan tuang air, letak botol, tengok bas, kereta lalu semua. Masa kitorg dekat sini ramai juga pelancong sebab ada banyak bas berhenti. Sebab kitorg je orang Muslim dekat situ hari itu, dah terasa jadi artis pula. Ramai nak ambik gambar dengan kitorg sebab bertudung lah kan. Soalan biasa ditanya. Islam? Muslim? Nak borak lebih tak faham bahasa pula.

Ambik gambar dulu sebelum buat kajian.
(p/s : kalau tidak mempunyai banyak masa di Jeju Island, tempat ni tak perlu dimasukkan dalam jadual perancangan )

Khamis, 5 Disember 2013

Autumn Breeze 2013 : Sokcho-Seoul-Jeju Island

Lepas turun sampai ke bawah tu, terkejut dengan keadaan yang ramai orang. Macam-macam rombongan ada. Nasib baiklah dah selesai mendaki. Terus ke hotel, bersihkan diri dan kemas barang. Before bergerak terus ke Sokcho, kitorg lepak dekat lobby hotel nak makan tengahari dulu (bekalan yang dibawa dari tanah air)

Sempat berbual dengan suami isteri dari Scotland. Diorg dah seminggu dekat South Korea. Esok flight balik. Kagum dengan diorg sebab sanggup berhenti kerja setahun untuk travel sana sini. Tapi since dah ada anak sorang umur 2 tahun (comel sangat budak kecik ni!) diorg dah limitkan aktiviti travel, kena fikirkan keselesaan & kesihatan anak dulu.

Sampai Sokcho dah pukul 1.30 petang. Nasib baik sempat beli tiket jam 2.00 petang, kalau tak melangut la tunggu. Sepanjang perjalanan landskap dia memang cantik, bukit bukau, tasik, sungai. Sampai area Gangnam dalam pukul 4 petang lebih. Naik subway ke Hongik Station.

Nota : Sekiranya anda lihat di papan tanda digital setiap station, selalunya akan nampak train warna hijau. Dia akan tunjuk lokasi train seterusnya sedang berada di station mana. Dan sekiranya anda nampak train berwarna merah, train tersebut ialah train express dan tidak akan berhenti di beberapa station. Hanya station terpilih saja. Jadi sebelum masuk train pastikan train anda betul ye. Bersyukur sepanjang perjalanan ni berjumpa dengan orang Korea yang sangat baik hati dan prihatin terhadap kami yang agak buta huruf disana.

Drama #3 Kisah perjalanan ke Space Torra
Sepatutnya exit 3 untuk ke Hostel, tapi sebab kurang kajian terlepas pandang pasal cara nak ke hostel ni. Masuk keluar kedai tanya lokasi hotel. Last skali sorang minah ni dkt kedai 7E, dia cakap dia boleh tolong carikan sekali, tolong carikan bersama-sama ok bukan tolong tunjukkan. Ya Allah, bagus betul budak pompuan ni. Sepanjang jalan dia la dok pergi tanya orang arah ke hostel. Alhamdullilah jumpa. Padahal dekat sangat dengan subway, tapi kitorg terlepas simpang dah melalut jauh ke mana.

Malam itu plannya nak ke Seoul Tower, tapi semua pun dah penat. Jadinya kami hanya jalan-jalan area Hongik. Biasalah malam sabtu, ramai betul umat manusia. Dinner Istanbul Kebab dekat area ni. Lepas jalan-jalan terus balik hostel.

Kawasan di sekitar hostel