Jumaat, 28 Februari 2014

Autumn Breeze 2013 : Bulguksa Temple, Gyeongju

Jumaat | 8.11.2013 | Day 9

Hari terakhir di Busan, kami check out awal pagi sebab nak kejar train KTX ke Gyeongju dan sebab lain keluar awal adalah kerana kami naik bus ke Busan Station yang boleh diambil di hadapan hostel. Disebabkan naik bus di hari bekerja, maka perlu gerak awal sebab risau dengan keadaan traffic ( malas nak galas beg kalau naik train kena turun naik tangga )

Berjaya sampai di Busan Station 45 minit awal. Fuh, sempat la nak pergi beli makanan untuk breakfast dalam train nnt. 

Permandangan matahari terbit di Busan Station, satu kenangan indah ditinggalkan di Busan (ayat!)

Perjalanan ke Gyeongju tidak sampai sejam pun. Sampai di station perkara pertama yang dibuat adalah mencari locker untuk simpan beg. Ada 5 bijik je ( kalau tidak silap, tp memang tak banyak ) locker besar. Nasib baik sampai awal pagi, boleh la simpan beg dengan perasaan tenang.

Misi menjelajah Gyeongju dimulakan dengan menunggu bas dihadapan station. Kami ambik bus terus ke Bulguksa Temple. Bus no. 700.

Khamis, 27 Februari 2014

Rabu, 26 Februari 2014

Autumn Breeze 2013 : Busan, Day 2

Khamis | 7.11.2013 | Day 8

Haedong Yonggungsa Temple adalah satu kawasan temple yang dibina di tepi laut. Untuk lebih penerangan lanjut sila tekan link yang telah disediakan (malas nak taip punya pasal).  Kami memilih untuk mengambil bus no.181 (station Haeundae - exit 8) disebabkan lokasi yang paling dekat dengan berjalan kaki dari hostel.


Turun tangga ditepi laut

Turun lagi

Selasa, 25 Februari 2014

Autumn Breeze 2013 : Busan, Day 1

Rabu | 6.11.2013 | Day 7

Selamat tiba di Busan pada 9.20pagi. Keluar airport terus ke arah kanan sekali untuk beli tiket ke bandar. Kami memilih bas yang melalui kawasan Haeundae Beach. Disebabkan kami tiba awal pagi, bilik belum tersedia jadinya tinggal beg di kawasan yang telah dikhaskan. 

Sebelum menjelajah kami perlu singgah di Busan Station untuk tukar resit KTX kepada tiket terlebih dahulu. Proses berjalan dengan lancar dan mudah. Selesai urusan singgah makan then baru lah sesi penjelajahan bandar pelabuhan ini dimulakan.



Kawasan rehat di bahagian hadapan station

Isnin, 24 Februari 2014

Autumn Breeze 2013 : Seongup Folk Village & Manjangul Cave

Masih di hari ke 6. Perjalanan diteruskan ke Seongeup Folk Village. Jadual perjalanan awal sepatutnya Folk Village ini pada hari ke 5 selepas ke Seopjikoji. Tapi disebabkan kekangan masa maka diubah ke hari ke 6.
Yang penting kawasan ini ialah perkampungan yang didiami oleh manusia ala-ala Kampung Morten dekat Melaka tu. Jadinya menarik la jugak dapat tengok keadaan kampung sebenar di negara Psy ni kan.

Tingkap kayu, dinding batu dan lumpur