Sabtu, 15 Mac 2014

Autumn Breeze 2013 : 12 Days in South Korea, Summary

11.11.2013 | Day 12 | Isnin

Aktiviti hari ini adalah menghabiskan duit sehabis mungkin. Destinasi pilihan ialah Namdaemun Market, sebab malam lepas keciwa tak dapat masuk museum, kami terus menjalankan aktiviti shopping dekat area Dongdaemun Market. Kira hari ni sambungan daripada semalam la. Lepas dah puas shopping, kami pulang ke hostel jam 12.00 tengahari. Teksi untuk ke airport sudah siap menunggu diluar hostel. Perkhidmatan teksi dekat korea ni kalau nak call suruh je pihak hostel yang call kan. Senang.

Sepanjang perjalanan driver teksi sangat peramah,tapi malangnya kami tak pandai nak berbual. Hanya diserahkan kepada Miss K yang boleh la faham sikit..asyik ulang chogum,chogum (betul ke idok teman pun dah lupa) kalau pakcik tu cakap panjang. Tengah dok layan perasan dalam teksi tu, tetiba pakcik teksi jerit 'Welcome to Gimpo Airport!' tak cuak muka semua orang, ajjushi Incheon Airport! Incheon!...lepas tu nampak signboard dekat depan mmg lah Incheon Airport. Pandai bergurau lah pakcik ni. Terus dia gelakkan kitorg. 

Kesimpulan perjalanan Autumn 2013

Setiap negara unik dan tersendiri. Korea merupakan sebuah negara yang pada pandangan saya kita perlu belajar bagaimana dari sebuah negera yang sama taraf ekonomi dengan Malaysia suatu ketika dahulu telah berjaya muncul sebagai salah satu negara yang kukuh ekonominya. 

Langkah kerajaan mereka untuk mempromosikan negara melalui media hiburan sangat berjaya. K-pop dimana-mana sahaja. Kalau tengok kawasan pelancongan pun banyak tempat-tempat yang menjadi lokasi pengambaran drama dan movie tempatan. Dulu masa zaman belajar, (studio Urban Design) banyak buku rujukan projek daripada Jepun dan pada masa sekarang Korea juga telah mengambil langkah yang sama. Urban design dan streetscape setiap bandar di Korea adalah tersendiri dan unik.

Pasal bab pengangkutan awam memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Sangat bagus (walaupun belum sampai ke Jepun mahupun German yang dikatakan mempunyai sistem rangkaian pengangkutan awam yang terbaik).

Secara keseluruhan saya rasa misi kami untuk menjejaki musim luruh di Korea tercapai namun misi untuk mendapatkan kaki kurus macam awek korea tidak tercapai. Sad! Apapun yang paling penting saya rasa selamat sepanjang berada disini kalau dibandingkan semasa perjalanan musim panas di Eropah suatu ketika dahulu!

Ada lagi satu bangunan yang patut dijejaki semasa di Seoul sebenarnya. Bangunan hasil rekaan Arkitek Zaha Hadid. Tapi belum siap lagi la pulak. Adalah alasan nak datang ke Korea lagi! Sekian catatan perjalanan selama 12 hari dibumi Korea Selatan.


Gangwon-do, South Korea
Nami Island | to Sokcho | Mount Seorak : Part 1 & Part 2 |

Jumaat, 7 Mac 2014

Autumn Breeze 2013 : Leeum, Samsung Museum, Itaewon, Seoul

Leeum, Samsung Museum menjadi destinasi terakhir kami pada hari 11 ini. Sebenarnya tempat ini menjadi salah satu tempat yang saya sangat tunggu-tunggu untuk datang lihat. Yelah, tiga bangunan yang direkabentuk oleh tiga Arkitek terkenal dalam satu kawasan.

TAPI malang sekali kerana kami sampai sini dah gelap dan museum pun sudah tutup tiket penjualan pada hari itu. Owh syahdu sendu semua ada. Tak pe lah, kita jejaki bangunan lain di negara lain yang direkabentuk oleh mereka-mereka ini, iaitu Rem Koolhass, Jean Nouvel dan Mario Botta.

Masa ini perasan masih berbunga-bunga nak masuk


Khamis, 6 Mac 2014

Rabu, 5 Mac 2014

Autumn Breeze 2013 : Bukchon Village, Seoul

Ahad | 10.11.2013 | Day 11

Destinasi pagi hari ini ialah melawat kawasan Bukchon Village. Kawasan ini sangat menarik kerana ditengah kota hutan konkrit masih terpelihara kawasan kampung tradisional. 

Sebelum kami pergi ke kawasan tersebut, kami singgah dulu ke kawasan sekolah yang glamour. Masa mula-mula lalu lepas keluar guesthouse kitorg, ada sorang makcik tu dok suruh kami masuk dalam sambil cakap Korea. Faham habis, tp sebab dia tunjuk ke arah sekolah tu, maka kami pun masuk la juga (sambil dalam hati boleh ke masuk sekolah suka suka hati ni)

Rupa-rupanya sekolah shooting drama Winter Sonata, kahkahkah,,harus lah tidak ketahuan sebab sorang pun tak tengok! Tapi cantik lah sebab langit biru, pokok pulak warna warni kan.

Bangunan sekolah pun menarik

Selasa, 4 Mac 2014

Autumn Breeze 2013 : Seoul Tower

Sabtu | 9.11.2013 | Day 10

Hari ni, aktiviti pagi ialah panjat (baca : naik cable car) bukit untuk melihat Seoul Tower dan pemandangan bandar Seoul dari atas. Sampai kaunter tiket, tutup lagi la pulak. Ada tiga orang yang lain pun sedang menunggu nak beli. Sempat la minum dan sarapan ala kadar dekat situ.

Bila kaunter dah buka, berbaris nak beli tetiba macam ramai pula orang beratur dekat belakang. Mana datang tah diorg ni. Cuaca pagi ini agak sedikit suram dan memang dijangka akan hujan. Rahmat.

Keluar je cable car, dah nampak pohon kekuningan dan daun berguguran

Isnin, 3 Mac 2014