Khamis, 29 Mei 2014

Spring Break 2014 : Volendam & Edam

Monday | 28 April 2014

Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Volendam

Daripada Zaanse Schans, kami perlu naik train semula untuk ke Amsterdam Centraal untuk mengambil bus ke Volendam. Volendam ini adalah satu perkampungan nelayan yang terletak di bahagian utara Amsterdam. Perjalanan daripada Amsterdam ke Volendam mengambil masa lebih kurang 30 mins. 

Bus yang kami naiki ialah no.316, tapi untuk ke Volendam ini kita boleh je naik mana-mana bus yang direction ke Edam. Semua bus ke Edam akan lalu Volendam. Harga tiket untuk ke Volendam ialah 3.85 euro sehala. Tapi disebabkan pakcik bus itu cadangkan kami ambik day tiket berharga 10.00 euro untuk seorang dan kami boleh pergi melawat Edam sekali. Makanya sebab itu lah perjalanan hari ini ada pertambahan kawasan lawatan iaitu Edam.

Untuk ke Voldendam sila turun di Vissersstraat. Kemudian jalan kaki ke arah kanan menuju ke persisiran pantai. Masa kami berjalan, keadaan sangat tenang disekitar kawasan ini. Aman damai rasanya. Bila dah sampai ke bahagian tepi pantai, agak ramai juga pelancong dekat sini.

Kami melepak makan seafood dekat sini sambil memerhati gelagat manusia. Rumah-rumah disekitar kawasan ini pun comel dan sangat too scale! Owh, untuk pengetahuan semua harga rumah di negara Belanda sedang murah. Banyak rumah yang kami jumpa terpampang iklan jualan. Kalau aku kaya! aku beli sebuah rumah dekat sini.

Mari kita lihat kawasan perkampungan nelayan di Volendam ini.

Inilah pekan kecil di tepi pantai Volendam. Sebenarnya banyak kedai souvenir dengan kedai makan dekat kawasan ini

Selasa, 27 Mei 2014

Spring Break 2014 : Zaanse Schans

Monday | 28 April 2014

Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Selepas puas tawaf sekolah senibina Delft, perjalanan seterusnya ialah ke Zaanse Schans. Perjalanan mengunakan train untuk hari ini adalah menggunakan tiket murah yang dibeli oleh Miss A. Iaitu berharga 15.50 euro seorang. Murah la kalau tak ada tiket murah ni, dari Delft ke Amsterdam oneway je dah 12.40 euro. Makanya perbelanjaan untuk train satu hari ini jmat duit. Guna satu tiket untuk travel dengan train ke semua tempat yang tersebut diatas.

Tip : Kalau banyak menggunakan pengangkutan awam di sini, bolehlah download aplikasi 9292 dekat hp. Senang dan mudah. Kita boleh budget masa ketibaan train dan juga masa sampai ke destinasi serta pilih train yang boleh dinaiki.

Contohnya :

Senang dan mudah. Siap bagi tahu kena naik dan turun di platform no berapa.

Bila kami sampai di Station Amsterdam Sloterdijk, sedang kami menunggu train sprinter untuk ke Koog-Zaandijk kami ditegur oleh seorang mak cik.

Isnin, 26 Mei 2014

Spring Break 2014 : School of Architecture TU Delft

Day 3 | Monday | 28 April 2014

Walaupun hari Isnin, kebanyakkan kedai di tanah Belanda akan bukak lewat. Macam pengalaman Miss A, dia cakap kalau pergi pejabat hari Isnin memang kau sangat rajin. Sebab dekat sini kebanyakkan pejabat di TU Delft tiada orang pada hari Isnin. Menarik kan, mesti tiada masalah Monday Blues dekat sini.

Disebabkan itu, maka Miss A boleh jalan bersama kami. Destinasi yang dibuat selepas muzakarah untuk hari ini ialah :

Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Faculty of Architecture, TU Delft

Perkara lawatan ke Fakulti harus buat kalau pergi melawat kawan yang sedang belajar, harus je tak ada la wajibkan. Tapi memang itulah aktiviti yang selalu dijalankan kalau dah melawat kawan yang sedang ber-phd. Tengok macam mana persekitaran pembelajaran dunia luar. Tak dapat belajar sendiri dekat luar, tengok tempat kawan belajar pun jadilah kan.

Daripada luar bangunan dia dah macam sekolah Harry Potter. Tidak jumpa pula gambar luar bangunan ini. Mungkin dalam camera Mrs.H rasanya. Mari kita lihat ruang di dalam sekolah senibina TU Delft ini.


Masuk je terus nampak satu bengkel besar ini. Ini adalah tempat untuk menjalankan Workbase. Kalau dalam sekolah senibina, semua pelajar akan masuk Workbase dua kali seminggu. Setiap tahun, workbase adalah berlainan. Dan untuk aktiviti subjek workbase ini, selalunya akan dijalankan di tempat yang kami panggil Studio. Haa, gambar diatas ini adalah salah satu studio.

Rabu, 21 Mei 2014

Spring Break 2014 : KUL- DXB - AMS

Day 01 | Saturday | 26 April 2014

Berlepas daripada KLIA pada jam 7.30 malam dengan menaiki pesawat Emirates. Sepanjang perjalanan semuanya selesa dan memang tiada rungutan. Layan wayang je lah kerjanya. Banyak pilihan emosi boleh pilih : nak yang sedih ada, gembira ada, jenayah ada, disney ada, bollywood ada, arabwood ada semua adalah. Nasib baik cerita plane crash tiada, kalau ada memang tak tau la apa emosi dah kalau tengok semasa anda berada dalam pesawat tinggi dilagit biru.hashtag.sukanaktakutkandirisendirikenapa?

Matahari melabuhkan tirai selepas hujan petang. Hi MAS, 
kalau anda berharga murah hari ini pasti kami akan menaiki pesawat anda.

Sampai Dubai jam 10.30 malam. Keluar je pesawat terus kami pergi ke kaunter informasi untuk dapatkan visa on arrival. Senang dan mudah. Sampai dekat pintu ketibaan kelihatan Mr F tengah melambai-lambai tangan kearah kami berdua. Eh lupa nak kenalkan rakan penggembaraan kali ini. Nama dia Mrs H (bestkan dapat hubby yang bagi green light utk travel jauh-jauh dengan kawan tanpa dia disisi)

Ok, berbalik kepada ketua pelancongan kami di Dubai. Mr F merupakan rakan seuniversiti kami semasa di UTM. Telah bekerja di Dubai agak lama, lebih kurang lima atau enam tahun juga dia dekat Dubai ini. Apa lagi disebabkan trip kali ini sangat spontan dan kajian kurang, maka hanya kepada Mr F sahaja kami serahkan tugas tersebut.

Disebabkan kami sampai pun dah lewat malam, jadinya banyaklah tempat yang sudah tutupkan. Tapi Mr F tetap nak bawak kami jalan-jalan sekitar Dubai. Gembira betul dia bila dapat jumpa kawan lama konon macam datang melawat dia. Hehe, padahal transit je Mr F! Apa pun kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau melayan kami sampai pukul tiga pagi. Dan semua perbelanjaan ditanggung oleh beliau. Makanya info pasal berapa kos makan, berapa kos naik teksi dari airport ke bandar,dari bandar ke airport memang tidak dapat direkodkan.

Eh, bukan takat info je kurang gambar pun kurang sebab jalan-jalan sambil berborak je lebih. Konsep reunion lah katakan dekat Dubai ni. Overall Dubai ini macam semua benda dia nak buat macam yelah-ko-lah-yang-paling-hebat-dalam-dunia-ini. Apa kisah dah ada duit. Tapi skang ini Dubai pun dah hampir tiada duit nasib baik lah Abu Dhabi ada untuk membantu. Kalau nak tahu pasal info pasal Dubai dengan lebih baik dan terperinci, sila lah ke blog kawan saya : Alina (nampak tak sifat malas nak karang karangan sendiri begitu hebat!)

Lepas makan dekat kawasan old Dubai, kami terus terjah kawasan pantai. 
Nak melihat skyline Dubai sebenarnya, tapi apakan daya kabus tebal malam ini.


Khamis, 15 Mei 2014

Thursday Tips : Spring Break Europe 2014

Alhamdulillah, telah selamat tiba di tanah air tercinta pada 14 May 2014. Percutian kali ini memang agak spontan dan kurang perancangan secara terperinci seperti tahun 2011 yang lalu. Konon trip kali ini adalah hadiah kepada diri sendiri sebab berjaya lulus Exam Part III pada tahun lepas juga merangkap hadiah harijadi skali. Gitew!

Tiket Penerbangan

Dulu masa trip kali pertama ke Europe tahun 2011, saya memang daftar semua airlines (baca : orang tamak selalu untung) maka setiap kali ada penjualan murah sudah tentu email masuk bertalu-talu (baca : sngt bahaya kepada mereka yang kurang daya tahan yang tinggi).

Lagi satu, memang akan selalu jenguk website : Skyscanner. Belum pernah beli thru this website, hanya digunakan untuk buat perbandingan harga tiket semua airlines. Mudah macam makan kacang je website ni dan sangat membantu.

Maka, setelah buat kiraan tambah tolak bahagi, tengok kalender semua berjaya lah membeli tiket paling murah ketika itu (bulan Februari 2014) yang sesuai dengan tarikh idaman, Emirates menjadi pilihan dengan transit selama 12 jam untuk perjalanan pergi dan 3 jam untuk perjalanan pulang.

Penginapan

Seperti yang telah dikongsikan bersama sebelum ini, perkidmatan Airbnb telah digunakan bersama website Booking.com serta perkhidmatan belas ihsan daripada kawan yang sedang berjuang membuat phd di TU Delft. Tq doc to be, Miss A. Murah rezeki anda dan semoga berjaya pulang dengan cemerlang ke tanah air nanti.

Pengangkutan 

Disebabkan trip kali ini agak santai, maka kami memilih untuk menaiki keretapi. Seperti biasa kalau naik keretapi kena booking awal untuk mendapatkan tiket murah. Selalunya paling kurang pun tiga bulan sebelum tarikh perjalanan la.