Ahad, 30 November 2014

Hello Ceylon : Nuwara Eliya to Ella

Wednesday | 22 Oct 2014

Day 4 : Journey to Ella

Assalamualaikum dan Hello.

Misi sebelah petang selepas puas main kejar-kejar dalam ladang teh, adalah menuju ke Ella. Ella ini merupakan satu pekan yang terkenal bagi kalangan pendaki gunung kerana ianya merupakan pekan paling dekat untuk sampai ke Adam's Peak. Seperti juga pendaki gunung yang lain, kami juga bermalam di sini sebelum memulakan pendakian ke Adam's Peak. Pui! Haruslah bukan Adam's Peak. Kami hanya mampu memanjat Little Adam's Peak sahaja. Hiks. Selain dua tempat ini, ada lagi satu yang terkenal di daerah Ella iaitu Ella Ratu Rock Negara. Ella Rock ini lebih mencabar daripada Little Adam's Peak, jadi kami hanya memilih yang senang sahaja.

Perjalanan ke Ella memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Sampai sini terus cari lokasi terletaknya tempat penginapan. Agak sedikit mencabar untuk sampai ke lokasi penginapan. Kereta hanya boleh park dibahagian yang telah disediakan. Perlu memanjat sedikit untuk sampai. Oklah tu, latihan sebelum mendaki esok hari katanya.

Bahagian depan bilik ada kawasan kerusi meja untuk rehat-rehat menikmati pemandangan

Jiran sebelah. Masa ni diorg tiada di bilik,malam baru berjumpa.


Dua tingkat sahaja bangunan ini

Inilah salah satu bilik kami untuk dua orang. Kami booking tiga bilik semuanya. 

Kali ini, tuan tanah pun nak masuk dalam gambar asyik model sorg je kan.

Inilah The View! Kalau keretapi lalu sini pun boleh dengar bunyi tapi ke bawah sikit track dia, so dari sini  dengar bunyi je tak nampak keretapi

Sebelah kanan itu ialah Little Adam's Peak

Ini pula adalah Ella Ratu Rock Negara

Sebelah Ella Rock, ada air terjun

Selesai urusan wajib, kami keluar untuk makan malam. Ruwan bawa kami ke pekan Ella dan kami jalan kaki cari kedai makan yang bersesuaian. Lepas makan Ruwan datang ambik dan dia bawak kitorg pergi tengok kawasan berkabus. Dia cakap kawasan ini akan berkabus setiap kali menjelang senja/magrib.

Restaurant pilihan. Kami order menu vegetarian  dgn hot tea. Lupa nama dia,tapi sebab yang ini nampak cantik dan ada wifi free..huhu

Inilah kawasan mistik itu. Nyaman sungguh udara masa ni

Bila makin gelap agak scary pula pemandangan sekeliling. Dah la sunyi sepi. 
Jom balik bilik.

Khamis, 27 November 2014

Hello Ceylon : Tea Plantation, Nuwara Eliya

Wednesday | 22 Oct 2014

Day 4 : Tea Plantation, Nuwara Eliya

Selepas puas hati bergumbira di kawasan ladang New Zealand, kami bergerak menuju ke satu lagi kawasan yang penuh dengan kehijauan iaitu ladang teh. Terdapat banyak ladang teh disini. Boleh pilih nak pergi yang mana. Setiap ladang ada disediakan lawatan kilang dan ada bayaran yang dikenakan.

Pemandangan disepanjang perjalanan

Disebabkan kami sudah melawat kilang teh di Kandy secara percuma, haruslah yang dikenakan bayaran tidak perlu masuk lagi. #cheapskatesejati. Sebelum sampai ladang teh, Ruwan singgah sekejap di ladang Strawberry. Tidak lah sebesar mana pun ladang ini, tapi sebab lapar kami singgah untuk minum dan makan strawberry coklat.

Besar sungguh ladang teh milik Prince Charles ini. Info daripada Ruwan.

Masa kami sampai di Ladang Teh kepunyaan Prince Charles iaitu Mackwoods, Ruwan cakap dia nak pergi isi angin tayar van sekejap. Dia suruh kami masuk ke kilang,haruslah kami tidak mendengar cakap kan. Kami terus turun tangga dan berjalan-jalan ditepi pokok-pokok teh. Dalam setengah jam, Ruwan sampai dan dia gelengkan kepala daripada atas tengok gelagat budak-budak jakun masuk ladang. 


Kami suruh dia turun ke bawah untuk jadi tukang ambil gambar. Sampai bawah je, Ruwan cakap sepanjang dia jadi driver, inilah kali pertama orang yang dia bawak turun bawah sampai ke sini. Nampak tak tahap kejakunan sungguh tinggi. Tapi dia layankan aja bila kami suruh dia ambik gambar.

Tuan tanah blog je, bukan tuan tanah ladang

Rasa nak terjun dalam sungai

Pemandangan terakhir dibumi NE, kemudian kami meneuskan perjalanan ke Ella

Semasa kami sedang menuruni kawasan berbukit untuk ke ladang teh, kami dikejutkan dengan ketukan cermin van oleh seorang budak lelaki dengan tangan penuh bunga. Ruwan bagi tahu yang budak itu hendak menjual bunga. Kemudian bila kami tiba di simpang jalan bawah, sekali lagi dia berlari-lari ketuk cermin van kami. Rupanya dia kejar van kami dengan menuruni bukit dengan laju sekali (ikut shortcut) Kali ketiga juga sama. Jauh dia berlari dari atas sehingga ke bawah tanpa putus asa demi mencari rezeki. Kali keempat kami suruh Ruwan berhentikan van kerana kagum dengan semangat yang ditunjukkan. 

Senyum budak ini bila kami berhenti untuk beli bunga

Selasa, 25 November 2014

Hello Ceylon : New Zealand Farm, Nuwara Eliya

Day 4 | Wednesday | 22 Oct 2014

Day 4 : Ambawella New Zealand Farm, NE

Pagi ini, alhamdulillah cuaca cerah. Dapatlah kami menikmati keindahan ciptaan Allah ditanah tinggi Sri Lanka ini dengan penuh kegembiraan. Tempat tujuan kami ialah New Zealand Farm. Lokasi ladang ini agak jauh sedikit dengan bandar NE.  Dalam sejam juga perjalanan untuk sampai ke sini. Tapi best sebab udara nyaman dan pemandangan cantik. 

Bangunan Pejabat Pos, NE

Berhenti sebentar disini untuk ambil gambar

Sedikit keciwa kerana ladang ini ditutup untuk lawatan disebabkan terdapat virus yang menyerang lembu-lembu disini. Akan dibuka semula minggu hadapan. Ermm tak pe lah, kami enjoy pemandangan disekitar kawasan sahaja sambil menikmati susu segar yang dijual di bahagian hadapan pintu masuk ke ladang.


Aktiviti wajib. Ruwan malas nak layan dah. Lepak duduk dalam van je. Nasib la jadi driver kami yang jalan sikit suruh dia stop nak ambik gambar.

Ahad, 23 November 2014

Hello Ceylon : Nuwara Eliya

Tuesday | 21 Oct 2013

Day 3 : Nuwara Eliya (NE)

Assalamualaikum and Hello!

Masih di hari ketiga. Sambungan cerita lepas turun keretapi paling ohsem pernah dinaiki. Yahoo, kami sampai dulu daripada Ruwan nampaknya. Lepak sahaja dekat train station. Nak berjalan-jalan keluar pun tengah hujan. Makan sambil menikmati keindahan tanah tinggi Sri Lanka ketika hujan turun. Kawasan train station sama seperti train station yang kami lalui sepanjang perjalanan. Semasa turun disini, boleh dikatakan hampir separuh train sudah kosong. Perjalanan train ini akan diteruskan ke Ella.


Pada mula nya kami plan esok hari ke Ella menaiki train juga. Tapi memandangkan cuaca hujan hari ini, jadi site seeing dekat NE ini terbantut. Perbincangan dijalankan dan keputusan diambil, kami ke Ella dengan menaiki van sahaja. Sebelah pagi esok boleh menjelajah NE. Itu pun bergantung kepada keadaan cuaca pada esok hari.

Lebih kurang setengah jam driver pun sampai. Kami terus ke rumah penginapan dahulu. Lepas selesai urusan wajib, kami keluar semula untuk melihat-lihat kawasan bandar NE. Kawasan tanah tinggi, kalau dah hujan bertambahlah sejuk sesuai dengan nama samaran yang diberikan kepada NE iaitu Little England.

 Gregory Lake. Ms A begitu cuak bila dengar nama tasik ini kerana sama nama dengan SV PHD di bumi Delft. Terus teringat phd ketika bercuti. Ahaks!

Kemudian Ruwan  bawa kami ke sebuah tample yang agak terkenal di Sri Lanka, iaitu Hanuman Tample. Tample pertama yang kami temui di Sri Lanka. Kami tidak turun daripada van pun dekat sini sebab hujan lagi. Berdekat dengan temple ini ada sebuah taman botanical yang terkenal dengan sejarah ceirta Ramayana,Sita dan Ravana. Kami suruh Ruwan ceritakan kembali kisah percintaan mereka bertiga.

Sebelum pulang semula ke apartment,kami singgah di sebuah bagunan lama yang dahulunya adalah sebuah kediaman untuk gabenor British bernama Sir Edward Barnes pada tahun 1820s. Sekarang bangunan tersebut dikenali dengan nama Grand Hotel. Seperti biasa, layanan yang sangat baik diberikan oleh pekerja-pekerja hotel kepada kami. Dapat sedikit penerangan berhubung asal usul bangunan dan juga kawasan hotel. Lepas tu, diorg lepaskan sahaja kami semua berlegar-legar dalam hotel. Dapat pula internet free, owh bertambah sayang dekat hotel ini. Terus lepak duduk atas kerusi empuk dalam suasana sungguh English sekali.

Bekas tea yang dijadikan hiasan dinding di kawasan cafe
  
Makan malam kami masak sendiri hari ini. Sebelum sampai rumah kediaman, singgah dulu local supermarket untuk beli beras, telur,sayur dan ice cream. Sampai rumah terus jalankan misi memasak dan mendobi. Internet sangat laju dekat Apartment malam ini. Happy sungguh hari ketiga kami di bumi Sri Lanka. Syukur nikmat Allah berikan kesihatan dan kesempatan untuk sampai ke sini.

Food Presentation kena kelas pertama ok. Puas hati! 
Tq MrI sebab sedikan desert yang very the Diva.

Khamis, 20 November 2014

Hello Ceylon : Kandy to Nanu Oya, Nuwara Eliya

Day 3 | Tuesday | 21 Oct 2014

Day 3 : Train Ride, Kandy to Nanu Oya

Assalamualaikum dan Hello!

Pagi hari ketiga kami semua sudah semangat untuk menaiki keretapi tanpa tempat duduk yang dijangkakan masa perjalanannya adalah selama 3 jam itu. Ruwan banyak kali tanya, betul ke nak naik dengan tiada tempat duduk? Kami cakap jangan risau, kita jumpa nanti di Nanu Oya ye. Semua beg sumbat dalam van, kami hanya bawa beg galas ringan yang berisi makanan dan barang peribadi yang berharga sahaja.

Kami sampai lagi 30 minit jam 8.00 pagi. Sempat la pergi kedai kejap beli sarapan dengan meninjau-ninjau keadaan stesen keretapi. Banyak juga manusia, tapi hanya ketika keretapi sampai sahaja. Dan seperti yang dijangkakan, ramai pelancong daripada Eropah yang akan menaiki keretapi yang sama laluan dengan perjalanan kami. Sebab itu cepat habis tiket yang ada tempat duduk.

Kami beli 2nd class je sebab memang sepanjang cari info dekat internet ramai yang cadangakan naik kelas kedua sahaja. Kelas kedua sudah cukup bersih dan selesa. Dalam keretapi nanti pun akan ada orang berjualan juga. Ada kuih, ada buah-buahan dan minuman. Haruslah beli lagi nenas yang sedap itu. Strawberries pun sedap juga, tapi hanya ada penjual bila sudah sampai ke kawasan tanah tinggi.

Pintu masuk ke kawasan menunggu. Perlu tunjuk tiket untuk masuk ke kawasan ini

Old School habis jadual perjalanan keretapi

Platform. Bersihkan!

Kepala keretapi

Rombongan sekolah. Cuteness!

Sekitar kawasan Kandy Train Station

Macam-macam kenalan kami jumpa sepanjang dalam keretapi. Rancak berbual. Dengan pegawai train yang bertugas pun dah macam kenal rapat. Mesti dia akan singgah dekat tempat kami untuk berbual bila dia buat rondaan. Mamat pakai baju biru tu, student final year dekat Colombo University jurusan kejuruteraan.

Antara stesen keretapi yang kami berhenti. Masih bersih seperti di Kandy

Tempat duduk kami sepanjang perjalanan. Tapi sampai satu tahap sudah banyak tempat kosong sebenarnya. Tapi kami lebih selesa untuk duduk disini.

Mari kita lihat pemandangan disepanjang perjalanan daripada Kandy ke Nanu Oya.

Selain pemandangan kehijauan ladang teh, kami juga dihidangkan dengan beberapa air terjun, sungai yang mengalir laju airnya dan juga perkampungan. Keretapi ini wajib dinaiki kalau sudah sampai ke Sri Lanka.

Tiga pintu kami kawal, hehe memang sangat puas hati dapat pengalaman macam ini. Syukur nikmat Allah!

Aksi berani buat hanya di Sri Lanka dan tidak akan kena marah, hiks

Akhirnya kami sampai di Nanu Oya. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. 

Kabus juga agak tebal dikawasan ini. Tapi udara terasa sungguh nyaman sekali.