Khamis, 15 Januari 2015

Thursday Tips : Hostel Lah @ Singapore

Assalamualaikum and Hello.

Hari ini saya akan review penginapan selama tiga malam di Hostel Lah, Singapore. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti booking hotel/hostel website yang wajib saya buka ialah booking.com, agoda.com dan juga airbnb.com

Hajat dihati untuk membuat tempahan melalui airbnb tapi tidak berjaya jumpa penginapan yang murah serta berbaloi (baca : #cheapskatesejati). Akhirnya sepakat membuat tempahan melalui booking.com kerana harga-harga yang ditawarkan lebih murah. 

Tips : Walaupun booking.com menawarkan harga murah, sebelum membuat tempahan adalah molek kiranya kita melayari juga laman web hotel/hostel yang bakal ditempah. Ini adalah kerana, kadang-kadang harga diskaun yang ditawarkan dilaman web mereka lebih murah dengan diskaun yang dibuat di booking.com. Alhamdulillah kami berjaya mendapat hostel yang menepati budget dan tempahan dibuat melalui laman web hostel itu sendiri.


Gambar luar hostel. Begitu mendung skali cuaca.

Hostel ini mempunyai beberapa bilik dengan kapasiti setiap bilik adalah berbeza. Boleh tempah Family Room (4 orang, 6 orang atau 8 orang) atau tempah untuk satu katil untuk bilik-bilik tersebut. Disebabkan ahli kumpulan ada 4 orang, jadi kami tempah family room. 

Inilah email yang anda akan terima selepas berjaya membuat tempahan.

Hi Hidayah,

Thank you for your interest in our hostel!

We are pleased to inform you that we have the bed(s) available on the dates you've inquired.

Please check below for your reservation details: 
Check-in date                 
:
 25/12/2014
Check-out date               
:
 28/12/2014
Number of nights           
:
 3
Type of room                  
:
 4 Bed Family Room
No. of beds                      
:
 4



Total cost = $ 120 x 3 + $20 (Christmas day surcharge)                       = $ 380.00
10% deposit to be collected                                                                     = $ 38.00
Outstanding amount to be paid in cash upon check-in                           = $ 342.00
All prices are quoted in Singapore Currency.

Lokasi

Lokasi Hostel yang terletak di Lavender Street

Gambar diatas menunjukkan lokasi hostel. Kedudukan yang sangat best, sebabnya depan hostel ada bus stop. Boleh naik bus no.145 atau no.133 untuk sampai ke kawasan bandar. Kalau nak pergi Vivo City pun boleh naik bus no.145. Mudah dan senang. Mustafa Centre yang buka 24jam boleh jalan kaki je daripada hostel.

Kalau daripada Airport pun boleh terus turun dekat Lavender je, jalan kaki 8 or 10 minit sampai. Keluar daripada MRT station ambik ke arah V Hotel Lavender. Dekat kawasan station ni pun ada banyak kedai. 7e pun ada. Kalau dah malas nak cari makanan halal, boleh terus singgah Wendy or Burger King.

Kemudahan

Bilik mandi dan toilet adalah secara gunasama dan tidak ada yang private. Setiap floor (hostel ini dua tingkat) ada 2 bilik mandi dan satu tandas. Kawasan dapur dan ruang breakfast berada di tingkat satu, sama level dengan admin hostel. Ada disediakan mesin basuh dan dryer. Iron juga ada disediakan serta wifi yang super laju. Memang sangat puas hati. Aircond akan di On kan dari pukul 8.00 mlm hingga 8.00 pagi je. Waktu siang pakai kipas. Masa lawatan kami tempoh hari musim hujan, plus siang hari bukan ada dalam bilik pun, jadi tidak menjadi masalah. Owh, kalau anda sampai awal, anda juga dibenarkan meninggalkan beg anda dikawasan admin hostel dulu secara percuma.

Breakfast disediakan oleh pihak hostel dari jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Roti dan sapuan kaya/jem sahaja yang disediakan, kena bakar sendiri dan makan lah berapa keping korang nak makan. Tapi korang boleh je beli cereal or susu letak dalam fridge yang disediakan. Atau beli makanan luar dan panaskan. Air kopi/teh boleh bancuh 24jam. Air masak pun senang je, sentiasa ada. Jangan lupa bawak bekas air. Sebelum keluar berjalan, boleh isi dulu, again #cheapskatesejati. 

Penambahbaikan

Satu sahaja yang kami rasa perlu diupgrade oleh tuan hostel, iaitu cermin perlu diletakkan disetiap bilik. Kalau nak lagi menarik full height mirror. Senang sikit akak nak bersiap-siap pakai tudung dalam bilik. Ini kena pakai dulu tanpa lihat cermin, pergi tandas betulkan mana yang senget. Nasib baik akak tak pandai nak makeup macam che ta. Mau senget bulu mata nnt.

Kalau sampai lagi ke Singapura, hostel ini mungkin akan menjadi pilihan hati lagi (kalau bukan atas urusan keluarga lah). Banyak bangunan yang perlu diterjah lagi sebab hari tu tidak sempat nak cover semua sebab hujan.

Jumaat, 9 Januari 2015

Good Bye 2014, Hello New Year 2015

Assalamualaikum and Hello semua.

Bila dah masuk tahun baru, banyaklah perancangan yang perlu dibuat. Perancangan diri, kerjaya dan juga perancangan yang menggembirakan hati dengan hobi yang bukan lah #cheapskates. Tapi tahun ini, (dan tahun-tahun akan datang) konsep pengembaraan masih akan dikekalkan dengan motto #cheapskatesejati.

2014
Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh kisah duka bagi industri penerbangan Malaysia. Selepas kejadian MH370, banyak perkara yang membuatkan fikiran sedikit terganggu untuk berkelana di bumi Allah dengan perasaan yang tenang. Namun, kita semua harus meletakkan semua perkara yang terjadi pada-Nya, Qada dan Qadar.

Secara keseluruhan perjalanan pada tahun 2014 mencatatkan pengembaraan di bumi Eropah buat kali kedua selepas tahun 2011. Kalau diikutkan perancangan awal, penjelajahan di bumi Eropah pada tahun lepas adalah negara-negara Balkans, tapi belum ada rezeki untuk kesana. In sha Allah, murah rezeki akan sampai suatu hari. Ameen.

Spring Break 2014
Perancangan bertukar ke daerah Western Europe : Netherlands, Belgium, Luxembourg, France dan Germany. Syukur alhamdulillah dipermudahkan segala urusan semasa disana pada penghujung April dan awal Mei.

Menjelajah Sri Lanka
Perancangan yang sudah lama dirancang menjadi kenyataan pada Oktober 2014 iaitu menyusuri negara Sri Lanka dengan misi menjejak hasil peninggalan senibina daripada Arkitek Geoffrey Bawa. Masih belum habis lawatan, mungkin akan ada siri kedua misi #jejakBawa

Balik kampung ayah
Tahun 2014 ditamatkan dengan percutian di kampung halaman ayah iaitu, Singapura. Percutian selama empat hari yang telah diberi peringatan oleh ibu agar tidak uploads sebarang gambar di laman sosial kerana anaknya ini tidak pergi melawat sanak saudara tetapi bersuka ria di kota singa bersama rakan kenapa ko taip tidak ada titik noktah panjang betul ayat ko ni hidayah.

Kisah percutian ini juga belum diceritakan didalam blog ini. Alah setakat Singapura je, dah banyak info dalam internet. Hiks. Tapi saya akan cuba ceritakan berdasarkan tempat yang dilawati sebagai contoh SOTA, La Salle Collage dan Marina Barage.

Dinding SOTA yang sangat tinggi

Henderson Waves (*photobomb oleh paip getah)
p/s : Gambar daripada hp je ni, satu gambar pun belum transfer ke pc =)

Nantikan kemunculan cerita Singapura ye, harapnya rajinlah update blog macam tahun lepas. Untuk tahun 2014 juga terdapat tiket flight yang terpaksa dibatalkan iaitu tiket kapal terbang MAS (nasib baik beli masa promo) ke Kuching pada bulan Jun kerana terlebih dahulu diri ini di checked in kan ke Tawakal disebabkan denggi. Pertama kali masuk hospital, bermalam selama empat malam dan bercuti sakit selama seminggu. Impian untuk menjejalah Sarawak bagi melengkapkan kesemua negeri di Malaysia tidak kesampaian. Pengalaman betul masuk hospital, turun berat 5kg you! lepas sihat, ermm oklah tak payah cerita dah kisah pasal berat badan ini disini.

Tahun Baru, Perancangan Baru

Kemanakah kaki akan melangkah pada tahun 2015?. Banyak tempat yang nak dilawat, hanya masa dan sumber kewangan yang menentukan langkah kaki. Semoga perancangan percutian yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan didoakan semoga perancangan percutian semua yang membaca blog ini juga diberi keizinan oleh Yang Masa Esa. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, diberi kesihatan yang berpanjangan dan perjalanan dirahmati Allah. Ameen.