Khamis, 30 April 2015

Thursday Tips : How to Plan a Budget Vacation

Assalamualaikum dan Hellooo!

Pertanyaan yang selalu akan ditanya setiap kali bagi tahu nak pergi bercuti atau baru balik bercuti adalah :


  • Kenapa nak pergi negara tu?
  • Korg rancang trip ni mula-mula skali buat apa?
  • Berapa lama plan?
  • dll..... (list ni memang sentiasa ada pertambahan)


  • Jadinya, semalam semasa sedang mencari info untuk the next travel plan terjumpa entry ini dekat salah satu blog yang saya selalu baca : Have blog will travel. Sangat setuju. Memerlukan kerja penyelidikan yang banyak sekiranya mahu travel secara budget.

    Makanya, menjawab kepada persoalan yang sering ditanya itu. Baik saya buat satu entry khas. Nanti ada orang tanya boleh suruh rujuk ke sini sajok.


    When?

    Bila plan nak kesana. Bab ni penting kot. Sila cari info keadaan cuaca dinegara tersebut. Kalau nak tengok daun-daun berguguran di South Korea atau di New Zealand haruslah tidak sama bulan kan. Kalau nak bermandi manda di kepulauan disekitar Asia Tenggara ni, kena alert musim taufan ribut petir semua tu. Nak bermain salji ke nak berpicnic dibawah pohon sakura ke atau nak masa berjalan diwaktu siang yang panjang dan cuaca panas. Sekarang mudah sangat nak cari info pasal cuaca ni. Sila rajinkan diri je.

    Lagi satu, kerja macam saya and the geng yang terlibat dengan pembinaan ni perlulah kaji bebetul CPM daripada pihak kontrakor. Bila isu-isu Arkitek agak kurang bolehlah plan. Kalau suka hati dah macam buat drama swasta pula. Asyik bercuti je..lepas tu asal pergi site bawak drawing A0 #sukasangatbuatceritaheroarkitek #tipikaldramamelayu '

    How Long?

    Berapa lama nak bercuti. Sila pujuk bos masing-masing. Memang tiada tips disini ye rakan-rakan. Kalau dapat cuti panjang, langkah jauh la sikit kaki ini menjelajah. Kalau sikit cuti, pergi je lah negara dekat-dekat. Explore satu negara saja bagi puas hati.


    Where?

    Pada saya destinasi pilihan percutian adalah dibawah beberapa faktor lah. Macam trip tahun 2011 ke Europe saya memilih ke UK dan Barcelona. Negara itu mesti dijejaki kerana ada kawan sekolah yang sedang buat phd disana. Penjimatan untuk beberapa hari kos penginapan.

    Italy dipilih adalah kerana tiket flight daripada Barcelona ke Milan, serta Rome ke UK adalah murah berbanding negara lain semasa sale yang dijalankan oleh syarikat penerbangan. Penjimatan kos pengangkutan.

    Sama seperti kunjungan pada tahun lepas ke Netherlands dimana seorang kawan juga sedang buat phd di Delft. Dan untuk tidak memenatkan badan kami memilih negara-negara jiran Netherlands yang boleh dijejaki dengan keretapi tanpa memakan masa yang lama. Penjimatan kos penginapan dan kekangan bilangan hari cuti.

    Jepun sahaja negara yang tidak berjaya dijejaki semasa ada kawan yang sedang buat phd disana. Selamat pulang sudah Dr.K bulan tiga itu hari. Huhu, sorry Dr.K tidak dapat memenuhi impian kita reunion dekat Jepun. I pergi jumpa you dekat Perlis sudah lah ye.

    Nampak tak, konsep #cheapskatesejati perlu dikekalkan. Selagi ada kawan atau kenalan di negara luar, saya akan cuba untuk membuat lawatan sambil tengok diorg belajar. Hiks, diri sendiri malas nak sambung belajar. 

    Selain daripada yang tersebut diatas, sudah tentulah beberapa faktor yang diambilkira macam Sri Lanka sebab ada banyak hasil rekaan Arkitek Geoffrey Bawa, South Korea dengan musim luruh yang sangat memikat hati, atau road trip di New Zealand (masih dalam angan-angan belum menjadi kenyataan, Insha Allah suatu hari nanti). Sebelum memuktamadkan pilihan, Google Maps akan menjadi bff. 

    Benda wajib buat sebelum pilihan tempat percutian

    Selain google, anda juga boleh ke web Rome2rio. Kalau yang ini lebih details, terus dapat anggaran budget perjalanan dengan option apa yang ada beserta website nak beli tiket skali.

    What to see. Benda ini adalah mengikut minat masing-masing. Ada yang suka shopping, ada yang suka hiking ada yang suka taman tema, ada yang suka explore town, ada yang suka kawasan bandar, ada yang suka kawasan kampung-kampung. Jadinya sila pilih kawan-kawan yang ada minat yang sama dengan anda ketika bercuti. Penting ok bagi mengelak berlakunya percutian yang tidak memuaskan hati. Rugi, nak bergembira jadi stress pula.

    Setelah selesai semua diatas, baru boleh proceed to the next steps :

    Flight Ticket. Set date dalam skyscanner, jadikan alert ke email. Setel. Tunggu harga mampu milik terus beli. Masalah akan timbul jika tiada penerbangan murah daripada point A ke point B dalam destinasi pilihan. Yang murah daripada point A ke negara jiran point B (kita namakan C..ini contoh ye). Penyelesaian adalah :

    Mari buat kira-kira semua. 

    Option 1
    Total penerbangan A ke C = RM 400
    Keretapi daripada C ke B = RM 150

    Total penerbangan A ke B = RM600

    Kalau degil untuk tetap ke B, maka kami akan terus beli tiket penerbangan yang berharga RM600. Sebab negara C memang tidak masuk dalam senarai.

    Option 2 :
    Negara B terus cancel, tukar dengan negara C dengan mengambil kira jumlah cuti yang diluluskan. Kalau sedikit memang inilah pilihan yang ada dengan kos yang mampu. Jadinya hanya harga RM400 sahaja.

    Option 3 :
    Tiada masalah dengan jumlah hari percutian, boleh la pilih yang ni. A , B then ke C. Total kos untuk pilihan ini RM 550. 

    Gitulah serba sedikit yang selalu kami amalkan.  Selesai isu penerbangan kita beralih ke isu : 

    Accomodation. Kalau bab penginapan airbnb dan booking.com memang menjadi pilihan hati setakat ini. Belum pernah try hostel yang secara dorm. Bab ini kami tidak sangat #cheapskatesejati. Hehe. Kalau negara-negara jiran seperti Indonesia atau Thailand bab penginapan ini selalu buat last minit je. Sebab banyak pilihan dan insha Allah harga mampu milik.

    Public Transportation. Bab ini boleh dikatakan perlu dikaji bersama dengan lokasi penginapan. Kalau hotel terletak dekat tengah-tengah bandar boleh la jimat kos (tapi harga hotel mahal). Kalau pilih hotel yang murah but jauh daripada town (kos pengangkutan awam akan tinggi). Kalau travel ke Europe, kebanyakkan train akan bagi diskaun untuk perjalanan return untuk hari Jumaat,Sabtu dan Ahad. 

    Setakat ini saya masih belum pernah mencuba mana-mana perjalanan menggunakan hoponhopoff, dan kajian terhadap perbezaan pakej ini dengan beli day pass or card macam konsep touchngo yang mana lebih jimat belum pernah buat. Insha Allah sekiranya tergerak hati akan join mana-mana pakej HOHO ini, boleh la dikongsikan.

    Safety. Benda paling penting untuk anda semasa berada disana. 
    - Sila buat copy passport anda. Simpan sebagai persediaan. Kalau boleh buat lah lebih daripada satu. 
    - Sila catit nombor phone kedutaan Malaysia dinegara yang dilawati.
    - Sila bawa ubat-ubatan asas yang diperlukan
    - Sila simpan duit dibeberapa lokasi yang berlainan
    - Sila alert dengan persekitaran anda.

    Apps. Haa bila dah zaman yang lagi lima tahun nak 2020 ini, banyaklah yang boleh didownload dekat hp sebagai rujukan. Salah satu apps yang amat berguna digunakan sekiranya anda bercuti secara rombongan mak jemah adalah : Settle Up. Sungguh membantu.

    Sekiranya anda adalah tergolong dalam golongan #cheapskatesejati yang tidak akan sewa pakej wifi (hanya bergantung wifi hotel dan wifi free, sila pastikan google maps di hp anda sudah update lokasi sebelum keluar hotel. Walaupun tiada wifi, google masih akan update lokasi semasa. Jimat weh! dan paling penting tidak akan sesat makan langsat.

    Ini sahaja perkongsian kali ini. Bagi saya pencarian info sebelum pergi itu sungguh fun =). Till then, baiii.

    Ahad, 26 April 2015

    Singapore 2014 : Henderson Waves

    Assalamualaikum and Hellloooo!

    Misi kami sebelum sampai ke sini adalah untuk melihat pemandangan senja dan malam dikawasan ini. Tapi apakan daya hujan rahmat turun membasahi bumi Temasik ini setiap petang sepanjang kami disana. Jadinya plan dipinda ke sebelah pagi.

    Mula tengok tempat ini lepas sepupu di sana buat outdoor shooting dekat sini lima (5) tahun lepas. Punya lah lama berangan nak kesini, 2014 baru ada rezeki nak jejak. Sedikit info berkaitan tempat ini:

    Henderson Waves  is a 274-metre (899 ft) long pedestrian bridge. At 36 metres (118 ft) above Henderson Road, it is the highest pedestrian bridge in Singapore. It connects Mount Faber Park and Telok Blangah Hill Park. It was designed by IJP Corporation, London, and RSP Architects Planners and Engineers (PTE) ltd Singapore.

    The bridge has a wave-form made up of seven undulating curved steel ribs that alternately rise over and under its deck. The curved ribs form alcoves that function as shelters with seats within. Slats of yellow balau wood, an all-weather timber found in Southeast Asia, are used in the decking. The wave-forms are lit with LED lamps at night from 7pm to 2am daily.

    Copy Paste je daripada Wikipedia.

    Jom lah kita layan gambar

     Sedikit pendakian diperlukan untuk sampai

     Sudah semakin menghampiri tempat tujuan

     Sampai sudah!

    Jenuh juga nak tunggu tiada kelibat manusia dekat sini

     Kita suruh Ms N posing #sibukbetulpaipairitu

    Smart design tempat duduk dekat kawasan ni

    Kalau ada banyak masa, dekat kawasan ini ada lagi tempat sekitar yang menarik

     Hasil tuaian pertama, terpaksa beli sebab kasut dah basah lencun semalam. Slipper lelaki pun slipper lelaki lah, #dilemakakibesar

    Ahad, 19 April 2015

    Singapore 2014 : Marina Barrage

    Assalamualaikum and Hello semua!

    Cerita percutian hujung tahun di kampung halaman Abah aka Singapore (dah masuk April 2015, baru nak update..parah betul)

    Satu perkara yang saya dapat perhatikan sepanjang mendapat peluang berkunjung ke negara luar (selain daripada membaca buku architecture) di negara yang tidak mempunyai keluasan tanah yang banyak antaranya seperti Jepun, Singapura dan The Netherlands pemikiran kreatif dalam diri perekabentuk mereka adalah lebih tinggi dan lebih menarik. 

    Ok mungkin juga sesetengah arkitek itu bukan berasal daripada arkitek tempatan, tapi projek-projek yang dihasilkan di negara-negara seperti itu memang sangat menarik dan memerlukan idea pemikiran yang lebih kreatif berbanding projek yang disediakan tanah lapang yang luas. Biasalah, bila perlu berkarya secara limit ni, perlulah kerahan fikiran yang lebih menarik.

    Salah satu tarikan yang berjaya dijelajah pada tahun lepas ialah Marina Barrage. Walaupun tempat ini telah mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2008, tapi tahun 2014 baru ada rezeki jejakkan kaki ke sini.

    Marina Barrage ini berfungsi sebagai pusat simpanan air, pusat kawalan banjir dan juga salah sebuah taman rekreasi awam yang sangat menarik kerana kedudukan tempat ini membolehkan kita melihat skyline kota Singapura daripada arah selat Singapura sambil bermain layang-layang atau berpicnic bersama kawan-kawan dan keluarga. 


    Agak malang kerana kami lupa membawa bekalan makanan semasa ke sini. Kalau tidak, boleh join rakyat Singapura yang sedang berpicnic disini. Tapi jangan risau, disini ada sebuah restaurant halal dekat sini. Jadinya, kalau nak makan disini pun mudah untuk Muslim. 

    Perjalanan kami ke sini bermula di Marina Bay Station. Menaiki bus no.400 dan berhenti di tempat terakhir sekali iaitu selepas perhentian bus Gardens by The Bay. Jom kita layan gambar kenangan kami semasa disini.

    Bahagian bawah, sebelah kiri ada kedai jual layang-layang dengan souvenir, sebelah kanan ada restaurant dengan toilet
     
     Keluar ke kawasan lapang, sebelah kanan itu adalah pump house

    Loving the vertical landscape 

    Jom kita naik ke atas

    Ramai juga rakyat tempatan berbasikal dikawasan ini

     Pemandangan sebelah kiri, masa ini cuaca masih cerah tapi awam gelap sudah kelihatan dari jauh

     Hijau betul rumput

     Remaja Singapura yang sedang berpicnic sambut birthday

     Dari sini kita dapat la lihat skyline negara jiran

     Ahli jemaah kali ini..rintik hujan mula turun

    Ini pula pemandangan ke selat Singapura

    Selepas melawat Marina Barrage ini kami jalan kaki ke Gardens by The Bay. Sampai je dekat situ hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik sempat sampai, kalau tidak harus bermandikan hujan kami petang itu.

    Jumaat, 3 April 2015

    Fun Friday : Emirates

    Greetings everyone dan Assalamualaikum!

    April sudah menjelma kembali. Nampaknya gagal update blog sepanjang bulan Mac 2015. Keadaan kerja yang agak sibuk dengan percaturan baru organisasi agak memeningkan kepala. Ok, enough pasal kerja.

    Belanja sekeping gambar dari tempat mencari rezeki buat belanja travel

    Semalam ada terbaca satu article di Internet pasal keselesaan menaiki flight di bawah syarikat Emirates. Habis baca je article itu, terus angguk setuju. Memang sudah jatuh cinta sama ini syarikat. Sepanjang pengalaman menjelajah menaiki pesawat, paling puas hati setakat ini adalah Emirates. Kalau tambang murah, mestilah Airasia yang dapat markah tinggi kalau dibandingkan dengan Easyjet dan Jetstar (ini je yang pernah naik pun).

    Jadi untuk menjayakan misi travel 2015, sudah tentu Emirates menjadi pilihan lagi dan berjaya mempengaruhi kawan-kawan yang lain...hiks. Jadi untuk membaca apa yang ada dalam fikiran saya selepas menaiki Emirates sila lah baca article ini  --- > After taking a flight on Emirates, I never want to fly a domestic airline again

    Tip :

    Salah satu yang best bila beli tiket airline yang macam ni adalah kita dapat pilih seat secara percuma. Jadinya, sila pastikan jenis flight yang akan dinaiki samada Boeing 777, Airbus A380 or A330. 

    Selepas sudah dipastikan jenis flight anda sila ke laman sesawang ini ---> SeatGuru
    Di sini, anda akan dapat lihat layout didalam flight anda, dan boleh lah buat pilihan seat anda.

    Untuk yang akan menaiki flight Emirates ke Eropah, sila pilih seat di row A-C, kerana anda akan berpeluang melihat Dubai dari pandangan udara dan pemandangan itu sungguh cantik sehingga membuatkan saya leka sampai terlupa nak snap sekeping gambar semasa percutian tahun lepas.

    Ok, itu je nak share untuk post kali ini. Bila lah saka rajin update blog akan muncul pun tiada kepastian. Mungkin juga kerana tiada perancangan travel dalam masa terdekat. Kena tunggu pertengahan tahun kot baru muncul kerajinan itu..sebelum berpisah, jangan lupa baca surah Alkahfi untuk hari ini ye kawan-kawan semua.