Sabtu, 25 Jun 2016

Tips : Membuat Perancangan Perjalanan

Assalamualaikum and Helllllooooo Everybody!!!

Lama betul tidak bersiaran di laman sendiri. Lagi pun tak travel ke mana-mana lagi tahun ini. Sad. Sebab motif blog ni pun memang nak share pengalaman berjalan di negara orang sahaja maka memang tak de point nak up post baru.

Disebabkan terlebih rajin hari ni, maka disini ingin dikongsikan beberapa website yang Insha Allah boleh membantu anda membuat jadual perancangan perjalanan dengan lebih mudah.

1. GoEURO

Website ini haruslah sesuai untuk di benua Eropah. Sangat senang nak guna, tak payah mana pun nak faham. Yang saya suka dia terus buat comparison tiga jenis pengangkutan terus. Kapal Terbang, Keretapi dan Bus. Pilih sahaja destinasi dan tarikh, terus akan keluar keputusan.

Mari kita lihat contoh :

Perjalanan Madrid - Lisbon
Tarikh : 19 Ogos 2016 untuk seorang

Train : $69, Bus $26, Flight : 58

Ini kalau kita pilih perjalanan train jam 21:23, ada banyak time pilih la mana yang berkenan dihati.
Ini adalah contoh sahaja. Terus keluar station yang perlu transit, dan masa transit.

Ini pula perjalanan sekiranya menggunakan perkhidmatan bus. Pilih la mana satu yang kena dengan jadual perjalanan anda. Nama company pun terus diberi. Senang.

Contoh kalau pilih, dia keluar macam ni.
2. Adioso

Selain skyscanner saya juga menggunakan website ini untuk mencari harga tiket murah. Sebenarnya banyak lagi website yang lebih kurang mcm ini, but for me skyscanner and adioso ini mudah dan tak serabut sangat nak dapatkan keputusan.

Sama seperti skyscanner, adioso juga boleh kita set alert ke email untuk notification.

Sila tekan watch price untuk dapatkan email sekiranya ada jualan murah




Website ni khas untuk flight dia South East Asia. Menarik juga la nak tgk flight melalui website ni. Yang ni tak berapa nak rajin nak tolong printscreen. Boleh terus tengok saja ye dekat website. Mudah saja nak guna.

Ok, till then. Bai

Selamat Berpuasa dan Eid Mubarak!
Location: Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

9 comments:

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice sharing

Uncle Zuan berkata...

cantik. noted pasal ni. bleh buat eurotrip klu ada rezeki lebih nanti

Hidayah Rodhi berkata...

Uncle Zuan,
Welcome =)

Bisnis Tiket Pesawat berkata...

Nice sharing . trims

Zara AB berkata...

I selalu jugak guna traveloka tue. Tapi the 2 above tue, xde la guna. Xde plan tue Europe lagik. :D

Hidayah Rodhi berkata...

Zara AB,
Travel ke Europe kena buat perancangan rapi, maklumlah Ringgit masih jatuh teruk.

Dilah Naim berkata...

nice sharing.. ;-)

Dilah Naim berkata...

nice sharing.. ;-)

Fatin berkata...

Nice sharing. Sy pun suka guna GoEuro bila travel kat europe. Biasanye travel dgn bas lg murah. So selalu ngade2 survey website bus kat europe jugak ;p