Assalamualaikum dan Hello!
Akhirnya dapat juga update sampai habis kisah perjalanan kami semasa musim luruh di Jepun ni. Mohon maaf kepada yang email tanya info dan mintak update cepat-cepat ye. Alhamdulillah dapat juga setel sebelum masuk musim luruh tahun ni. Harap boleh la dijadikan panduan bersama.
So, ini lah dia rangkuman cerita kami menjelajah di negara matahari terbit 2017. Seperti biasa info berkaitan pemilihan tarikh, ticket flight & train semua tu boleh lah ke page ni, Sebelum Je Jepun. Setel semua benda tu, part nak pilih hotel boleh rujuk dekat sini kalau nak tengok hotel/airbnb/hostel yang kami pilih.
Nagoya, 25 November 2017 : A day in Nagoya
Bandar pertama yang dijejaki. Tapi lebih kurang 24 jam je kami dekat sini. Hari pertama katakan, jadinya kita baru nak warm up gitu.
Nagoya park
Lepas bandar Nagoya, next day 26 November 2017 kami menuju ke Takayama. Perjalanan sepanjang laluan ini memang menarik. Kalau ada banyak masa sebenarnya daripada sini boleh naik cable car yang boleh view pergunungan di kawasan sini. Cantik juga tengok dalam gambar. Kami tak berkesempatan nak pergi ke sana.
Takayama Day One : From Nagoya to Takayama >> Old Town Takayama & Hida
Takayama Day Two : Shirakawago, >> From Takayama to Shin Osaka
Haruslah jakun dengan salji
View yang masih berkabus di awal pagi semasa kehadiran kami
Lepas bandar Takayama, kami ke bandar Osaka (27 November 2017). Perjalanan route ni sempat la jugak jejak kaki (walaupun hanya di train station saja) bandar Toyama dan Kanazawa.
Osaka Day One, 28 November 2017 : Kita ke NARA >> Lihat pemandangan Osaka daripada Bangunan Tinggi >> Lepak malam sekitar Osaka Shopping Arcade
Selfie tak ingat dekat sini
Macam nak bawak balik sekoq
Dia buat tak layan kita suruh tengok camera
Setelah bermalam dua malam di Shin Osaka, kami meneruskan penjelajahan ke bandar Kyoto untuk destinasi seterusnya ( 29 November 2017). Kalau ditanya antara Osaka dan Kyoto mana satu pilihan hati, saya suka Kyoto.
Kyoto Day One, 29 November 2017 :
Seharian kami di kawasan Higashiyama : Old Town >> Philosopher Walks's >> Eikando Temple
Sebenarnya banyak lagi kawasan best nak explore, Kiyomizudera yang glamour tu pun dekat kawasan sini, tapi kami tak singgah sana sebabnya tengah major conservation. Kami pun explore juga kawasan Gion hari ni, tapi tak tepek dekat sini gambar kenangan. Sebabnya masa sampai Gion hujan rintik-rintik, sejuk terus jadi malas nak keluarkan hp..huhu
Haaa, tetiba dia lalu dekat tepi!
Shopping day, 30 November 2017 : Kami plan hari ini free and easy. Mula-mula kita jalan sekitar Kyoto dulu, survey-survey harga dekat sini dulu, explore Kyoto Station then gerak ke Osaka (hari last guna JR Pass Takayama Hokuriku). Mana yang dapat murah dekat Kyoto, nanti balik daripada Osaka baru beli, yang mana murah dekat Osaka boleh terus beli. Gambar shopping tak ada banyak sebab hilang ingatan nak ambik gambar biasa la bila naik saka shopping ni.
Arashiyama, 1 Disember 2017
Pagi-pagi keluar sebab hari ini agak banyak tempat nak terjah. Sagano Romantic Train >> Bamboo Groves and Arashiyama Park . Dua-dua ni memang ramai manusia pergi. Jadinya rancang perjalanan anda dengan baik untuk tahap kepuasan masing-masing. Lepas lunch, kami patah balik ke Kyoto untuk ke Temple wajib jugak, Fushimi Inari
Nak dapat shoot tak dak orang langsung dekat sini agak mustahil tapi
kalau bernasib baik boleh je diusahakan.
Nampak je cerah, tapi sejuk. Bila sejuk cepat lapar, bila lapar jom cari kedai makan
Nest destinasi kami, Bandar Himeji.
Untuk perjalanan ini kami guna JR Pass Kansai one day. Boleh pilih la pergi mana-mana destinasi untuk satu hari. Plan asal nak ke Kobe, tapi disebabkan kami tak pergi istana dekat Osaka jadinya kami tukar plan ke Himeji. Aktiviti kami di sini guna basikal percuma bila tunjuk JR Pass dekat Tourist Information dekat Himeji Station. Seronok jelajah Himeji dengan basikal ni, sebab bandar tak sibuk macam bandar Osaka or Kyoto. Aman damai, and tourist pun tak ramai mana sangat. Dapatlah masuk Istana Himeji dengan tenang, rileks dan lepak lama dalam kawasan istana.
Himeji :
Lepas Himeji, terus ke Izumisano untuk bermalam. Esok pagi terus pulang ke tanah air tercinta!. Sekian coretan perjalanan ke negara matahari terbit ini. Yang pastinya, memang akan kembali semula ke negara ini sebab belum tengok Gunung Fuji!
Till next adventure!
0 comments:
Catat Ulasan