Rabu, 23 Mac 2011

Melbourne

Jun 2008 | Bersama Maya, Anis dan Lin ( tuan rumah di Melbourne )

Permulaan hanya berbincang melalui perbualan di Internet menjadi kenyataan setelah pembelian tiket kapal terbang dibuat sehari selepas perbincangan. Kami menggunakan perkhidmatan JetStar yang harus berhenti di Sydney sebelum meneruskan perjalanan ke Melbourne.

Percutian selama seminggu di Melbourne telah membuatkan diri ini jatuh cinta dengan bandar berangin ini. Pengalaman pertama di musim Winter juga amat seronok walaupun diri sesungguhnya amatlah tidak tahan sejuk!. Tidak boleh nak membayangkan keadaan diri di musim Winter di Russia!

Pengalaman yang tidak gembira terpaksa ditempuh selepas mendarat di Sydney. Kelewatan hampir 12 jam di Sydney Airport yang sedang dalam proses pembaikkan amatlah tidak seronok!

Lepak, borak dengan penumpang lain, makan, jalan-jalan di airport,tido,solat dalam bilik persalinan baby dari subuh sampai jam 6 petang. Kesian Lin yang sedang menunggu kami di Melbourne. Daripada masak untuk lunch, dinner baru kami menjamah. Rugi satu hari di Melbourne.

Kalau nak tahu apa yang best di Melbourne boleh tengok website ini dan ini.

p/s : catatan detail akan menyusul kemudian hari.

0 comments: