Rabu, 24 Ogos 2011

Travel Notes part 3

Assalamualaikum,

Mari kita sambung kembali catatan perjalanan. Post yang lepas dah bagi link syarikat penerbangankan, so kali ni punya post nak bagi link syarikat train.

London

Kalau jalan-jalan di London amatlah senang dan mudah kalau beli Oyster Card. Tak payah la nak ambik pass tour mana-mana bus travel. Beli Oyster lagi mudah dan murah.

Kitorg sampai kat Baker Street dari Stansted naik Easybus. Terus beli Oyster Card. Deposit 5 Pounds (pd). Cara nak guna macam touch and go je. Letak kad dekat bendalah kaler kuning tu pintu bukak masuk. Memang mudah.com lah.

Kalau naik tube beli single ticket harganya ialah 4.00 pd ( untuk zon 1-3 )
Oyster satu perjalanan ialah diantara 1.90 pd to 2.50 pd ( zon 1 - 3 )
Haaa murahkan?

Boleh beli dekat kaunter tube or mesin.

Oyster ni cara dia tolak harga setiap perjalanan adalah mengikut masa dan zon. Jadi untuk elak tolak banyak or harga mahal maka elak naik time peak hours. Setiap perjalanan untuk sehari akan dicampurkan tak kira la, naik bus ke naik tube. Kalau kita start journey selepas peak hours dan kita naik turun tube and bus sesuka hati dengan banyaknya dalam zon yang sama maka dia akan cap jumlah kos perjalanan.

Sila lihat contoh di bawah kalau tak paham bahasa eh salah tak paham ayat kat atas :

Macam kitorg duduk dalam zon 2.

Hari pertama mula perjalanan dalam peak hours, naik turun tube and bus memang banyak kali. Oyster hanya akan tolak untuk hari pertama kitorg hanya 8.00 pd sahaja.

Hari kedua kitorg start after peak hours, jalan sampai malam jumlah kos tube and bus hanya 6.60 pd sahaja.

Memang berbaloi. Kalau tak beli juga Oyster ni memang tak tau la nak cakap apa dah. Mungkin cara i tulis tidak meyakinkan korang sila lah buat lawatan ke SINI.

Barcelona

Sekali lagi diingatkan jangan beli mana-mana tour bus. Naik metro dan bus. Senang dan selesa tidak mengelirukan! dan sebenarnya Barcelona ini adalah sangat mudah berjalan sahaja. Serius dan boleh berjalan dengan rasa happy dan senyum.

Kat barcelona ni kitorg beli tiket T-10. Boleh pakai ramai orang dengan guna satu tiket untuk 10 kali perjalanan. Tempoh valid kalau tak silap 1 or 2 months.

Beli dekat mesin. Senang je. Tak perlu pandai bahasa Spain or Catalan. Sebab ada versi English. Tekan bendera British je.

Harga T-10 adalah 8.25 euros (e) untuk 10 kali perjalanan. Kitorg 3 orang berkelana selama 3 hari full di Barcelona beli 2 kali je tiket ni. So kalau sorang perjalanan untuk di Barcelona kira sendiri lah. Malas.

Harga T-10 ni pun ikut zon juga. Tapi jangan risau semua benda-benda menarik memang dalam zon 1. Oleh itu carilah hotel dalam zon 1 walaupun harga hotel mahal. Bab hotel nanti i story lain post.

Kalau tidak meyakinkan juga ayat diatas ini, sila click SINI.

Venice

Kau gila nak naik bas,tube,metro bagai. Jalan kaki je lah. Sekian.

Tapi kalau memang tahap sayang lemak yang dah berkumpul boleh la naik vaporetto. Sebab kitorg memang jalan kaki kalau nak tau lebih pasal water bus Venice pergi Sini dengan pesanan jalan kaki je!

Florence

Tolong jalan kaki dibandar ini!

Pisa

Ini pun dari Station Pisa Centrale jalan kaki dalam setengah jam sampai la Menara Pisa. Tapi! Kitorg naik bus sebab nak kejar train ke Rom. Hanya ada 3-4 jam sahaja kat Pisa.

Beli tiket bus return dalam 2.00 e jek. ( kalau tak silap la )

Rom

Bandar Rom ini jalan kaki pun menarik. Metro Rom agak scary and mmg penuh memanjang. Mungkin sebab masa pergi tu Summer so mmg ramai la pelancong kat Rom. Tapi senang je nak faham line metro dia sebab ada dua line je, Line A dan B.

Beli tiket kat mesin, perjalanan untuk satu hari 4 euro. naik la berapa banyak kali pun. Pope tak kisah!

Sebelum itu disini ada beberapa pesanan :

Sila cari mesin kecik kaler kuning untuk cop kan tiket train yang anda dah beli di Italy. Sebab kalau tak cop main naik je, nnt ada org check haruslah bayar denda.

Kitorg gerak diantara city to city guna train laju. Silalah tengok kat SINI.

Manchester/Nottinghams/Leicestershire

Kitorg sewa kereta.

p/s : kalau korang ada benda nak tanya, boleh la isi pertanyaan dengan pergi ke bahagian kanan atas dekat perkataan Any Question Ask Me. kalau ada masa i akan balas. Kalau nak urgent punya reply bgtau lah ye.

Selamat Hari Raya !

0 comments: