Rabu, 11 Januari 2012

Barcelona - Day 3

Hari terakhir di bandar Gaudi.

Sebenarnya, plan asal trip kami sepatutnya mempunyai lagi seorang ahli. Bakal dr.M. Tapi memandangkan tugasan phd tidak dapat di elakkan, maka hanya tinggal kami bertiga. Barcelona tidak termasuk dalam negara yang bakal dilawati sehinggalah, dr.M mencadangkan kerana ada kawan sekolah juga yg tengah sambung phd. bakal dr.K.

Kami plan jumpa dr.K dgn keluarga pada hari terakhir. Berjanji utk berjumpa di depan Hard Rock Cafe Barcelona.

Lama tak jumpa dr.K ni, rasanya last jumpa masa habis SPM. Sekarang dah ada anak dua. Suami dr.K pun suruh kami tunggu diorg untuk beli sourvenir. Sebab dia pandai berbahasa catalan. Selamat duit kami. Dahla pandai tawar menawar. kami hanya pilih, letak di kaunter dia jalankan aktiviti tawar menawar. Bayar duit. Selesai. Sempat lagi org kedai tu bagi hadiah free kat dia. Sebab bawak kawan-kawan datang beli kat kedai ni.

Paling best, dr.K buat nasi tomato kat kami utk makan tghr!Sedap.Teruja betul nak makan nasi setelah beberapa hari mengadap kebab ja.

Lepas makan nasi, jalan-jalan cari kedai churros. Bersungguh suami dr.K nak ajak kami makan churros di kedai yang paling best. Akhirnya jumpa jugak. Sangat sedap!coklat pekat habis.

Bila dah jam 2 petang, kami perlu bergerak pulang ke hotel untuk bersiap pulang dan meneruskan perjalanan di bumi Italy.

Perjalanan untuk ke Airport, mengambil Aerobus di Plaza Catalunya.

Malang juga nasib kami, sepatutnya berlepas jam enam petang, tapi delay sampai jam 10 malam. Jam 12 tengah malam baru sampai di Milan.

Sebelum berlepas ke Italy, mari berhibur dulu dengan permandangan di sekitar Barcelona :
p/s : Gambar hari ke-3 akan menyusul nanti.

0 comments: