Khamis, 2 Februari 2012

Venice

Sepanjang 2 jam dalam train dari Milan ke Venice haruslah qadak tidur sementelah semalaman tidak tidur. Permandangan sepanjang perjalanan yang cantik tidak dapat dihayati dengan sepenuhnya. Terjaga lihat diluar, oh cantiknya ladang bunga matahari bunga kuning-kuning besar, tiba-tiba ada Johnny Depp disebelah tempat duduk. ( Eh mimpi rupanya )

Kitorg sampai di Venice jam 8.30 pagi. Mentari terang benderang cuaca cerah tapi manusia punyala ramai! Dalam mamai-mamai angkut beg cari hotel. Lokasi hotel yang dipilih juga sangat best!sebelah je dengan terminal Santa Lucia. 10 minit jalan.

Masuk hotel jam 9.00 pagi. Sebenarnya belum masih boleh check-in tapi kami dibenarkan untuk meninggalkan beg didalam bilik hotel. Bilik pun masih belum dikemas. Kami juga dibenarkan untuk breakfast pagi tu walaupun sepatutnya kami hanya boleh breakfast esok pagi. Disebabkan esok pagi kami akan check-out jam 7 pagi dan breakfast masih belum disediakan pada jam tersebut.

Apa lagi makan dengan bersungguh, siap tapau lagi. Masuk beg mana yang patut. Mesti org hotel cakap,kebulur sungguh budak-budak ni.

Bila kenyang suka hati maka terus berjalan. Tanpa mandi. Jalan kaki adalah lebih baik daripada naik water bus. Dan anda seharusnya sesat!macam wajib sesat kalau datang Venice. Kalau tak sesat bukan Venice la. Venice ni penuh dengan pelancong daripada local.

Bangunan lama yang ditinggalkan tanpa berpenghuni sangat banyak. Perjalanann ikut langkah kaki dan sekeping peta. Kitorg membahagikan Venice kepada 2 bahagian. Pagi bahagian A, petang bahagian B.

Mari layan lagu Yuna - Terukir dibintang. Hotel kami terletak berdekatan dengan Jambatan di dalam Video ini (minit 1:18) sebab tak de duit nak naik gondola maka tengok video ni pun jadilah kan.




Disebabkan agak rajin ini adalah map Venice dan perjalanan kami. Bahagian A ( kaler biru ) Bahagian B ( kaler hijau ). Kami jalan kaki sehingga ke San Marco. Petang terus naik water bus kembali ke Hotel ( Hotel terletak di tpt bertanda A ) sebelum jalan-jalan sekitar hotel mencari makanan Halal.


Best jalan-jalan time summer, jam 9 malam masih terang benderang. Sempatla kami jalan puas-puas di pulau Venice ni.
Location: Venice, Italy

0 comments: