Khamis, 12 Jun 2014

Spring Break 2014 : The Hague

Tuesday | 29 April 2014

Day 4 ---> Den Haag

Bandar Putrajaya bagi negara Belanda, The Hague atau pun dikenali dalam bahasa dutch Den Haag. Perjalanan daripada Rotterdam ke Den Haag hanya memakan masa 31 minit dengan harga tiket sebanyak 4.60 euro. Dekat bandar ini, kami hanya mengorak langkah tanpa ada agenda terperinci. Hanya berjalan-jalan menikmati apa yang terdapat di kawasan bandar pentadbiran negara ini.

Keluar daripada train, mentari muncul kan diri di bandar ini. Menceriakan hati kami yang masih terasa kecuakkan (ada ke perkataan ini?) akibat disoal siasat tadi. Tapi hati pun sedikit aman lepas perut sudah disisi.

Mentari sudah muncul!


Menarik rekabentuk bumbung Den Haag Centraal ini.

Sedang berjalan keluar dari train centraal

Dibahagian hujung itulah Den Haag Centraal. 

Keluar je terus terpampang laluan pejalan kaki yang sangat luas dan dikiri kanan terdapat bangunan-bangunan tinggi. Mungkin pejabat-pejabat kerajaan. Apa yang menarik, perancangan bandar ini sangat people friendly! Bandar pentadbiran negara kita macam mana? Putrajaya yang sungguh susah mencari parking itu. Keluar je dari centraal terus boleh ke bangunan pejabat. Tak payah mengadap jem tak payah pening kepala nak cari parking. Orang awam pun senang dan mudah untuk membuat urusan di pejabat-pejabat kerajaan. Owh, kisah perbandingan Putrajaya dengan bandar lain ini memang telah diperkatakan sejak zaman belajar lagi. Sedih, bandar yang baru sepatutnya planning perlulah lebih baik.

Rekabentuk bangunan tinggi yang biasa dilihat

Antara bangunan-bangunan yang terdapat disepanjang laluan pejalan kaki tersebut.

Sampai dipenghujung jalan, kita akan bertembung dengan kawasan Old Town Den Haag. Kebanyakkan bangunan lama disini telah diubahsuai menjadi kawasan membeli belah. Menarik la bila tengok kedai KFC, Mc Donald, Burger King dalam bangunan lama. Contoh semua kedai makanan ye. Sebab masa dekat sana lah kempunan nak makan semua tu, bila dah ada dekat Malaysia tak de lah pula pergi makan pun.

Awat cheq jadi lagu ni? Dok tunggu sapa la sampai mendongak 

Masuk dalam bangunan ini, kiri kanan penuh dengan kedai. Macam-macam ada

Antara bangunan-bangunan lama yang dijadikan kedai

Laluan tram, tempat letak basikal,open space and cafe. Setting biasa dilihat dinegara Eropah

Cafe depan ini, tepi laluan tram. Jadinya semua kerusi disusun mengadap laluan tram.

 Drugstore  di kawasan Old Town

Cafe

Rileks je kayuh basikal tram dekat belakang

Sepanjang pengetahuan semasa belajar subjek History of Architecture, bandar-bandar lama di Europe ini settingnya sama sahaja. Kami gelarkan 3 serangkai. hashtag.sukahati. Maksud tiga serangkai itu adalah : 
1/City Hall  2/Church  3/Big Open Space

Grote of Sint-Jacobskerk, atau St.James Church merupakan Protestant church di The Hague.

Disekitar kawasan church

Ini pula ialah Old City Hall yang terletak dibelakang church tadi.

Basikal dengan raganya yang sangat comel
Location: The Hague, The Netherlands

2 comments:

Unknown berkata...

Walau xlama aku kat Amsterdam haritu, tapi sekarang jatuh cinta ngan kedamaian tempat tu. Bangunan, culture, suasana. Cukup pakej untuk tenangkan hati. Rugi xsempat ronda sangat Holland ni.

hidayahrodhi berkata...

Bibie,
Ha ah, aku pun dah jatuh cinta. Kawan aku tuh dah macam tak nak balik dah Malaysia..hahaha..aku sokong je senang nak pergi buat lawatan dpt hotel free..huhu