Jumaat, 29 Ogos 2014

Spring Break 2014 : An Evening in Paris ( Part II )

Wednesday | 7 May 2014

Day 12 : Moulin Rouge ---> Avenue des Champs-Elysees ---> Centre Pompidou

Kami meneruskan perjalanan dengan ke kawasan Moulin Rouge dengan menaiki metro line hijau daripada station Lamarck Coulaincourt (Momtmanrtre) ke station Pigalle. Sekadar mencari icon Moulin Rouge sahaja misi kami disini. Kawasan ini penuh kiri kanan dengan kedai 18 tahun keatas. Macam-macam bentuk rupa gaya iklan depan kedai pun. Kalau datang waktu malam mesti lebih meriah nih.

Giuchie, giuchie, ya ya dada, giuchie, ya ya here,
Mocha chocalata, ya ya, creole Lady Marmalade

Station Metro Pigalle, Elok plak budak ini posing depan tangga ni

Perjalanan seterusnya ialah Centre Pompidou. Tapi sebelum ke sana kami singgah sebentar di Champs Elysees untuk shopping LV. Misinya ialah membeli makanan (baca: macaroon) di Laduree. Nasib baik kami sampai orang belum ramai sangat, line beratur tidak sampai ke luar kedai. Elok je masuk line toleh belakang terus dah sampai luar barisan. Maju business tuan kedai. Kemudian kami singgah di Paul untuk membeli roti yang super banyak pilihan.

Hanya enam perisa yang dibeli. Rambang mata nak pilih mana satu

Saiz besar pun ada

Lepas berjaya membeli makanan dan bersiar-siar di kawasan orang-orang kaya shopping kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di bumi Paris.

p/s : Kalau lah masa boleh dibeli! Ketidakcukupan masa sungguh sekarang ini banyak perkara perlu diselesaikan btw, Selamat Hari Merdeka My Malaysia #disinilahirnyasebuahcinta
Location: Paris, France

0 comments: