Day 9 | Sunday | 4 May 2014
Day 9 : Luxembourg ---> Luxembourg Town
Setelah keluar daripada train station, kami bergerak ke arah pusat bandar Luxembourg. Arah tujuan kami adalah untuk pergi ke tourist information terlebih dahulu untuk dapatkan map bandar ini. Disebabkan hari ini adalah hari Ahad, banyak kedai yang tutup. Jalan raya pun tidak sesak. Jom lihat bagaimana rupabentuk ibu negara Luxembourg.
Inilah dia bandar Luxembourg, biru langit hari ini
Nama jalan ini ialah Avenue de la Liberte, salah satu main thoroughfares di bandar Luxembourg
Senibina dekat sekitar kawasan ini sudah agak seperti senibina di Paris, tapi yang bezakan dalam skala yang lebih kecil.
Bangunan ini tidak dapat dikenal pasti apakah fungsinya
Permandangan biasa di sekitar bandar Eropah
Di penghujung jalan, akan ada bangunan melengkung ini.
Bangunan ini adalah bekas Headquarters High Authority of the European Coal and Steel Community
Selamat datang ke Luxembourg
Old town, Luxembourg
Ada market dekat Place Guillaume II depan Tourist Information. Kami layan la kejap, jalan-jalan tengok barang yang dijual. Ada juga dua tiga penjual yang Muslim. Comey-comey blaka.
Kawasan ini penuh dengan pelancong, maka kita tengok bahagian atas yang sudah semestinya tiada manusia
Ini adalah Grand Ducal Palace, Luxembourg
Dulu bangunan ini ialah City Hall, tapi sekarang ialah kediaman rasmi Grand Duke
Salah satu pintu. Suka kaler biru ni
Dari semasa ke semasa interior bangunan ini sentiasa diubahsuai mengikut citarasa semasa, siap ada bridge lagi ke bangunan sebelah.
Ini pula ialah The Musee d'Histoire de la Ville de Luxembourg
Museum ini ada enam tingkat, kami tidak masuk ke dalam kerana motip utama ialah Old Town Luxembourg
Pokok yang melembutkan pemandangan tembok batu
Spring is here
Pemandangan Old Town
Banyak tembok yang kehijauan disekitar kawasan. Sejuk mata memandang
Nantikan sambungan Old Town, Luxembourg. Till then.
2 comments:
Cantiknyeeeeee building kat sana..rasa tenang sgttt
JM,
mmg tenang berjalan dekat negara ni, sbb tak ramai manusia sngt and cuaca pun cantik!
Catat Ulasan