Assalamualaikum and Hello!
Tip kali ini adalah berkaitan dengan bagaimana perjalanan kami untuk ke negara Luxembourg daripada Brussels secara return ok. Tapi kalau tidak return pun boleh ikut juga cara ini cumanya harga tiket adalah sedikit berbeza. Seperti entry yang lepas, kami beli tiket daripada Gare du Midi ke Arlon secara return pada hari Sabtu untuk perjalanan hari Ahad. Harga tiket tersebut ialah 22.20 Euro seorang/return.
Kenapa perlu beli ke Arlon dan tidak terus beli ke Luxembourg adalah kerana harga tiket. Harga tiket untuk ke Arlon iaitu bandar terakhir di Belgium sebelum memasuki Luxembourg adalah lebih murah pada hari Jumaat (selepas jam 7 ptg), Sabtu dan Ahad. Harga tiket dari Arlon ke Luxemboug ialah 12.80 euro untuk seorang/return. Jadinya total harga tiket ialah 35.40 euro. Kalau beli tiket return terus ke Luxembourg vice versa, harganya ialah 43.00 Euro.
Tapi, haaa ada tapi kami sedikit tersasar daripada harga tersebut kerana masa membeli tiket dari Arlon ke Luxembourg lupa nak cakap return sebab ada drama sikit. Maka tambang untuk one way adalah lebih mahal iaitu 10.20. Jadi perjalanan kami adalah berjumlah 42.60 Euro (murah sikit bebenor)
Tapi, haaa ada tapi kami sedikit tersasar daripada harga tersebut kerana masa membeli tiket dari Arlon ke Luxembourg lupa nak cakap return sebab ada drama sikit. Maka tambang untuk one way adalah lebih mahal iaitu 10.20. Jadi perjalanan kami adalah berjumlah 42.60 Euro (murah sikit bebenor)
Kami memilih untuk menaiki train jam 9.33 pagi kerana perlu breakfast dan tapau makanan dulu. Nasib baik breakfast jam 8 pagi sudah ada. Kami turun breakfast tepat jam 8.00 pagi. Orang tidak ramai, ada la dalam 6 orang termasuk kami. Apa lagi aktiviti tapau la kami buat dulu. Lepas tu barulah saparan dengan sedikit tenang. Jam 9.15 pagi kami bergerak ke Gare du Midi. Nasib baik dekat.
Perjalanan ke Arlon mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.Tiada no seat diberikan. Suka hati nak duduk dekat mana pun, asalkan jangan duduk dekat 1st class sudah.
Selfies dulu atas train dari Brussel ke Arlon
Sepanjang perjalanan memang pemandangan sungguh cantik. Kawasan ladang terbentang luas. Kadang-kadang berwarna hijau, tetiba warna kuning muncul. Bila kaler kuning muncul, mula la KLMJ kenangan naik train di Italy yang melalui ladang bunga matahari. Kawasan kampung yang rumah comel dan cute. Lalu kawasan yang ada sungai. Gambar tidak dapat diambil kerana tingkap train yang agak kotor. Sungguh keciwa.
Perjalanan daripada Arlon ke Luxemboug hanya memakan masa lebih kurang 20 minit. Train dari Arlon ke Luxemboug ada banyak. Jangan risau. Macam kami, sempat kami berlari turun train pergi beli tiket kemudian berlari-lari semula untuk menaiki semula train tadi. Sebenarnya pintu sudah tutup, tapi hanya satu pintu masih terbuka iaitu pintu yang ada pekerja dia, dia jerit sambil melambai-lambai tangan tunjuk naik ikut pintu tu. Fuh nasib baik bukan dengan beg besar. Laju kami lari.
Bila sudah pulang ke tanah air baru terpikir kenapa tidak beli terus tiket daripada Arlon ke Luxembourg dekat Gare du Midi lagi senang sebab tidak perlu turun train. Jadi, sila berbuat demikian nanti ye kawan-kawan. Mungkin boleh dilakukan dan dapat la menjimatkan tenaga supaya tidak terkejar-kejar nanti dekat Arlon.
------------------------------------------------
Drama #3
Semasa kami membeli tiket dekat Arlon, pakcik kaunter tu tidak tahu English. Tapi bila saya cakap Luxembourg for 2, dia faham la. Lepas tu dia ada tanya lagi. Part yang dia tanya lagi ni lah yang haru nak menjawab. Beberapa kali dia tanya. Dan jawapan yang sama diberikan, maaf saya tidak faham. Kalau ikutkan hati macam nak cakap bahasa Malaysia je, sebab cakap English dia tak faham.
Bila dah macam tu, dia ambik kertas tulis, 26 dengan 28 macam tu. Hah sudah apa pulak main nombor nih. Masih tidak faham. Kemudian datang lah prince charming menyelamatkan keadaan. mamat tu terus cakap yang pak cik tu tanya, kami ni umur 26 tahun ke bawah atau 26 tahun ke atas. Ooo kisahnya!
Teruslah tunjuk 28 tuh. Kikiki, terus mamat tu pandang kami atas bawah sambil senyum-senyum. Oh terima kasih Justin Bieber. Rambut anda sungguh lembut dan blonde and biru betul mata kau.
Kenapa pak cik tu tanya adalah sebab perbezaan harga tiket. Kalau bawah 26 tahun tiket adalah lebih murah. Itulah bila dah tua baru nak berbegpack bagai kan. Harga mahai le jawabnya.
------------------------------------------------
Akhirnya kami tiba di Luxembourg Town dapa jam 11.40 pagi. Alhamdulillah cuaca juga cerah hari ini. Jom kita tengok macam mana rupa train station dekat bandar Luxemborg.
Platform no.1, itulah train kami sebelah kiri itu.
Tip : Nampak tak kaler kuning dekat dalam papan iklan tu. Ha, kalau korg nak lihat jadual waktu perjalanan train dekat negara Benelux (Belgium, The Nethelands & Lux) sila rujuk dekat sini kalau malas nak pergi tanya dekat kaunter info. Ada dua bahagian, satu untuk jadual bertolak satu untuk jadual sampai. Senang je nak faham. Info seperti nama station yang akan disinggah, masa sampai setiap tempat, no platform semua lengkap.
Sampai sudah akhirnya ke sini. Lengkap perjalanan menjelajah Benelux
Ini merupakan sebahagian daripada train station.
Dekat sini kaunter untuk perjalanan International. Kami pun beli tiket pulang ke Arlon dekat sini. Lepas kami beli kami terus ke platform tapi kami perhatikan dekat jadual kuning itu ada dua train ke Brussels dalam masa antara satu sama lain tidak kurang daripada 15 minit. Kami lihat masa sampai ke Brussels pula. Satu train akan sampai awal daripada satu train lagi.
Untuk mendapatkan kepastian kami pergi semula ke kaunter tanya samaada kami boleh menaiki train yang laju itu. Alhamdulillah kami boleh naik. Rupanya harga tiket adalah sama bagi yang laju ataupun yang lambat. Cumanya yang lambat itu adalah disebabkan dia akan berhenti di semua station. Manakala yang laju hanya akan berhenti di bandar-bandar yang besar sahaja.
Untuk perjalanan pulang, kami tidak perlu turun di Arlon. Hanya tunjuk tiket return ke Gare du Midi dekat pekerja semasa pemeriksaan dibuat.
Hiasan siling train station
Cantik kan hiasan tingkap kaca warna warni
Inilah dia train station Luxembourg Town
Video yang berjaya diambil ini adalah perjalanan dari Arlon ke Luxembourg sebab tempat yang diduduki cerminnya lebih bersih daripada tempat sebelumnya.
Semangat buat entry untuk habiskan ceritera Spring Break 2014. Tapi nampaknya akan bersambung selepasa Hari Raya nanti. Eh cepat betul Ramadhan berlalu. Semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Ameen. Eid Mubarak!
2 comments:
Dayah...tak sempat nak baca habis lagi..byk entri tertunggak yg belum habis baca ;-) nanti elpas raya sambung baca :-)
Daya..tak sudi nk terima kad raya dari JM kew...JM tunggu2 je alamat tau...
JM,
Eid Mubarak!! Sorry baru online..terlepas bas dah nak dpt kad raya drpd JM :O
Catat Ulasan