Friday | 9 May 2014
Day 14 : Cologne Cathedral
Bangunan yang mula dibina pada tahun 1248. Melalui perbagai perubahan rekabentuk, pembinaan dan perang namun sehingga sekarang ianya masih berjaya berdiri kukuh. Kebijaksanaan manusia, tapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kekuasaan Allah yang memberikan akal fikiran kepada semua manusia.
Besar tak besar bangunan ini, lihatlah perbandingan saiz manusia dengan pintu masuk je pun dah besar
Perincian binaan memang tidak perlu diperkatakan lagi
Salah satu tombol pintu
Ini juga tombol pintu
Bunga hiasan (blur sebab nak cepat, ramai orang nak masuk)
Pintu masuk utama
Ini adalah dari bahagian nave,ataupun main lobby.
Tahukan anda, binaan bangunan gereja yang bersiling tinggi adalah untuk mengingatkan penganut agama kristian tentang betapa hebat kuasa Tuhan daripada manusia dan manusia perlu bersikap rendah diri kepada Tuhan mereka.
Masuk dalam gereja ini adalah free sahaja. Dekat bahagian lobby dia ada la cerita sikit sejarah bangunan ini. Tapi kami dalam ini tidak lama sebab ramai sangat manusia. Nak ambik gambar pun susah sebab gelap ditambah dengan kerja-kerja conservation yang sedang dijalankan.
2 comments:
OMG..kagus betul dengan ukiran dan senibina nya nih
JM,
Orang zaman dulu hasil seni sungguh halus dan teliti pembikinan dan juga kukuh!
Catat Ulasan