Isnin, 29 September 2014

Spring Break 2014 : A Day in Dusseldorf

Day 15 | Saturday | 10 May 2014


Day 15 : Dusseldorf  Hauptbahnhof ---> Konigsalee ---> Altsadt ---> K21 Museum ---> Dusseldorft-Hafen ---> Neuer Zollhof ---> Koln

Perjalanan hari ini ialah menjelajah bandar Dusseldorf yang merupakan capital city untuk North Rhine-Westphalia. Daripada pembacaan di internet, semua tempat tarikan bandar ini terletak dalam walking distance sahaja. Maka kami memgambil keputusan untuk tidak membeli sebarang tiket bas atau tram untuk menjelajah. 

Perjalanan daripada Koln Hauptbahnhof dimulakan pada awal pagi. Kami perhatikan, jadual perjalanan untuk sistem train di sini juga dipamerkan di papan kenyataan dengan menggunakan warna kuning. Jadi tidak perlu risau kalau tidak pandai berbahasa German. Tiket kami sudah beli petang semalam. Kami perhatikan, kalau nak beli pagi ini pun tiada masalah kerana sabtu pagi orang masih tidak terlalu ramai dan kaunter pun tidak panjang beratur.

Menunggu kedatangan keretapi untuk ke Dusseldorf

Tempat pertama yang dituju ialah kawasan shopping di daerah Dusseldorf iaitu Konigsalee atau juga diberikan jolokan sebagai Champs-Elysees of Germany. Motif la sangat kan awal pagi nak pergi shopping! Haruslah bukan itu tujuan asal. Ini adalah disebabkan kerana kedudukan kawasan ini adalah dekat dengan main train station dan juga laluan untuk ke Old Town, Dusseldorf. Masa kami lalu dijalan ini, kedai masih belum buka namun sudah ramai juga orang yang menunggu diluar kedai. 

Disebelah kiri kanan kawasan ini lah terletakkan kawasan membeli belah

Masa kami sampai disini, hujan sudah turun. Buka payung sambil menikmati udara sejuk

Akhirnya kami tiba di kawasan Altsadt atau Old Town. Disebabkan masih awal pagi dan hujan pula sunyi sepi kawasan ini. Hanya kelihatan pekerja-pekerja kedai sedang membersihkan kedai sebagai persediaan untuk membuka perniagaan pagi ini. Aman la perjalanan kami di sini.


Kedai yang masih tutup rapat

Antara bangunan yang terdapat disekitar kawasan 

Bangunan ini merupakan Tourist Information Dusseldorf. Masuk dan minta la map, free je tiada bayaran dikenakan. Lama juga kami didalam bangunan ini. Disebabkan hujan kan, sudahlah angin agak kuat kadang-kadang muncul.


Sapa boleh baca dan faham? Den nak sebut pun rasa macam tersembur habis air liur. Mungkin jual emas kot.

Bertapa. Antara sculpture yang terdapat dikawasan ini. 

Dia ni jeles lah tu, orang tu kurus. Sila join FitMalaysia!

Mampoo? Keluar emas you!

Bila sampai ke kawasan tepi sungai ini, serius muka dah rasa beku. Sejuk tersangat.

Disebabkan terlampu sejuk, kami cepat-cepat meninggalkan kawasan ini untuk ke destinasi seterusnya iaitu Museum K21 yang terletak sepelaung je daripada tepi sungai ini. Perjalanan ini sungguh mendebarkan kerana beberapa kali payung kami seperti skrit Marilyn Monroe yang sungguh tidak seksi langung. Siap kena gelakkan dengan budak-budak dalam kereta lagi. Pasrah! Cerita museum ini next post akan diperincikan.

Lama juga dalam museum itu sebab hujan lebat turun. Lepak la lama-lama sambil makan bekalan. Ramai juga orang melepak disini tunggu hujan berhenti. Lepas lebih kurang 30 minit menunggu, Alhamdulillah hujan beransur renyai. 

Kami ke kawasan Dusseldorft-Hafen. Untuk melihat bangunan-bangunan yang banyak didirikan disekitar kawasan ini sejak tahun 1996. Namun keadaan sedikit terbantut kerana hujan turun agak lebat kembali setibanya kami disini. Namun tidak begitu lama, tapi yang menjadikan perasaan tidak tenang ialah angin sejuk yang tersangat menusuk ke kalbu. Selepas berjaya mengadap bangunan yang kami ingin melihat, akhirnya kami mengambil keputusan untuk bergerak ke arah train station kembali kerana sudah tidak tahan kesejukkan. Cukup lah bangunan ini sahaja. Sudah tidak terdaya nak mengharungi angin sejuk di tepi sungai.

Hafen bermaksud pelabuhan

Sejuk teramat sangat bila sampai sini

Sebelum pulang ke Koln, kami singgah makan dekat kedai makanan dibahagian hadapan train station. Banyak pilihan kedai makanan halal disini. Pilih saja mau makan dimana. Lepas makan, kami terus pulang ke rumah. Perjalanan kami tamat lebih kurang pada jam 4.30 petang. Pulang lepak dekat rumah bawah duvet sambil berinternet sampai ke malam. Tamatlah sudah perjalanan kami seharian di Dusseldorf dengan tema hari kelabu di bumi German.

Sebelum tamat, disini ada sedikit benda menarik yang kami jumpa disekitar bandar ini iaitu Pillar Saints. Terdapat 9 jumlah keseluruhannya yang mula dibina sejak tahun 2001. Setiap Pillar ini mempunyai nama yang tersendiri mengikut tema. Projek ini adalah hasil karya artist Christoph Poggeler. Antara yang kami berjaya temui,

Bride, 2006

Tourist,2003. Berlatar belakang Dusseldorf Tower

Couple II, 2004
Location: Düsseldorf, Germany

0 comments: