Rabu, 10 September 2014

Spring Break 2014 : Paris to Cologne, Germany

Day 13 | Thursday | 8 May 2014

Day 13 : Paris ---> Cologne, Germany

Kami teruskan perjalanan percutian dengan menuju ke Gare du Nord untuk menaiki train ke Cologne yang dijadualkan bergerak pada jam 8.01 pagi. Tiket yang dibeli dua bulan sebelum tarikh perjalanan ini adalah berharga 35 Euro seorang. Sebelum bergerak kami email terlebih dahulu kepada tuan rumah menyatakan bahawa kami sudah keluar rumah dan kunci telah ditinggalkan di tempat yang dinyatakan oleh beliau semasa proses check in dibuat tempoh hari. Mudah dan senang. Kalau ada rezeki lagi untuk ke Paris, pasti saya akan memilih rumah ini juga.

Ketika kami sampai disini masih ada lagi sejam sebelum waktu perlepasan. Sempatlah kami berjalan-jalan explore Gare du Nord.

Thalys, cutekan logo dia.


Train sudah sampai.

Proses untuk mencari gerabak tidak lah susah, namun sila pastikan anda masuk gerabak yang betul. Silap haribulan sampai tempat lain. Train yang kami naiki dari Paris adalah gabungan dua train Thalys, haa bayangkan betapa panjang train ini kan. Train akan berpecah kepada asal setelah sampai di Brussels nanti. Satu ke Cologne, satu lagi sebuah bandar didaerah Belgium. Lupa ingatan dah nama bandar tersebut.

Perjalanan memakan masa selama 3 jam 15 minit berjalan dengan lancar dan kami dihidangkan dengan pemandangan sama seperti perjalanan sebelumnya. Kawasan ladang hijau dan kuning dikiri kanan. Langit juga cerah biru.

Sampai di Cologne pada jam 11.15 pagi. Disebabkan pihak tuan rumah kami disini telah email memberitahu bahawa kami tidak dapat masuk awal kerana penyewa sebelumnya telah membuat permintaan untuk keluar lewat sedikit. Jadi kami ada beberapa jam untuk berlegar dan menikmati keindahan bandar Cologne sebelum jam 2 petang.

Pertama sekali mestilah cari makanan. Paling senang beli roti dekat mini supermart yang terdapat di train station dan beli minuman panas di Starbucks layan internet free. Hiks.

Korang pernah tak main ejaan nama semasa order minuman dekat Starkbucks semasa di luar negara. Berdebar nak tengok ejaan nama dekat cawan. Memang kelakar habis nama yang diorg tuliskan. Nurul jadi Noodle, Nor jadi North last skali nama ini saja yang saya guna setiap kali membuat order. Hanna, confirm tak salah ejaan.

Tengah lepak dekat sini, hai awak! Owh jejaka Asia juga tetap di hatiku. Dahla jumpa kali kedua mamat ni, kalau kali ketiga memang akan lalu dekat dia sambil nyanyi
Hey, i just met you . And this is crazy. But here's my number. So call me maybe. 
Nanum tiada jodoh nampaknya.

Dalam jam 1.00 petang, kami bergerak ke rumah sewa. Perjalanan amatlah senang dan dekat sangat dengan kawasan station ini. Dalam 10 minit kami dah sampai. Disebabkan masih awal, kami lepak dulu dibahagian hadapan rumah sewa. Best pemandangan dia, ada Sungai Rhine.

Tepat jam 2.00 ptg kami menuju ke pintu rumah dan disapa oleh tuan rumah iaitu Dr.Eszter seorang lawyer yang mempunyai phd. Kagum weh, dah la lawa pula tu. Peramah pun ye juga. Siap ajak kitorg lepak bawah rumah dia dulu. Owh bawah rumah dia ada deretan cafe. Kitorg layan borak dengan dia sampai jam 4 petang. Kagum betul dengan pengalaman dan kerja yang dia buat sekarang. Dia ni berasal daripada Budapest, datang Germany belajar bahasa Germany then masuk Uni balik belajar course Sport Science pula. Apa pun memang saya sangat syorkan juga rumah Dr ini sekiranya anda berpeluang untuk datang ke sini. Nama rumah dia dalam Airbnb ialah Apartment@Cologne Central. Jom layan gambar rumah Dr Eszter.

Ruang makan dan TV besar and ada banyak pilihan. Internet pun laju sama laju dengan rumah dekat Paris

Ruang tidur, kalau bertiga pun masih selesa

Dapur, nampak tak warna kegemaran tuan rumah adalah pink

Toilet

Lepas naik atas solat, kami keluar menjelajah kawasan sekitar tapi tidak ku sangka hujan turun disebelah petang. Jadinya kami terus patah balik ke rumah. Lagipun terasa sedikit keletihan bila dah masuk hari ke 13 perjalanan. Balik rehat dirumah sambil dihidangkan dengan bunyi live band daripada cafe dibawah rumah. Jangan risau dengan bunyi bising, kalau tutup tingkap bunyi bising sudah berkurangan dan kami tidur dengan nyenyak sekali sepanjang dua tiga malam disini.

Location: Cologne, Germany

2 comments:

Azra berkata...

keciknye bath tub

hidayahrodhi berkata...

Azra,
Bathtub x ada, tu tempat shower je tu. Just nice lah toilet dia. X besar x kecik.