Selasa, 28 Oktober 2014

Hello Ceylon : Misi Menjejak Peniggalan Geoffrey Bawa

The Plan
Perancangan untuk menjejak hasil tinggalan Bawa telah lama diusulkan kepada rakan travel. Buku travel sudah dibeli sejak tahun 2011. Namun setelah empat tahun barulah perancangan ini berjaya dilaksanakan. Sebenarnya idea ini timbul sejak zaman belajar lagi. Semasa belajar kami ada membuat lawatan kunjungan ke Bali,Indonesia. 

Lawatan kami ke Bali adalah sangat berbeza dengan itinerary yang biasa dibuat oleh pelancong ke pulau peranginan terkenal itu. Sepanjang lebih kurang empat hari disana, kami menjelajah hampir kesemua hotel mewah yang terdapat disana dan  berpeluang untuk melawat rumah kediaman Arkitek Made Wijaya dan berjumpa dengan beliau. 

Maklumlah masa itu studio buat projek resort. Untuk membuatkan kami mendapatkan idea untuk berkarya, maka Dr.S membuat kertas kerja untuk trip ini. Bayaran dikenakan seorang sebanyak RM1.8k kalau tidak silap. Singapore-Bali-Jakarta-Singapore. Owh sungguh memori betul. (Masa pergi tu, tolong angkat kotak hasil shopping pensyarah je mampu. Dia beli 9 ketul lampu taman konsep bali. Kitorg bawak sorang satu sebab dia takut kena tax nnt)

Jadinya selepas pulang, saya bagitau dekat kawan yang kita perlu melawat Sri Lanka untuk melihat hasil kerja Arkitek Geoffrey Bawa. Maka disebabkan misi inilah kami membuat perancangan ke sana pada bulan Oktober 2014. Haaaa,panjang cerita intro sejarah perjalanan percutian kali ini.

Ini adalah rutin yang saya buat untuk setiap kali perjalanan. Baca buku travel, satu buku catatan khas (dengan hasil doodling ketika bosan mencari info untuk perjalanan)

The Decision and Travel Partners
Seperti biasa kalau ingin mendapatkan tiket murah, haruslah beli semasa sale (tidak perlu bgtau kot info ni dekat semua orang,hiks). Kami beli tiket ini pada bulan Disember 2013 dengan harga return seorang RM430.00 dengan 20kg luggage dan makan nasi lemak pak nasir pergi dan pulang. Mulanya penjelajahan ini disertai oleh tujuh orang rakan. Sampai bulan Julai, seorang tarik diri sebab mengandung. Kemudian bulan Ogos pula, sorang lagi tarik diri sebab perlu outstation ke Germany. Tinggallah kami berlima sahaja. Kemudian bulan September, Miss A pulang ke Malaysia untuk collect data semangat dia nak join. Maka menjadikan jumlah keseluruhan ahli rombongan seramai enam orang.

Kami betul-betul fokus buat itinerary, kaji senarai bangunan yang mana akan dilawat selepas hari raya haji. Proses booking hostel, buat visa, booking driver dan final kan itinerary selesai seminggu sebelum bertolak ke sana. Mentang-mentang tukaran wang murah, last minit siap.

The Journey
Tarikh perjalanan kami ialah pada 19 Okt - 26 Okt 2014 (satu perjalanan yang masih terasa tidak mencukupi untuk misi penjelajahan di Sri Lanka). Flight pula hanya ada hari ahad, sabtu nan hado. Redho. Disebabkan flight di awal pagi maka mengambil keputusan untuk bermalam di Tune Hotel, KLIA2. First time jejakkan kaki ke sana terus check in. Sesat dan jakun sudah pasti terjadi. Gigih tawaf dalam kawasan malam itu supaya tidak sesat esok pagi.

When in Sri Lanka
Kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta bersama pemandu memandangkan kawasan yang akan diterokai adalah bukan kawasan pelancong pada kebiasaannya. Dan keputusan yang dibuat adalah sangat tepat kerana kami memang dapat jimatkan masa kerana tidak perlu menukar bus atau menunggu bas.

Disebabkan kami hanya fokus untuk melawat tinggalan senbina Arkitek Geoffrey Bawa, maka sepanjang perjalanan selama 8 hari ini, kami membuat pilihan hanya beberapa bangunan sahaja yang dapat dilawati nanti kerana haruslah tidak cukup masa kalau nak lawat semuanya.

Inilah perjalanan kami semasa disana :
Airport (Negombo) - Kandy - Dambulla - Kandy - Nuwara Eliya - Ella - Tanggale - Mirisa - Matara - Unawatuna - Galle - Bentota - Colombo - Negombo - Airport

Selain daripada misi jejakBawa, kami juga berjaya melaksanakan misi menaiki keretapi daripada Kandy ke Nanu Oya selama 4 jam tanpa tempat duduk tapi dihidangkan dengan pemandangan yang sungguh indah, maha suci Allah Subhanallah.

Kali pertama lepak dekat pintu keretapi, goyang kaki suka hati

Hailah, bila balik bercuti kerja banyak sudah pasti tambah pula nak kena pindah pejabat alahai dondang sayang kemas pejabat seminggu ini. Patah pinggang mengemas dokumen kontrak yang tebal dan berat. Ada juga timbang kati je kalau dah malas nak kemas.
Location: Sri Lanka

9 comments:

Supermeng Malaya berkata...

go on.. nanti cepat update.

sri lanka dlm my list

hidayahrodhi berkata...

Supermeng,
OMG,OMG,OMG superhero datang melawat dan komen, rasa terharu gitew.
Baiklah akan diusahakan untuk mempercepatkan post cerita kali ini.

syieda berkata...

Adehhh...camana ambik gambar kat pintu ketapi ni..mcm takut je.

Supermeng Malaya berkata...

tima kasih

hidayahrodhi berkata...

syieda,
boleh ambik angle mcm ni sebab kitorg mmg lepak duduk dkt pintu keretapi. Syok!

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

wah...menanti cerita dari Sri Lanka...salam kenal....

hidayahrodhi berkata...

MKL,
Sri Lanka mmg menarik dan unik

Jari Manis berkata...

x ramai rakan blogger yg update story pasal Sri Lanka..so mmg excited arhh nk tahu

hidayahrodhi berkata...

JM,
harap2nya semangat lah nak update cerita..hujung2 thn nih busy nak tutup akaun projek..so dah tukar kerjaya hujung thn je jadi accountant, hehe