Ahad, 9 November 2014

Hello Ceylon : Kuala Lumpur - Kandy, Sri Lanka

Assalamualaikum and Hello there!

Disebabkan flight ke Sri Lanka adalah pada jam 9.50 pagi maka saya dan beberapa rakan perantauan mengambil keputusan untuk bermalam di KLIA2. Lagi pun belum pernah sampai ke sini,apa salahnya meluangkan masa hari sabtu di sini.

Semasa pembinaan projek KLIA2 ini, tiada kesempatan untuk melawat walaupun pejabat ada membuat lawatan sambil belajar ke sini. Rugi pula tak dapat mendengar celoteh pengalaman Ar Hisham Ali, salah seorang arkitek yang bertanggungjawab menyelia projek ini merangkap sifu kepada diri ini semasa belajar untuk exam profesional tahun lalu. Tahniah sifu!

So, the journey begin... Hello Ceylon!

------------------------------------------

Perkara : Misi Jejak Geoffrey Bawa
Negara : Sri Lanka
Ahli seperantauan :  6 orang ( me, miss A, Miss N, Miss S, Miss K and Mr I )
Tarikh Perjalanan : 19 Okt - 26 Okt 2014
Visa : Perlu bagi warganegara Malaysia, boleh buat online di SINI

Day 1 | Sunday | 19 Okt 2014

Day 1 : Klia2 - Bandaranaike International Airport - Kandy

Alhamdullilah segala urusan daftar masuk berjalan lancar tanpa sebarang drama. Sila pastikan anda print salinan visa yang diperolehi melalui email. (Masa buat drop luggage, dan sampai nanti akan diminta untuk semakan). 

Perjalanan memakan masa selama 3 jam, dan negara Sri Lanka adalah 2 jam lewat daripada Malaysia. Sepanjang perjalanan juga keadaan begitu baik. Miss K sempat berkenalan dengan sorang pelajar UPM warganegara Sri Lanka. Sempatla catit beberapa makanan yang perlu dicuba nanti semasa disana.

Perasaan apabila mendarat di lapangan terbang antarabangsa Bandaranaike adalah seperti mendarat di lapangan terbang Kota Bahru atau Kuala Terengganu. Nampak banyak pokok kelapa dan juga laut biru saujana mata memandang. Cuaca Alhamdulillah cerah terang benderang.

Fly high

Proses semakan passport juga berjalan dengan lancar dan cepat. Keluar je, beg pun cepat je keluar. Selesai angkut semua beg keluar ke arrival, sudah nampak driver kami memegang sepanduk menunggu ketibaan. Nama dia ialah Ruwan. Mula-mula nampak dia macam garang dan serius, tapi bila dah seminggu bersama memang boleh tahan lawak.

Misi kami hari ini adalah terus menuju ke Kandy, bandar kedua terbesar selepas Colombo. Kandy juga merupakan kota pertahanan terakhir raja mereka sebelum tumpas akhirnya ke tangan penjajah. Kenapa kami memilih Kandy adalah kerana ianya dekat dengan Dambulla dan juga sesuai dengan misi menaiki keretapi nanti. Kami akan bermalam di Kandy dua malam. Perjalanan ke Kandy mengambil masa dua ke tiga jam bergantung kepada aliran trafik ye (sebab jalanraya ke sana ala-ala jalan kampung je tiada highway). Selain menaiki bus atau kereta, perjalanan ke Kandy juga boleh dengan menaiki keretapi daripada Colombo.
Pemandangan biasa di Sri Lanka, tuk-tuk

View sepanjang jalan memang menarik. Hijau betul terasa negara Sri Lanka ini. Tempat pertama kami stop ialah gerai jual nenas. Haha, terkejut Ruwan bila dia tanya nak singgah mana-mana tak sebelum ke Kandy, laju je keluar daripada mulut ini nak makan nenas. (pengaruh bacaan) Nasib baik nenas diorg memang sedap. Sedap sangat. Makan nenas, minun air kepala dan rasa buah apple wood.

 Gerai buah-buahan tepi jalan

 Nenas Sri Lanka yang dikhabarkan sedap

 Ditabur serbuk cili, walla! Sungguh manis dan best perasaan bagi seorang pencinta nenas

Tempat singgahan kedua ialah gerai menjual jagung rebus (nampak tak konsep perjalanan kali ini, singgah untuk membeli makanan sahaja). Jagung rebus itu tidak sedap dan tiada rasa. Sekian. 


Pemandangan sepanjang perjalanan ke Kandy


 Tuk-tuk biru

Jagung yang kurus macam orang Sri Lanka juga. Susah nak jumpa orang yang sayang lemak macam kebanyakkan rakyat Malaysia. Hehe

Gerai buah-buahan dan makanan ringan

Tempat singgahan ketiga ialah kilang membuat teh. Kecik je kilang ini, tapi mesin dia guna daripada zaman penjajah dan masih menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Banyak jenis teh rupanya dalam dunia ini. Sebagai negara pengimport ketiga terbesar di dunia selepas Kenya dan India, negara Sri Lanka ini memang terdapat banyak kawasan tanaman teh. Tapi mereka perlukan pemimpin yang bijak pandai seperti Dr Mahathir. Kenapa? Nanti akan menyusul cerita ini.

 Kayu getah dijadikan bahan bakar 

 Tempat pembakaran kayu api. Cantikkan corak dia

 Teh pertama di bumi Sri Lanka

 Diorg lah akan membawa kita melawat kilang dan memberikan penerangan serta jadi tukang jual di kaunter. Setelah dikaji, harga teh disini lebih murah berbanding teh yang dijual di kilang disekitar Nuwara Eliya.

Kami tiba di Kandy tepat jam 4.00 petang. Belum makan tengahari tapi perlu segera ke hotel kerana belum solat. Untuk makluman waktu solat di Sri Lanka adalah cepat Magribnya. Jam 5.50 petang sudah masuk, Isyak pula jam 7 lebih. Kami arahakan kepada Ruwan untuk terus ke hotel.

 Ini ruang untuk bertiga, disebelah kiri laluan ke bilik tidur untuk dua orang dan juga toilet. Luas, kemas, ada ruang masak air, peti sejuk, balkoni untuk lepak-lepak.

Selesai urusan di hotel, kami meminta Ruwan untuk menghantar kami ke salah sebuah restaurant muslim di tengah kota Kandy dan tinggalkan kami disitu sahaja. Lepas makan kami terus berjalan-jalan disekitar dan menikmati pemandangan malam ditepi tasik dan pulang berjalan kaki ke hotel.

 Kandayan Muslim 'Hotel' - tidak dapat dipastikan kenapa hotel disini adalah kedai makan

 Sedap ok! dan tamak disini. Satu pinggan boleh kongsi dua orang, bukan melantak sorang sepinggan macam kami. Well, orang tamak selalu kenyang.

 Pemandangan disekitar bandar Kandy diwaktu malam

 Terdapat banyak bangunan colonial lama yang dibaikpulih dan dijadikan kedai atau pejabat

 Ini adalah tombol pintu, di salah sebuah tempat pertunjukkan tarian asli orang Kandy

Tamat sudah hari pertama di bumi kelahiran arkitek Geoffrey Bawa. Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Pengalaman pertama ke bangunan hasil idea beliau. Woot woot!
Location: Kandy, Sri Lanka

7 comments:

Jari Manis berkata...

belum pernah terfikir utk ke Sri Lanka..kiranya Dayah pegi ni atas urusan kerja ke atau holiday..

Jagung tawar..adakah sama taste seperti di China dan Korea..jagung ala2 nasi pulut giteww

just.HY berkata...

Ya Allah sedapnya nenas asam tuh!

hidayahrodhi berkata...

JM,
Urusan berholiday kiki, jagung tu rasa mcm muda sngt pun ada jugak

John,
nenas itu mmg sungguh sedap!

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

Tuk-tuk biru tu cantik le..banyak ke sana?

hidayahrodhi berkata...

MKL,
Tuk-tuk sngt bnyk diseluruh Sri Lanka. Macam-macam warna ada.

Unknown berkata...

Dayah! Xpernah tau Sri Lanka sangat klasik. Ok bukan xpernah tau tapi xpernah ambil tau. Suka tengok benda antik klasik macam ni. Jiwa sejarah sangat.

hidayahrodhi berkata...

Bie,
Kikiki mmg 'underdog' Sri Lanka ni dikalangan rakyat south east asia. Tapi ramai European yg travel ke sini. Info2 pun aku kutip drpd blog diorg.