Jumaat, 19 Jun 2015

When I'm Not Travelling #2

Assalamualaikum and Greetings!

Mula-mula sekali ingin diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam diseluruhh dunia. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. 

Ok, berbalik kepada topik asal. Apa yang saya lakukan sekiranya tidak keluar menjelajah dunia. Jawapannya adalah membaca buku. Boring kan hobi ni. Hahaha tapi membaca jambatan ilmu =P. Azam tahun 2015 ini satu buku satu bulan (nampak tak, membaca ini tidak lah hobi sangat pun, kiki) Berjayakah misi ini dijalankan? Sudah pertengahan tahun ini maka amatlah sesuai untuk buat review kepada diri sendiri.

Buku pertama habis baca untuk tahun 2015 ialah, Goodbye Sarajevo hasil gabungan dua adik beradik iaitu Atka Reid & Hana Schofield. Baca buku ini dalam masa 4 hari sahaja. Bukan sebab nak kejarkan misi2015, tapi sebab tak boleh nak stop. Habis satu bab, terus sambung. Catatan pengalaman dua beradik semasa perang Bosnia tahun 1992 ketika masing-masing berumur 21 dan 12 tahun.


You people who started the war,
You people who are killing our dearest,
You people who are burning our homes,
Throw down yours arms,
Throw away the beastly things that no one needs,
You'll never separate our hearts from the people who died,
Because they always live in our minds....

Catatan ini ditulis oleh salah seorang adik mereka berdua yang ketika itu hanya berusia 6 tahun. Masa baca buku ini, memang tidak dapat dielak air mata mengalir. Sedih weh! 

Lepas habis baca buku ini, terus pergi beli buku kedua yang telah dimasukkan dalam senarai buku yang perlu dibaca untuk tahun 2015. Bertajuk Zlata's Diary. Sebagaimana tajuk, buku ini adalah sebuah diary budak perempuan di Sarajevo semasa berumur 11 tahun (kalau tidak silap)

There's no electricity and probably won't be any for a long time. The batteries ran out so Daddy brought in the battery from the car and hooked it up to the radio. Now we can listen to the news. They just said on the radio thats lots of Crots and Muslims have been expelled from Grbavica. We're expecting mommy's relatives, Nedo's parents and Lola (our friend)

Kesan perang kepada emosi kanak-kanak. Apa yang ditulis sangat jujur dan keliru dengan apa yang terjadi kepada negara tercinta. Buku ini juga dikatakan setaraf dengan catatan Anne Frank, sehingga digelar Anne Frank of  Sarajevo.


Masih teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang perang di Bosnia, maka buku bertajuk The Bosnia List - A Memoir of War, Exile And Return menjadi bahan bacaan seterusnya bagi misi2015. Kali ini adalah berdasarkan pengalaman seorang budak lelaki 11 tahun dan juga emosi dan ingatan beliau (yang sekarang menjadi warganegara US) tentang perang Bosnia ketika dia berumur 31 tahun, iaitu hampir 20 tahun setelah perang. Permintaan bapa mereka untuk kembali ke Bosnia sebelum menutup mata. 

Agak menarik dengan list yang dibuat ketika mengimbas perasaan marah seorang budak 11 tahun dengan keadaan sebenar bila berada disana ketika sudah dewasa.

Masih lagi berkisar topik peperangan, buku keempat adalah The Angel of Grozny hasil tulisan seorang journalist, kali ini kisah di bandar Chechnya, Grozny.

Buku kali ini adalah pengalaman seorang journalist, Asne Sierstad (born 10 Feb 1970) is Norwegian freelance journalist and writer, best known for her accounts of everyday life in war zones - most notably Kabul after 2001, Baghdad in 2002 and the ruined Grozny in 2006.

Untuk lebih memahami perang yang berlaku dan juga kesan perang terhadap penduduk di Chechnya, beliau travel secara rahsia dan berdepan dengan bahaya semasa tinggal bersama anak-anak yatim, bersama penduduk yang cedera dan juga insan-insan yang kehilangan iaitu - kanak-kanak Grozny.


The trips to Chechnya changed me. When i went back to Moscow to recuperate, I became depressed, had lost my drive. I just wanted to go back again.

Real life was in the mountains, where people were waging a life-and-death struggle. Little by little I became almost anti-Russian. from being captivated by poetry, the music, in search of 'the Russian soul', I became aware of rasicm, the nationalism, the bleak history ;

as Anton Chekhov put it : Russian life is like a thousand-pound-stone, it grinds a Russian down till there's not even a wet patch left.

The basement apartment was still a basement. The Moscow smog, the jostling in the metro, the clerk's dour faces. Capitalism was spreading, the things began to get on my nerves : the watch factory I passed every day that was now a casino, the luxury shops only mafia could afford and, not least, the lies on the television.

Sungguh kagum dengan semangat jiwa kental Asne dalam mencari bahan untuk penulisan yang jujur bukan seperti apa yang dipaparkan dalam tv. Ahh, media always have a different agenda!

Tapi yang paling sedih adalah manusia tidak pernah belajar daripada sejarah. Itulah keadaan dunia sekarang. Semoga Malaysia sentiasa dalam Rahmat Allah. Ameen.

p/s : nampaknya tidak berjaya misi satu buku satu bulan. Buku kelima masih belum habis baca walaupun sudah memasuki bulan June. 
Location: Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

9 comments:

Farikica berkata...

Salam Ramadhan... ok apa membaca.... relaxing..:)

Jari Manis berkata...

Selamat berpuasa juga Dayah

yerr..membava jambaan ilmu tapi msalah nye..sis JM ni buka buku je terus rasa nak lelap...tension...bila masuk Ramadhan..lagi lah x de masa nk baca

4 hari leh habis 1 buku..kalau jalan cerita best mmg x leh nk stop dan tak sabar nk tahu ending nya kan

Hidayah Rodhi berkata...

Farica,
Salam Ramadhan. Hehe..mmg rasa tenang kalau dapat baca. Kdg2 bila baca hp pun tukar ke mode flight x nak diganggu gitu.

Hidayah Rodhi berkata...

JM,
Selamat berpuasa juga kpd JM.Oklah baca dlm tido..hehehe

kama maya berkata...

Tolong view blog saya http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/

Bibie Karim berkata...

Selamat berpuasa Dayah! Buku Goodbye Sarajevo tu lah aku nak baca dari haritu lagi tapi x dan pi beli lagi. Giler ah baru baca poem sikit tu pun hati dah sebak. Anyway, semoga istiqamah dengan azam membaca ni. Azam membaca aku 2014 berkubur macam tu je, sume sebab penyakit M.

Hidayah Rodhi berkata...

Selamat berpuasa Bie, semoga kuih talam ko menjadi dengan jayanya.
Buku itu sungguh best weh, wajib baca. Ya Allah,jauhkan la penyakit M dalam diri Bie.Ameen (hiks,dengan harapan ko update cerita turki laju2)

Unknown berkata...

Assalamualaikum Hidayah,

Menarik entry ni. Saya sendiri banyak membaca tentang sejarah Bosnia terutamanya massacre di Srebrenica. Kebanyakan orang hanya pernah dengar the fall of Sarajevo. Saya bakal ke sana bulan depan. Jadi sebahagian preparation saya adalah dengan membaca sebanyak mungkin buku tentang negara yang akan saya pergi.

Maybe awak nak tambah book list pasal Bosnia:-
1. Endgame : The Fall and Betrayal of Srebrenica;
2. Malaysian tigers in Bosnia;
3. For the sake of Peace: Malaysia's Illustrative Account of Malaysian efforts toward peace in Bosnia;
4. Seasons in Hell.

Tapi buku-buku pasal Malaysian efforts in Bosnia memang rare. Kena cari di library.

P/S: Enable option URL di comment tu. Saya takde account-account di bawah.

Rgds,
Farah
www.thatsofarah.com

Hidayah Rodhi berkata...

Farah,

Tq bagi list buku nak tambah koleksi bacaan, skang tgh baca buku Logavina street ( tapi tak habis2 hahaha ). Itulah dok mencari jugak buku2 pasal Malaysia efforts in Bosnia. Harus buat lawatan ke library nih.

Sampai dulu lah Farah daripada saya. Insha Allah sy pun bakal ke Balkan bulan September nnt. Nnt boleh lah share info ye.