Sabtu, 3 Oktober 2015

Into The Balkans : Persiapan Sebelum Ke Rantau Balkans

Assalamualaikum and Greetings!

Alhamdulillah perancangan menjelajah Balkans yang bermula pada awal tahun 2015 telah berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan yang tidak dapat kami atasi. Syukur nikmat. Kalau ikut perancangan jelajah tahun 2015 adalah Trans Siberia. Beria order buku dekat amazon. Tapi setelah kajian dijalankan sudah pasti perkara paling sukar untuk diperolehi adalah berkaitan jumlah cuti! Paling ideal memang sebulan jugak perlu bercuti. Sudah pasti sukar nak dapat cuti sebanyak itu. Maka tukar plan untuk menjelajah rantau Balkans. Gitu pengenalan persiapan.

Ahli rombongan :

#TeamMalaysia ; Ar. H (me), Ar N & Ir K
#TeamEurope ; Dr I & Dr. (to be) A

Poyo tak letak pangkat status pekerjaan, hahaha..boring je letak Ms je kan..,kikiki. Plan asal hanya bertiga, tapi lagi tiga bulan nak fly ada tambahan ahli. Sangat-sangatlah dialu-alukan untuk penjimatan bersama. Sharing is caring perlu untuk #cheapskatesejati macam kami.

Pemilihan Negara :

Misi utama ialah negara-negara bekas Yugoslavia.
Option 1 : Istanbul - Hungary - Slovenia - Croatia - Montengero - Bosnia
Option 2 : Istanbul - Hungary - Slovenia - Croatia - Bosnia - Montenegro - Kosovo - Macedonia
Option 3 : Istanbul - Slovenia - Croatia - Bosnia - Montenegro - Albania

Keputusan :

Option 1 : Perjalanan Dubrovnik - Montengero - Dubrovnik dilihat agak tidak praktikal kerana perlu berpatah balik dan perjalanan dalam negara Bosnia jugak tidak praktikal, sebagai contoh perlu patah balik Sarajevo-Jajce-Sarajevo. Sebab tidak praktikal untuk kami adalah kerana kekangan jumlah hari. Kalau ada banyak masa, lain cerita.

Option 2 : Mencapai misi untuk ke negara Yugoslavia, namum terkejar-kejar dengan pengangkutan awam yang kurang info dan hasil daripada bacaan di internet memang agak memenatkan dalam masa 18 hari dengan jadual sebegitu. Terus reject awal-awal option 2 ini.

Option 3 : Paling dipersetujui oleh semua ahli jemaah, tapi harga tiket penerbangan daripada Istanbul ke Slovenia adalah mahal dan melepasi budget asal yang ditetapkan. Hasil perbincangan dan kajian yang lebih serta penat lelah menanti sale bagi tarikh yang dipersetujui, maka kami terpaksa korbankan sedikit wang ringgit untuk memastikan bilangan hari adalah berpatutan disetiap tempat yang dilawati. Bersesuai dengan tarikh perjumpaan lagi dua ahli #teamEurope

Visa tidak perlu risau. Kesemua negara yang kami lawati tidak memerlukan visa. Lain cerita kalau anda masukkan Serbia dalam perancangan. Sekiranya tidak silap, kedutaan Serbia yang terdekat adalah di Indonesia.

Perjalanan yang berjaya ditempuhi

Sekiranya anda mempunyai lebih masa (melebihi 18 hari perjalanan) anda boleh mengambil penerbangan Istanbul - Budapest then boleh menaiki keretapi atau bas untuk ke Slovenia (lebih ekonomi). Untuk negara-negara lain di Balkans, tunggu kedatangan kami untuk misi jelajah Balkans #2. Insha Allah.Ameen.

Pengangkutan Udara :

Sejujurnya plan nak buat melalui jalan darat (kecuali tiket retun KL) sahaja disana, tapi setelah kaji selidik dan seperti biasa kekangan bilangan hari perjalanan. Ditambah pula dengan kondisi perkhidmatan pengangkutan awam adalah tidak seperti di bandar Eropah yang maju. Maka kami terpaksa menggunakan juga perkhidmatan udara.

Emirates : RM 2,333.30 
Tiket dibeli pada bulan Februari semasa jualan murah. Sebulan selepas kami beli Emirates ada buat sales lagi. Tapi harga telah naik RM2500, dan sales pada bulan Julai RM2600. Syukur berjaya beli tiket yang murah. Inilah penting setkan date pilihan dalam skyscanner terus dapat email alert.

Pegasus Airlines : RM 202.12
Penerbangan pulang ke Istanbul yang paling menepati pilihan adalah daripada Tirana. Tapi hasil kajian Skopje lebih murah namun again (time vs money) masa juga menang. Penerbangan dirantau Balkans untuk low cost adalah akan mendarat di sebelah Asia Istanbul.

Turkish Airlines : RM 656.14
Tiket paling terakhir dibeli sebab mahal. Beza penerbangan Istanbul - Slovenia dengan Istanbul - Budapest hampir separuh. Tapi bila dikira dengan harga tiket keretapi untuk perjalanan Budapest ke Slovenia, dan kekangan masa (time vs money) akhirnya masa lebih berharga. Melebihi target asal budget dibawah RM600. Tiket juga dibeli menerusi laman web Adria, kerana ianya lebih murah berbanding membeli di laman web Turkish. 

Pengangkutan Darat & Air :

Ferry (Istanbul) : sila beli istanbulkart dan sila naik pengangkutan air semasa disana. Seriusly berbaloi dengan pemandangan yang dapat dinikmati. Memang suatu pengalaman mahal untuk harga tiket yang murah. 

Metro (Istanbul) : tidak susah untuk memahami laluan metro/trams di sini. Sama sahaja seperti ditempat lain. Namun persediaan mental adalah perlu terutamanya di Istanbul yang seperti tidak pernah susut bilangan penumpang. Terutamanya line Biru.

Kereta Sewa : Adalah disarankan semua orang yang mahu jelajah kawasan Balkans untuk sewa kereta. Sangat berbaloi dan sila menggunakan perkhidmatan syarikat ini Fleet-Rent, anda pasti tidak menyesal. Insha Allah. Perkhidmatan kereta sewa kami bermula di Lake Plitvice, Crotia melalui Bosnia dan kembalikan kereta di Dubrovnik, Croatia. Tapi tempat mengambil kereta sewa adalah di Split oleh #teamEurope.

Kereta kesayangan yang berjaya mengharungi kawasan berbukit di Balkans

Bas & Van : sebelum dan selepas berpisah dengan #teamEurope kami hanya menggunakan perkhidmatan bas dan van. Perhatian!! tiket di rantau Balkans tidak semua dijual online. Untuk keselamatan sila beli tiket anda sehari sebelum perjalanan. Bas di Croatia dan Montenegro anda perlu bayar kos penyimpanan beg dibahagian bawah Bas kepada driver.

Cerita lebih details akan menyusul untuk setiap negara berhubung pilihan dan pengalaman kami sepanjang perjalanan.

Penginapan

Seperti biasa kami menggunakan perkhidmatan Airbnb dan Booking.com untuk tujuan ini. Apa yang dapat disimpulkan adalah murah berbanding negara Europe lain yang pernah dilawati setakat ini. Semua penginapan adalah dibawah RM80 satu malam untuk seorang kecuali di Istanbul (ini memang mahal). Cerita dan gambar akan menyusul dipost yang lain.

Tukaran Wang

Disebabkan negara yang bakal dilawati ini adalah tidak sepenuhnya menggunakan mata wang Euro, maka kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan ATM sahaja. Lagipun mata wang yang perlu amatlah sukar didapati di Malaysia.

Lebih jimat sebenarnya keluarkan duit daripada ATM jika dibandingkan pertukaran di Money Changer. Untuk makluman, CIMB akan mengenakan cas sebanyak RM10.60 untuk setiap kali pengeluaran wang dibuat. Manakala Maybank adalah sebanyak RM12.60. Apa yang perlu adalah pastikan anda aktifkan card ATM untuk kegunaan di luar negara.

Disebabkan #teamMalaysia bertiga, maka sebelum percutian kami telah masukkan duit kedalam satu akaun untuk tujuan penjimatan cas yang dikenakan (dibahagi kepada tiga orang). Mesin ATM tidak sukar untuk dijumpai sepanjang jelajah. 

Sekiranya anda mempunyai duit Euro untuk ditukarkan kepada BAM (sebagai contoh di negara Bosnia) sila tukar di pejabat pos kerana ianya lebih murah berbanding Bank. Maaf kami tiada info berkaitan pertukaran wang di Money Changer semasa disana, tapi yang pasti anda perlu tukar duit Euro dahulu untuk berurusan disana. Bawa duit Malaysia memang tak dapat lah ye (berdasarkan info daripada internet).

Belanja Makanan

Harga makanan di rantau ini sepertimana harga penginapan ianya jugak murah. Makanan halal senang diperolehi. Seperti biasa kami juga memilih untuk memasak. Paling rasa kagum semasa kami membeli belah di bandar Kranj. Hasil perbelanjaan : 6 euro kami dapat satu tin tomato pure bersama olive oil, satu kotak spaghetti ( boleh masak dua kali untuk tiga orang makan), 2 biji tomato, 4 botol yought, Herbs dan sebuku roti. 

Boleh dikatakan hampir semua bandar yang kami singgah, lawatan ke local mart adalah satu kemestian. Seronok juga lihat macam-macam jenis makanan dan of course chocolate! Agak memeranjatkan apabila kami jumpa hotdog yang ada tanda Halal di Croatia, Bosnia dan Montenegro. Terus jadi makanan ruji breakfast semasa disana.

Makanan yang glamour di bumi Bosnia. Inilah makanan pertama yang kami makan kali pertama jejakkan kaki ke BiH


Info Sejarah

Sebelum pergi sila baca sejarah negara yang bakal dilawati. Adalah menjadi rutin sebelum penjelajahan saya akan membaca seberapa banyak info berkaitan sejarah negara yang bakal dilawati. Bukan apa, ini adalah lebih terkesan dihati bila kita tahu sejarah sesuatu tempat semasa kita berada disana nanti. Cara ini amatlah sesuai diamalkan oleh kaki jalan yang #cheapskatesejati macam kami yang tidak mampu untuk join atau hire pemandu pelancong untuk tadah telinga dengar mereka menceritakan setiap sejarah bandar yang dilawati.

Tapi! untuk penjelajahan dirantau balkans ini sila  join walking tour yang dianjurkan oleh orang tempatan samaada percuma atau berbayar. Cari pemandu pelancong yang merupakan mangsa peperangan yang terselamat, secara umumnya mereka yang berumur 30 tahun keatas. Kerana pengalaman yang mereka tempuhi amatlah berharga untuk kita ambil sebagai satu pengajaran. Percayalah anda akan rasa berbaloi membayar.

Selain itu, sila berbual dengan orang local untuk mengetahui dengan lebih personal cerita-cerita perang yang dialami oleh mereka. Tapi sila jangan sesuka hati untuk bertanya kisah perang, sila jaga dan hormat perasaan mereka. Bertanya kepada mereka yang anda rasa ok seperti tuan airbnb anda, owner restaurant yang dikunjungi.

Selain itu, terdapat banyak buku yang menceritakan pengalaman mangsa perang yang terselamat. Selain cerita perang Yugoslavia anda juga boleh membaca buku-buku sejarah Kerajaan Ottoman. Terutamanya semasa di Istanbul, anda pasti lebih teruja dengan adanya pengetahuan sebuah tamadun agung Islam ini. Antara contoh buku yang saya sempat baca (selain bacaan di internet) sila rujuk Sini. Atau boleh rujuk juga blog Farah, kerana Farah juga baru pulang daripada menjelajah negara-negara di rantau Balkans.

Sampai sini dulu. Akan cuba untuk update sekerap yang mungkin supaya dapat menjawab segala persoalan yang diutarkan kepada diri ini dan juga sebelum hilang ingatan #faktorpenuaan.

Related Posts:

67 comments:

just.HY berkata...

nice infos! thank you! looking forward to the upcoming entries.

hidayahrodhi berkata...

John,
Tq, I'll try my best to post all the cerita pasal travel Balkans ni.

Tanpa Nama berkata...

wow..ada arkitek engineer dan doktor..semua kejo hebat2 noh..

hidayahrodhi berkata...

Tanpa Nama,
Alhamdulillah rezeki di dunia. Syukur nikmat Allah.

bilabudakkampungtravel berkata...

Bagus Dayah. Akan jadi rujukan kalau ada rezeki di masa akan datang

hidayahrodhi berkata...

BK,
Alhamdulillah, semoga bermanafaat apa yg dikongsi.

Cubie berkata...

Kereta sewa! Masa cuti di Central Europe tahun lalu ingat nak sewa kereta juga tapi kami dua orang saja, agak mahal lepas kira kos. Mesti cantik sepanjang jalan kalau bawa kereta kan? ^ ^

Cubie berkata...

Saya guna citibank untuk ATM. Ada account yang tak caj untuk pengeluaran wang tapi akaun buka di Australia. Tak pasti kalau ada akaun yang sama di Malaysia. Memang lebih mudah tekan di ATM dan tak perlu bawa banyak euro :)

hidayahrodhi berkata...

Cubie,
Mmg puas hati drive dkt Balkans ni. Samai stress tgk kiri kanan cantik sngt, asyik berhenti je.

Kalau atm mcm maybank n cimb diorg x akan charge kalau kita guna atm diorg juga dkt oversea. Mcm dkt singapore and vietnam ada atm maybank. Tp dkt Balkans ni haruslah tak ada kan. Hehe..tp mmg senang bnyk withdraw je duit dkt sana.

Tanpa Nama berkata...

salam..bole saya tahu brapa total bajet termasuk hotel makan semua

hidayahrodhi berkata...

Tanpa Nama,
Total semua termasuk shopping (tak de lah shopping beria pun) dalam RM6500
Kalau nak details boleh bagi email. nnt sy share dkt google drive.

Tanpa Nama berkata...

Hi hidayah. Best baca perancangan balkan u. Nak jugak details. Nanti email yek. Email saya rossdowsen@yahoo.com

Tq.

hidayahrodhi berkata...

Rossdowsen,

Saya dah share dkt email ye.

Unknown berkata...

Terima kasih di atas perkongsian ini. Ianya amat membantu kami sebelum berangkat ke Balkan.

hidayahrodhi berkata...

Zamakhsyari,
Welcome. Semoga dpt membantu dan perjalanan nnt dipermudahkan Allah.

Unknown berkata...

Terima kasih di atas jawapannya. Satu lagi, ada ambil Travel Insurans tak masa ke Eropah. Dan Di Balkan perlukah kepada lesen memandu antarabangsa untuk memandu kereta yang disewa?

hidayahrodhi berkata...

Zamakhsyari,
Sebaiknya ambik la insurance.kami terlepas pandang benda ni, hehehe selalunya ambik tp time balkan ni lupa nak buat.

Lesen antarabangasa diperlukan utk drive dkt sini. Kalau nak lebih details perbelanjaan kami, boleh bagi email nnt saya share dkt gugel drive.

Unknown berkata...

Boleh juga dan terima kasih.

hidayahrodhi berkata...

Zamakhsyari,

email?

Unknown berkata...

mzj135@gmail.com

hidayahrodhi berkata...

Zamakhsyari,

Done. Kalau nak tanya apa2 info lagi boleh terus email ke saya ; hidayahrodhi@gmail.com

Unknown berkata...

Terima kasih banyak di atas bantuannya.

Unknown berkata...

Macamana tentang line internet, atau hanya guna wifi hotel?

hidayahrodhi berkata...

Zamakhsyari,

Kami guna internet hotel saja. bnyk juga kedai makan yg free wifi.So far ok je wifi sana.

Unknown berkata...

Seronok baca catatan saudari ni :) saya juga pernah ke balkan bersama keluarga. Tapi kami ikut mahira travels. Sebab memang da beberapa tahun ikut mereka atas sebab mereka punya service awesome

So for those yg rasa nak ikut pakej..try la mahira travel and tours s/b. Memang company berlesen dengan kementerian perlancongan..so no need to worry about scam inshaAllah. Kami dah 5 thn berturut guna khidmat mereka. So far been to australia, nz, europe, balkan and jepun with them. Puan siti and en azim is the owner

WWW.MAHIRATRAVELS.COM

lilykwinara berkata...

Assalamualaikum. Wah nice sharing. Boleh dibuat rujukan untuk trip sy next year, insyaAllah. Kalau tak keberatan, nak minta tolong kongsi details trip balkan ini ke kwinara21@gmail.com TQ in advance. Oh ye, pemanduan di balkans sebelah kanan (seperti di Malaysia) atau sebelah kiri ye?

hidayahrodhi berkata...

Ili,

Wsalam,

Saya dah share ye. Pemanduan di balkans sebelah kiri.

Unknown berkata...

assalamualaikum.hai hidayah..saya bercadang utk ke balkan pada hujung tahun ni..
if u boleh sharekan iti u..emel sy nurzakiah86@gmail.com
tq ye.

IslamicTraveller berkata...

Terima kasih untuk perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat bagi mereka yang bercadang ke sana...

naasiha almadani berkata...

Alhamdulillah,Bulan mei lps saya Dan 5 rakan backpacking ke Europe 16 hari.Sebelum jelajah kami mencari maklumat dlm blog2 termasuk blog saudari ini.Seorang rakan travel, ustaz zamakhsyari telah berhubung dgn saudari via email. Tq kerana membantu kami. Beliau lah yg memandu van yg kami sewa di negara Balkan.

Route perjalanan :
- Kul London - qatar airways
2 mlm di London
- London Amsterdam -uerolines , berangkat mlm dn sampai 6 pagi.
- Amsterdam - Brussels -Paris dgn bas.
1 mlm di Amsterdam dn 1 mlm di Paris
- Paris Geneva - train, sampai mlm di Geneva, bermlm di airport. Keesukannya pusing2 bandar Geneva. Jam 1 pm bertolak ke negara balkan iaitu Dubrovnik, Croatia dgn easyjet. Sampai Dubrovnik sewa van 7 hari.Bermlm di Dubrovnik.
- Dubrovnik Mostar, Bosnia, bermlm di mostar.
- Mostar Sarajevo, bermlm di Sarajevo
- Sarajevo travnik nemila Sarajevo, bermlm di Sarajevo
-Sarajevo Kotor, Montenegro
- Kotor budva, Montenegro, bermlm di budva
- budva, skhoder , Albania. Di Skhoder kami bertemu dgn Kawan lama ustaz zamakhsyari ketika sama2 belajar di Libya belasan tahun yg lalu. Beliau bertugas sebagai mufti Skhoder. Alhamfulillah, beliau bawa kami melawat ke beberapa tempat Dan belanja kami makan.
-Skhoder prizren, Kosovo, bermlm di prizren
- prizren pristina, Kosovo. Hantar van di airport Kosovo. Sblm itu ronda2 bandar Kosovo tiba2 lihat signboard Skopje, Macedonia 80km. Memang awalnya rancang nak ke Skopje tp tak sempat kerana kami telah bermlm di Sarajevo 2 mlm.
- Pristina Istanbul dgn Turkish airlines 2 jam. Bermlm di airport Istanbul krna sampai dah jam 10 pm.
- keesukannya jelajah Istanbul. Ni Kali Keenan saya di Istanbul.Bermlm di Paris hotel, memang berbaloi dn murah.
- Istanbul Kul.

Jumlah negara yg di lawati : 11.
Kos semua : 6600rm - murah kan.

Trip berikut nya tengah October. Sapa2 nak join pm.
Buat masa skrg sblm ditentukan lagi negara mana nak jelajah.Namun cdgn nya sekali lagi ke London, Paris, Brussels, Luxemburg, Munich, Zurich, Vienna, Prague, Bratislava, Budapest, Ljubljana dan mngkn ke beberapa negara Balkan spt Macedonia, Bulgaria, Romania dn Istanbul.

hidayahrodhi berkata...

Naashiha,

Alhamdulillah dapat membantu. tercapai misi blog ini dibuat, =)
Bestnya, tgh plan for our next travel jugak ini. Europe insha Allah kalau murah rezeki, Allah beri keizinan sampai nnt 2017 or 2018. Tahun ini ke benua lain.

Baizura Ahmad Shah berkata...

Assalamualaikum Hidayah

TQ for sharing, info yg sangat berguna utk yg merancang ke negara2 Balkan.
Boleh email kan saya maklumat bajet semasa di sana - baizuraahmadshah@yahoo.com

Is it possible untuk sewa kereta utk sepanjang perjalanan?

Again, tq very much.

hidayahrodhi berkata...

Baizura,

Welcome. Done sharing thru google drive.
Kena check dgn company yg nak sewa kereta.

Tanpa Nama berkata...

Assalam Hidayah

Info yang sgt membantu!Terbaik!!
K zie berminat utk meneroka Balkan.
Mohon dikongsi ttg maklumat lanjut berkenaan dgn itinerary dan kos.

noorzail@yahoo.com

Thx in advance.

Zie Noorzail

Unknown berkata...

Assalam Hidayah .. thanks sbb sharing info pasal Balkan kat sini .. saya & kawan akan ke sana Insyaallah Oct ni .. kami pun akan ke Plitvace Lake. can u recommend brp lama we should spend time explore the lakes.. kami plan route zagreb--plitvace lakes (10 am till 5pm -- cukup ke or too tight) -- dubronik.

Tq.

hidayahrodhi berkata...

Wsalam Zie,
Done.

hidayahrodhi berkata...

Juliana,
Ambik bus awal pagi drpd Zagreb ke Lake Plitvace mcm kami dulu (jam 7 pagi lebih) ok dah tu time. Kami jalan hari tu enjoy rileks siap stop makan, keluar drpd lake tu dalam jam 3 or 4ptg mcm tu. 2 kali stop makan.

Should be ok time yg korg plan ni.

Miss Petite berkata...

Hi. Saya sebenarnya tengah merancang untuk ke Balkan. masih tengah buat itineri. Boleh e-mailkan ke saya itinery serta bajet untuk panduan? Thank you in advance.

Selain tu nak mintak pendapat, disebabkan saya banyak mengikuti rancangan Haramain Backpackers untuk panduan, diorang tak singgah Plitvice sebab tak sempat. Berbaloi ke untuk singgah di Plitvice atau patut skip? Itineri saya tak rushing pun. hehe.

Unknown berkata...

Assalam Hidayah,

Boleh share dgn sy itinerary Balkan awak? Insyallah sy akan ke sana dgn family awal thn depan.

sue.lan35@yahoo.com

Thanks :)

hidayahrodhi berkata...

Miss Petite,
Lake Plitvice sngt2 berbaloi untuk pergi tgk. Mmg sngt cantik! Nnt bagi alamat email untuk sy share kan. kalau nak senang email gmail ye.

Suraya Kamilan,
Sy dah share itinerary.

Miss Petite berkata...

Hidayah,

Thank you for the reply. Ni e-mail saya faraain.sabudin@gmail.com

Saya jugak mak mintak pendapat pasal sewa kereta. Hopefully nanti Hidayah tak keberatan nak share pasal kereta.

Thank you :)

hidayahrodhi berkata...

Miss Petite,

Sy dah email ye. Harap membantu.
Kami booking thru http://www.fleet-rent.com/en utk kereta sewa. Ambik full insurance and make sure pass utk sempadan negara skali. Semua info boleh baca dekat website.

Tanpa Nama berkata...

hai assalamualaikum. kalau tk keberatan boleh emailkan saya details pasal ni tak? InsyaAllah ada rezeki memang nk travel ke sana.

ni email saya. (syamin_azhar97@yahoo.com)

terima kasih :)

hidayahrodhi berkata...

Syamin,

Done.

Azrol Anuar berkata...

Assalamualaikum cik Hidayah,

tengah cari2 idea nak buat trip pi Balkan, terjumpa blog awak..terbaik sgt..kalau tak keberatan boleh share juga ke costing sesemua tu..mmg sgt2 membantu kalau ada..terima kasih byk2 in advance..boleh email kat saya kat azrolanuar@gmail.com. TQ ya

hidayahrodhi berkata...

En Azrol,
Terima kasih sudi membaca. Semoga dpt membantu. Sy dah share di google drive ibfo.

Dilah Naim berkata...

seronok baca pengalaman travel kamu..
boleh emel more details kat dilahnaim@gmail.com

thanks in advance ;-)

Tanpa Nama berkata...

Naashiha....kalau ada nk buat trip ke mana2 destinasi europe info kak...kak azuwa 0138734696

Tanpa Nama berkata...

Email saya kalau ada sesiapa nk ke mana mana destinasi europe...nak join azuwa1972@ yahoo.com.my

hidayahrodhi berkata...

Dilah Naim,
Done. Tq sudi baca catatan ni.

Unknown berkata...

terima kash banyak saudari cerita2/ulasan trip ni.
kami ingat nak ke sana by januari ni. BOleh tak,nak itinerary/detail trip tu jugak.
email saya fiqto@yahoo.com
and thank you in advance.

dan satu lagi boleh ke kalau kami nak drive je sepanjanggg trip tu. Or is it viable kat certain2 tempat je.
and if kami travel by bus, senang ke nak jumpa dan beli dan naik. senang ke travel by bus kat sana.

setakat ni plan kami
mendarat di zagreb, kemudian ke sarajevo kemudian ke mostar, ke dubronik,ke kotor, ke dubronik balik, kemudian ke skopje dan lepas tu ke istanbul by train.

muhammad syafiq berkata...

terima kash banyak saudari cerita2/ulasan trip ni.
kami ingat nak ke sana by januari ni. BOleh tak,nak itinerary/detail trip tu jugak.
email saya fiqto@yahoo.com
and thank you in advance.

dan satu lagi boleh ke kalau kami nak drive je sepanjanggg trip tu. Or is it viable kat certain2 tempat je.
and if kami travel by bus, senang ke nak jumpa dan beli dan naik. senang ke travel by bus kat sana.

setakat ni plan kami
mendarat di zagreb, kemudian ke sarajevo kemudian ke mostar, ke dubronik,ke kotor, ke dubronik balik, kemudian ke skopje dan lepas tu ke istanbul by train.

hidayahrodhi berkata...

Syafiq,

Done dah share. Sorry lambat sebab teragak busy.

Drive berbaloi kalau ada ramai kawan and lebih senang nak plan travel sbb ikut masa kita sendiri. Semua kawasan yang kami pergi ok je jalan dia, just make sure kereta sewa tu boleh pick up dan drop off di tempat yang berbeza.

Bus sy tak sure lah kalau utk the whole trip ni. Sbb kami pengalaman naik bus drpd Ljubljana ke Zagreb ( Bus lambat dlm sejam jugak drpd jadual ), bus daripada Dubrovnik ke Kotor ( pun sama, lambat sejam ) van drpd Budva ke Tirana ( ni pun lambat jugak, tapi dlm 15 minit lah )

Mmg info yang kami dapat pun bus punya jadual area balkans ni mmg tak boleh nak percaya dan kena bersedia minda mmg akan lewat daripada jadual.

Arlina berkata...

Saya dan suami akan ke Balkan pada April 2017, boleh tak email itinerary ke
lynne_lee94@yahoo.com
Terima kasih.

Arlina berkata...

Saya dan suami akan ke Balkan pada April 2017, boleh tak email itinerary ke
lynne_lee94@yahoo.com
Terima kasih.

kayla berkata...

Salam boleh share details trip ni tak? norkhalilah.akarim@gmail.com thanks ^^

kayla berkata...

Salam boleh sharekan details trip ni? norkhalilah.akarim@gmail.com thanks ^^

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Tgh buat research utk next trip..terjumpa perkongsian saudari..sgt menarik..jika tidak keberatan blh ke share itinerary saudari pd sy ke email masraya_sait@yahoo.com?..terima kasih byk.
Masz.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya in sha Allah akan ke balkans sep ini, planya start dari istanbul, buat ring routr hingga ke venice..just nak confirmation ada pape isu ke if kita nak cross international border dengan kereta sewa?

hidayahrodhi berkata...

Tanpa Nama,
Masa booking kereta sewa nyatakan skali nak border pass. Kalau ada border pass tu, masa nak bg passport bagi skali border pass tu. SO far kami tak hadapi apa2 masalah lah dekat sana. But kami cross dua negara je dengan kereta antara Croatia and Bosnia. Satu dekat belah utara satu lagi border nak masuk Dubrovnik.

Unknown berkata...

Assalam, jika tidak keberatan, boleh saya dapatkan itineri lengkap percutian balkan ini. Email saya mybpfsel@gmail.com
Terima kasih
-fira-

Islamic Traveller berkata...

Perkongsian yang sangat menarik...

r.razita berkata...

Salam;
Memang menarik perkongsian ni..akak cadang next year bulan january/february ke balkan bersama grup 12 orang..pohon share intenari dan boleh ke book tourist guide sekali? ..tq

Unknown berkata...

Assalamualaikum Hidayah

TQ for sharing, info yg sangat berguna utk yg merancang ke negara2 Balkan.
Boleh email kan saya maklumat bajet semasa di sana dan detail itinary senang nk follow saja- idahosman@yahoo.com

Unknown berkata...

Assalamualaikum Hidayah

TQ for sharing, info yg sangat berguna utk yg merancang ke negara2 Balkan.
Boleh email kan saya maklumat bajet dan itinary semasa di sana - idahosman@yahoo.com

Unknown berkata...

Slm....tqvm utk info yg sgt2 mengujakan. Mohon share details.Moga dimurahkan rezeki. ctahyus@gmail.com

wahedah berkata...

Salam. Minta share itinerary and details to wahedah@yahoo.com
Plan nak becuti di Balkan. Saya plan nak drive disana. Minta share tips secepat mungkin.