Rabu, 24 Februari 2016

Into The Balkans : Istanbul, The Return

Assalamualaikum and Merhaba

Saturday | 12 September 2105

Perjalanan kembali semula ke bumi Istanbul adalah mendarat di Sabiha Airport yang terletak dibahagian Asia Istanbul. Sepanjang perjalanan, layan tido saja. Maklumlah sudah berapa hari asyik panjat tangga-tangga cinta sana sini. Sampai saja airport, manusia punya la ramai dalam barisan nak melepasi kawasan kastam. Tengah asyik melayan perasan beratur, tiba-tiba kami dipanggil oleh dua orang pegawai airport.

Aduh, apa pulak dah ni. Tenangkan diri terus keluar barisan untuk pergi dekat diorg. Memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, sambil tunjuk lencana. Ok, fine. Again kena tahan dengan pak polisi. Teringat kisah tahun lepas di bandar Rotterdam.

Pegawai yang berbual dengan kami berumur dalam lingkungan awal 40an, seorang lagi lebih tua daripada dia. Tapi yang banyak soal menyoal kami yang muda itu lah.

"Are you from Malaysia? Indonesia?", "How long have you been travelling?, to where?".... mula-mula soalan dia soalan biasa lah kena tanya macam dekat kastam tu.

Tapi.....

"Did you go to the area near Syria?", "Do you know IS?", "Are you donating to them?", "Malaysia help IS?" - ok! fine...muka kami semua seperti penyokong IS daripada Asia Tenggara.

Jawap je lah dengan tenang, satu-satu. Tunjuk tiket pulang ke Malaysia. Tunjuk booking hotel semua. Kemudian dia berpuas hati, terus dpt masuk lane kastam khas, cop passport..kemudian lepas melepasi kastam, kami perlu beri passport untuk dia scan. Sekejap je, dalam 5 minit saja. Then off we go!. phew! So dapat skip barisan yang panjang tadi.

Masa pak polisi pulangkan balik passport, dia senyum dan sempat ucapakan selamat bercuti. Tadi kemain muka serius bebenor. Cuak juga la nak jawap soalan...and from that moment, sudah pasti perjalanan melepasi kastam di lapangan terbang akan semakin susah dan banyak soalan untuk muslim di Eropah.

Kemudian, kami terus keluar airport ambik bus depan pintu keluar. Havatas. Sebelum naik toptup dulu Istanbulkart. Mesin topup ada dekat bahagian sebelah tempat bus parking tu je. Naik bus, tap saja card. Kami berhenti di perhentian Kadikoy. Naik ferry dari sebelah Asia menuju ke Eropah. Masih turun di Eminonu sebabnya hotel pilih masih berada di kawasan ini.

Dipermudahkan urusan pencarian hotel dengan pertolongan seorang makcik yang baik hati. Walaupun dia tidak pasti kedudukan sebenar hotel kami, tapi dia sanggup tunjukkan jalan sehingga sampai di sekitar kawasan dan mintak tolong salah seorang pekerja kedai makan disitu untuk membawa kami ke hotel. Baik sungguh hati. Syukur dipermudahkan urusan sehingga selamat sampai ke hotel. Rezeki kami skali lagi bila sampai hotel, diorg upgrade ke bilik yang lebih besar, 2 katil single satu katil double. Alhamdulillah.

Selesai urusan wajib, kami terus keluar sebab lapar sungguh dah ni. Pilihan kedai pun disekitar kawasan hotel saja. tak mampu nak pergi jauh-jauh sebab perut sudah berbunyi. Lepas makan kami sekali lagi menyeberangi selat Goldern Horn melalui Galata Bridge. Memang layan habis lepak tgk orang lalu lalang sambil melihat bandar Istanbul diwaktu senja.

Makan di kedai, Kuffette

Nun dihujung sana Station Metro, Halic yang berada diatas jambatan merentasi Golden Horn

Yeni Cami

Misi untuk esok hari, Suleymaniyeh Mosque

Kemudian meneruskan perjalan dengan menaiki metro ke Taksim Square. Walaupun sudah malam, kawasan ini masih penuh dengan ramai manusia. Sebab masih letih, kami hanya lepak makan (again) di salah sebuah kedai manisan popular di Istanbul.

Penjual di Taksim Square

Makan  di kedai Hafiz Mustafa yang telah berniaga sejak tahun 1864. Patutlah ramai manusia, memang sedap sungguh!

Balik bilik, terus tido. Pengsan betul kami bertiga hari ini.

Sunday | 14 September 2015

Hari ini dimulakan dengan berjalan kaki menjelajah kawasan bermula dengan Masjid Suleymaniyeh dan Univeristi yang berada dikawasan bersebelahan dengan masijd tersebut. Kemudian kami ke kawasan Valens Aqueduct sebelum berhenti rehat dan solat Zuhur di Masjid Fatih.




Pemandangan yang dapat dilihat sepanjang laluan daripada hotel ke Masjid Suleymaniyeh. Agak mendaki disitu untuk sampai tempat tujuan.

Bangunan ini kami nampak semasa dalam perjalanan daripada Masjid Suleymaniyeh ke Valens Aqueduct.

Semasa kami sampai di Fatih Cami, masih ada dalam sejam untuk azan zohor berkumandang. Kami ambil keputusan untuk terus berada di masjid untuk menunggu waktu zohor/asar. Sementara tunggu masuk waktu, kami masing-masing duduk baca Al-Quran dalam kawasan muslimah. Kami duduk agak berjauhan antara satu sama lain.

Tengah membaca, tiba-tiba datang seorang makcik berjubah serba hitam. Dia buka niqab dia dan terus bercakap sesuatu dalam bahasa yang tidak saya fahami. Saya hanya membalas senyuman dan cakap sorry sebab tak faham.

Dia masih bercakap dan kemudian dia terus sapu kepala saya, sambil sebut Masha Allah, masha Allah. Aduh sudah, dalam hati terdetik, eh makcik ni nak jadikan aku menantu pilihan ke..ahaks!, 

Selepas makcik tu pergi, saya teruskan bacaan...kemudian saya dengar seorang makcik yang berada di sebelah Ms K, tegur dia. Ok, dia boleh berbahasa English. Jadinya rancak jugak la diorg berdua sembang. 

Tiba-tiba, makcik tadi datang lagi kepada saya. Dia masih buat benda yang sama. Usap-usap kepala, pengang-pengang tangan. Disebabkan makcik yang berborak dengan Ms K tu boleh cakap English..saya minta dia tolong translatekan apa yang makcik-bakal-myMIL ini cuba nak sampaikan.

Rupa-rupanya, dia cakap dia seronok tengok saya baca Al-quran ..lepas tu dia cakap dia suka tengok anak-anak muda yang suka habiskan waktu dalam masjid. Dan dia cakap, anak lelaki dia (ehem!) baru balik daripada Malaysia, dia cakap dia suka dengan Malaysia...owh...ingat nak cakap nak jodohkan dengan anak lelaki dia..hahahahahhaa..tiada jodoh antara kita.

Lepas selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Grand Bazar. Semasa mahu berjalan ke station metro terdekat kami melalui satu jalan yang penuh kiri kanan dengan kedai menjual lace, alas meja, cadar, macam-macam lah jenis hamparan yang cantik-cantik. Terus menyinggah masuk beberapa kedai. 

Kemudian sebelah lewat petang, kami skali kali ke kawasan Taksim. Kali ini kami sama-sama menyertai lautan manusia untuk merasai kesesakan disekitar kawasan. Sungguh happening kawasan ini, kiri kanan penuh dengan kedai. Cakap lah kedai apa, semua ada dekat sini.

Monday | 14 September 2015

Pagi-pagi terus kami mulakan misi untuk shopping. Sebabnya jam 2 petang dah kena ke lapangan terbang untuk pulang ke negara tercinta! Tempat yang ditujui haruslah Spice Bazar yang terletak berdekatan dengan hotel saja. Singgah ATM dulu sebab macam banyak pulak benda nak beli, hahaha.

Masuk keluar, masuk keluar, pusing kiri, pusing kanan..akhirnya selesai sudah misi kami. Dalam jam 11 kami sudah berjalan pulang ke hotel. Sempat singgah di kawasan Eminonu.

Singgah nak beli Ekmek la apa lagi

Waktu ini dalam jam 11 lebih, orang tidak berapa ramai lagi.
Kami sudah inform pihak hotel untuk keluar lewat pada jam 2 petang. Alhamdulilah diorg tak kisah sebab tiada booking seterusnya untuk bilik bertiga. Jadinya boleh la kami packing barang, mandi manda dulu sebelum ke airport.

Untuk perjalanan ke airport, kami memilih laluan hijau iaitu ke Metro Halic, kemudian turun di Station Yenikapi, kemudian tukar ke laluan merah terus ke airport. Kami pilih laluan ini sebab nak elak keadaan sesak di laluan biru. Disebabkan laluan merah ini memang bermula daripada station Yenikapi, dapatlah kami tempat duduk dan tempat letak beg yang sudah bertambah berat.

Bye Istanbul, ada rezeki berjumpa kita lagi nanti In sha Allah.

Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Persinggahan di Dubai pun hanya 3 jam sahaja kali ini. Sepanjang perjalanan flight penuh, layan tido saja.

Location: Istanbul, İstanbul, Turkey

2 comments:

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Penceritaan yg menarik

Hidayah Rodhi berkata...

MKL,
Tq..bnyk betul pengalaman yg dpt =)