Selasa, 21 Februari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Lake Hawea & Blue Pools

Assalamualaikum and Hello semua!

Perancangan kami untuk aktiviti memanjat di Wanaka terbantut disebabkan cuaca tidak mengizinkan. Jadinya kita terus tukar ke Plan B. Plan B adalah menuju ke Lake Hawea kemudian ke Blur Pools.

Lake Hawea lebih kurang 15 minit perjalanan daripada Wanaka.




Nak berhenti lama-lama dekat sini pun tak de mood sebabnya angin sejuk kuat betul time ni. Biasala kulit melayu ni, sejuk tak tahan. 


Bila kami sampai sini, hujan turun plus semua orang nak pergi toilet. Maka kami teruskan ke hadapan sikit sebab nak cari toilet. Keluar ke toilet pun seksa rasanya sebab sejuk ya ampun tiada maaf bagimu kata Sharifah Aini. 

Patah balik ke Blue Pools punya parking. Still hujan, makanya kami lepak dalam kereta makan dulu. Tak jadi plan nak picninc dekat Lake Hawea. Selesai makan, hujan pun macam dah berhenti. Ayuh kita teruskan misi hari ini.







Elok kami sampai dekat jejantas, hujan batu pulek turun. Nasib batu-batu dia kecik-kecik. Tapi kecik-kecik pun sakit jugaklah muka bila kena kan. Sungai pun tak nampak biru sebab hujan dan air sungai laju menderu-deru. Kami tak lama pun dekat sini sebab hujan batu tak nampak macam nak reda. Ambik keputusan balik semula ke kereta sebabnya SEJUK!

Balik semula ke Wanaka, singgah lagi pasaraya beli sumber makanan (bila sejuk tiap masa rasa lapar!) Malam itu kami hanya lepak saja dirumah penginapan sebabnya hujan sampai ke malam hari.

Location: Wanaka, New Zealand

0 comments: