Khamis, 20 September 2018

Berbasikal di bandar Himeji

Assalamualaikum semua!

| 2 Disember 2017 |

Perjalanan hari ini kami akan ke sebuah bandar yang terletak lebih kurang 130km daripada Kyoto. Bandar Himeji. Kami naik JR Train dengan tiket JR Pass yang kami beli di Malaysia. Perjalanan dengan JR ni makan masa dalam 1 jam 45 minit lebih kurang la. Kami bawak skali dengan luggage, nanti sampai dekat sana baru kita letak dekat locker.

Sepatutnya jumpa my cousin yang tengah buat phd dekat sini, tapi tak cukup masa plus dia pun ada kerja sikit sebelah pagi tu. Erm kita jumpa dekat Malaysia sudah la ye Ubaidah, hehe.

Sampai je Himeji, cari locker simpan luggage dan terus ambik basikal percuma yang dapat kalau kita beli JR Pass. Tunjuk je JR Pass, isi borang dah boleh ambik basikal.

Sepanjang jalan ni kiri kanan penuh pokok kuning ni
Kena la berhenti ambik gambar

Dah sampai kawasan Istana Himeji



Bergambar kenangan dulu dengan tudung wajib bawak tiap kali travel ni

Kita pusing satu round keliling kota lama ni dulu sebelum masuk dalam istana


Aman damai betul Himeji ni, tak sesak orang macam bandar Kyoto and Osaka.


Disebabkan tak ramai orang, lalulan ni la dok jadi lokasi kami buat movie. Pergi balik pergi balik lah cerita dia. Tapi bila tah nak start buat movie trip ni. Haha

Habis pusing, jom kita masuk dalam kawasan Istana

Location: Himeji, Hyōgo Prefecture, Japan

0 comments: