Assalamualaikum and Hello!
| 1 Disember 2017 |
Misi pertama hari ini adalah naik Sagano Torokko. Kami keluar awal juga pagi ini sebabnya nak make sure dapat beli tiket keretapi ni. Kalau tak dapat beli punah harapan. Kalau ada banyak masa dan nak cuba laluan lain dekat kawasan ni, boleh la naik sampan dekat sini. Tapi sebab kami cheapskatesejati, so kita naik keretapi sudah.
Ada banyak station boleh naik train ni, kami punya plan adalah naik daripada Torokko Kameoka. Jadi daripada Kyoto naik keretapi JR Sagano line berhenti dekat Umahori Station.
Sempat snap view daripada dalam JR Sagano line masa nak ke Umahori Station
Torokko Kameoka Station, the terminal station of the sightseeing train, is a five minute walk from Umahori Station on the JR Sagano Line from where you can take a train back to Arashiyama (7 minutes, 200 yen) or Kyoto (25-30 minutes, 320 yen). Alternatively, buses connect the station to the boat pier of the Hozugawa River Cruises (15 minutes, 310 yen, departures timed to train arrivals).
Bila sampai sini jalan kaki tak jauh mana pun untuk sampai ke Torokko Kameoka ni. Masa tengah jalan tu bertembung pulak dengan pekerja station, sama-sama jalan dengan depa nak masuk kerja. Sampai ja dekat station, haaaaa ambik ko orang dah beratur panjang dekat luar. Station pun tak dan nak bukak lagi kot.
Nampak line tu. Kami dapat tiket yang berdiri pagi tu. Tapi jujur cakap tiket berdiri ni lagi berbaloi sebab ko dapat enjoy both side punya view.
Layan view dekat station ni sementara tunggu train nak sampai
Sampa doh!
Kalau naik daripada Kameoka ni, dinasihatkan duduk sebelah kiri sebabnya
view sebelah sini lagi best
Sampan yang boleh naik kalau nakkan kelainan
Tapi nak ambik gambar dalam ni agak payah la juga nak dpt clean cantik ja...ada je tangan,camera,hp yang tetiba muncul
Ha ini lah realitynya bila dalam train ni
Bila beli tiket berdiri kita akan berdiri dekat tengah-tengah or dekat area depan gerabak. Kami dapat masuk awai, so dapat la berdiri dekat gerabak depan yang tak de kerusi kiri kanan
Ini lah station yang kami turun, Torokko Arashiyama. Kami tak turun dekat station last dia. Sebabnya lepas ni nak ke tempat glamour lagi satu dekat sini, Bamboo Groves.
Nah tepek sini peta laluan train
0 comments:
Catat Ulasan