Isnin, 28 Januari 2019

Al - Andalus 2018 : Suasana Malam Bandar Toledo

5 November 2018

Assalamualaikum dan Hello semuanya.

Lepas dah kenyang dan happy semua orang, maka kita mulakan misi penjelajahan bandar Toledo ni. Sebab seharian hujan hari ini, suhu waktu malam pun boleh tahan la sejuk dia. Memang masuk kedai kejap-kejap nak panaskan badan sambil cuci mata.

Kami keluar daripada apartment memang tengah time blue hour. Biru je langit

Laluan macam ni la sepanjang kami berjalan disekitar Toledo ni. Memang main jalan ikut suka hati je ni, tak de plan pun nak kemana.

Kedai ni bersepah dekat sana. Setiap bandar yang kami pergi semua ada. Bukan dekat Spain je, dekat Portugal pun kami jumpa lembu ni. Tapi best kedai dia, barang-barang dia macam ala2 Typo.

Signage pun banyak depa juai, macam-macam ada.

Ok dah nampak benda menarik terus kita jadikan itu sebagai lokasi tujuan

Jalan ni kiri kanan penuh dengan kedai. Macam-macam ada, daripada jenama mewah sampai ke kedai runcit pun ada

Ok makin dekat

Sampai sudah Santa Iglesia Catedral Primada de Toledo 

Besaq bangunan ni

Depan dia ada bangunan ni, Town Hall

Bila dah makin gelap dengan angin lagi, mmg sejuk boleh tahan malam ni, penjelajahan diwaktu malam bandar Toledo berakhir disini. Sebelum balik terjumpa satu supermarket, kita masuk dalam dulu shopping barang dapur mana yang dah berkurang. Esok pagi perjalanan agak jauh, jadinya kena ada bekal dalam kereta.

Location: Toledo, Spain

0 comments: