Jumaat, 31 Mei 2019

Al - Andalus : MAD - AMS - KUL

20 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Hari terakhir dibumi Sepanyol. Kami plan ambik Mytaxi saja untuk ke airport, sebab malas nak angkut dah beg yang terberanak satu dengan berat satu-satu macam apa je. Harga taxi ke airport E30 bahagi empat orang kira oklah berbaloi.

Cuaca mendung pagi ini di Madrid. Bye Sepanyol. Moga kita berjumpa lagi nanti

Sampai airport terus nak pergi VAT counter. AMARAN! Kalau nak tuntut VAT kena bawak semua barang yang dibeli tersebut. Depa nak check satu-satu barang. Kalau tak ada barang tak boleh nak buat VAT ni.

Then kami terus checkin luggage. Yang bestnya jadi antara orang awal adalah, adik dekat kaunter tu dia bagi je kami check ini beg kedua yang beranak tu walaupun timbangan dah lebih daripada 23kg sorang. Yahoooo, tak perlu gigih bawak beg naik atas nanti. Setel hal luggage, terus masuk dalam untuk cari breakfast.

Flight ke Amsterdam on time dan tak de apa yang menarik pun nak cerita. Sama je lah flight masa datang hari tu. Tak berapa nak penuh sangat flight rasanya. Makanan dia nasi goreng sayur, sama je macam hari tu. Tak sedap sebab tak de rasa. Hehe.

Tengah beratur nak masuk dalam pesawat

Hujan

Bila dah naik ke atas dan beberapa minit kemudian, cuaca cerah

Lepas tu mendung balik bila sampai negara Belanda

i see more blue

Sampai Amsterdam Airport, kami ada lima jam nak lepak untuk tunggu next flight. Konon nak keluar pergi ke viewing deck dekat luar, tapi tengok suhu single digit ni, tak pe lah duduk dalam jalan-jalan dekat dalam sudah.

Tak bosan pun airport sini sebab besar dan banyak benda boleh buat. Dah la tengah nak minggu black friday kan, banyak la kedai dah start sale. Mujur duit dah habis banyak dekat Madrid, so tahan diri jangan terjebak dekat sini pulak. Ada beberapa kedai yang kami masuk, pekerja dia boleh berbahasa Indonesia. Seronok pulak dapat sembang dengan orang asing guna bahasa ibunda ni.

Geram betul beruang sekor ni

Antara kedai yang teringat nak ambik gambar

OK dia sudah bersedia untuk membawa kami pulang ke tanah air

0 comments: