Selasa, 4 Oktober 2011

London - Day 1 ( part 1 )

Maka bermulalah pengembaraan tiga dara di bumi Eropah setelah selesai menelaah segala sumber bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan keyakinan di bumi asing.

Perjalanan bermula pada hari Ahad 26 Jun 2011 jam 3.00 ptg, flight daripada LCCT ke Stansted Airport, London. Pengalaman pertama berada di dalam flight yang panjang iaitu 13 jam. Baca buku, baca majalah AA, baca Menu makanan, baca Menu jualan, baca dan teliti semua langkah-langkah keselamatan semasa kecemasan untuk mengelak daripada tidur. Sebab orang cakap kalau ambik flight dari timur ke barat jalan tidur nanti jetlag. Maka dengan jayanya tidak tidur langsung sepanjang flight. Haruslah tidak berjaya untuk tidak menidurkan diri.

Derek bukan nama sebenar

Selamat sampai pada jam 10 malam waktu London. Keluar daripada immigration terus cari kaunter Easybus. Easybus ni kalau nak murah beli masa awal. Boleh dapat dari Airport ke City one way 2 pound. Tapi sebab takut dengan tahap menepati masa dengan AA pasrah, beli masa sudah sampai. Senang beli terus tiket return.

Lepas itu misi mencari tempat untuk melepak dan melelapkan diri sebentar sementara menunggu bas tiba. Bas dia sentiasa ada setiap setengah jam. Tapi kalau waktu pagi buta, mungkin dalam sejam sebiji. Kitorg beli tiket jam 4.20 pagi. Nampak sangat tak sabar nak menjejakkan kaki di kota London.Lepas Subuh terus bergerak. Disebabkan waktu Summer, maka pukul 4.20 pagi keadaan sudah terang benderang seperti gambar dibawah. ( gambar yang ada bus )

Masa kitorg tunggu bas, hanya kami bertiga sahaja di lorong bas Easybus. Driver bus kebetulan orang Pakistan. Masuk dalam bas terus diberi Assalamualaikum, my name Ahmad ( bukan nama sebenar juga sebab serius lupa ). Sepanjang jalan borak-borak pastu dia pun bagi la suggestion tempat mana yang harus dilawati.

Stansted Airport 
Mengantuk tapi senyum tetap lebar

Bus ni akan berhenti di Baker Street betul-betul depan station tube. Masuk station terus beli osyter card. Tapi masa sampai baru jam 6.00 pagi maka tak boleh beli cash terpaksa beli guna credit card kat mesin. Beli oyster berharga 25 p. Letak beg dekat station Charing Cross. Kaunter beg bukak jam 7.00 pagi. Satu beg diorg charge 3.50 p untuk 24 jam beg under 20kg. 

Dari Charing Cross kami berjalan sehingga ke Buckingham Palace. Pergi sahaja, balik naik tube. Jangan risau tentang kepenatan kerana London mempunyai banyak park untuk berehat :)

Peta perjalanan adalah sebagaimana berikut :

Convent Market - Trafalgar Square - Downing Street - Whitehall & Parliament Street - Westminster Abbey - St' James Park - Churchill Museum - Buckingham Palace - back to Charing Cross Station.

From trafalgar to Big Ben

Somewhere around Dean's Yard




St' James Park


Pergi pasar awal sangat, sapa pun tak bukak kedai lagi







Gambar dan susunan adalah daripada hasil kerja rakan pengembaraan Cik Nanie. Untung berlibur bersama photographer. :)

Oklah nanti sambung London Part II.Bai.
Location: Westminster, London, UK

0 comments: