Selasa, 4 Oktober 2011

London - Day 1 ( part 2 ) & Day 2

Rajin betul update blog bulan Oktober ni. Mari sambung kembali catatan perjalanan sebelum melencong cerita ke tempat lain.

After check-in dekat London Stay. Mandi,solat dan rehat seketika. Penjelajahan di Kota London bermula kembali untuk hari pertama sesi petang. Tempat yang di tujui ialah, Bank of England. Mungkin sesi petang ni lebih kepada sesi melawat lokasi pengembaraan cerita Harry Potter.

Kalau sesiapa mahukan perjalanan yang lengkap berhubung lokasi pengembaraan filem Harry Potter boleh email kepada saya. Tak payah nak guna tour bagai. Rujuk map dan email yang kitorg dapat pun dah ok. Jimat.

Lokasi Londonstay dan lunch di restaurant Arab sekitar Londonstay, Finchley road.
Bank of England

Lloyd Tower 

Masih tersenyum walaupun tersesat sedikit

Leadenhall market, sampai lambat kedai dah tutup. Malang betul pergi pasar kat london time tak kena.

Millenium Bridge

Berjalan-jalan di tepian sungai

London Eye

Keindahan Big Ben pada jam 9 malam

Bahagia rasa bila berkunjung semasa Summer. Jam 10 malam baru nak gelap. Maka aktiviti berjalan bersiar-siar dapat dijalankan tanpa rasa risau dan boleh bergambar sepuas hati.

Tamat hari pertama.

Day 2.

Lepas bersarapan di depan waitrose, berdekatan London Stay. Misi pertama yang dikunjungi ialah Tower Hill.

Kantoi pakai baju sama untuk hari kedua.

Tower Hill

Hilang ingatan kenapa gembira sangat masa ni


Cik Kemi sudah pandai posing ;)



Budaya membaca perlu diamalkan tidak kira dimana anda berada

Ok, sampai sini dulu.

Location: Westminster, London, UK

0 comments: