Selasa, 1 November 2011

Barcelona - Day 2

Bangun dengan penuh tenaga dan semangat yang sentiasa teruja mahu meneroka bumi Catalan. Misi hari ini adalah untuk menyusuri La Rambla, kejiranan El Raval&La Ribera&Cuitat Vella pada separuh hari dan Montjuic separuh hari.

Seperti biasa waktu pagi bersarapan pagi di kamar tidur.

La Rambla

Seperti mana yang diberitakan semalam, sungai manusia ini sentiasa penuh dengan manusia yang menjual pelbagai jenis barang dan pengunjung tempatan dan luar. Bahagian atas berdekatan dengan Plaza Catalunya banyak kedai-kedai bunga dan juga cafe-cafe.

Kiosk-kiosk menjual barangan pasukan bola sepak Barca juga banyak. Human statues sangat banyak disini!tak tergambar jam berapa diorg ni bersolek bersiap hari-hari.

Human Statues along La Rambla 


Tempat yang paling penting untuk dilawati ialah Mercat de la Boqueria. Nanti saya akan buat entry khas pasal pasar femes ini.

Pergi pasar pagi-pagi memang menarik

Menyusuri lorong hospital untuk melihat antic hospital de la Sta. Creu yang terletak di dalam kawasan El Raval.

Hospital zaman dulu-dulu

Di kawasan ini juga terdapat bangunan yang perlu dilihat dengan mata sendiri oleh seorang yang bergelar juru bina bangunan, Museu d'Art Contemporani de Barcelona.

direkabentuk oleh Arkitek Richard Meier



Kembali ke La Rambla untuk ke kawasan kejiranan Cutat Vella, La Ribera dan Barri Gotic untuk melengkapkan sebahagian kawasan yang belum sempat disinggah semalam.

Nani sempat nak ambik gambar dengan abang polis macho

Santa Maria del Mar
Sambil-sambil tu, jangan lupa masuk ke kedai-kedai yang bersepah di semua kawasan. Macam biasa la kedai Zara, Camper, Desigual. Masuk je tak beli pun tak pe, yang bestnya masuklah kedai kecik ke besar ke mesti akan disapa dengan Hola! Kawasan kejiranan ni memang best jalan sebab lorong-lorong kecik, banyak kedai menarik dan unik. Museum Picaso pun kitorg tak masuk hanya bergambar diluar.

Perjalanan sebelah petang bermula seperti biasa di station Metro Universitat ( line Purple ) ke Paral Lel kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki train macam dekat bukit bendera, Penang untuk sampai ke atas bukit Mountjuic.

perjalanan menuju puncak

Dikawasan bukit ini terdapat banyak sangat tempat yang wajib dilawati. Terlalu banyak. Rasanya kalau spent masa sehari suntuk di kawasan bukit ini baru puas hati. Tapi memandangkan percutian kami sebagai salah seorang pekerja yang makan gaji dan bukanlah mempunyai syarikat sendiri maka separuh hari sudah cukup memadai.Redha dan bersyukur.

Estadi Olimpic


Torre Calatrava ( Comunication Tower by Arkitek Santiago Calatrava )


Palau Nacional and Placa de Carlos Bugis Buigas

Jardins del Claustre ( the cloister garden )

Akhir sekali gambar yang menjadi pilihan hati untuk hari kedua di Barcelona ialah :

Hey you gojes!

2 comments:

Anna berkata...

gojes ni menda?
macam model gaya huhu

HiDayah@GM berkata...

Anna,

gojes aka kacak hihi,itulah org2 spain ni bersepah mcm model.pompuan ka lelaki ka sama ja.nak beli baju pun saiz model ja bnyk.hina terasa diri ini.