Selasa, 1 November 2011

Barcelona - Day 1 ( part 2 )

After lunch and solah, terus ambik train from Universitat ( line Merah ) dan berhenti di Arc de Triomf. Apa yang menarik pasal Barcelona, kalau keluar daripada station terus terpampang depan mata tempat/bangunan yang menjadi tarikan. Tidak perlu jalan kaki jauh untuk sampai. Maka memang dinasihatkan anda semua berjalan kaki di bandar ini. Beli T-10 dan tidak perlu beli bas hoponhopoff.

Arc de Triomf versi Catalan. 

Lepas bergambar dan lepak dengar sorang pak cik menyanyi perjalanan diteruskan dengan menyusuri jalan di daerah La Ribera

Berdasarkan bekalan peta percuma daripada guest house dan buku travel yang dibawa. Kami berjalan dengan penuh gaya jayanya menikmati keindahan bangunan dan kejiranan di kawasan La Ribera . Teringin betul nak sewa basikal tapi tidak berkesempatan.

La Ribera - area ni dekat-dekat dengan Placa St Augusti Vell

La Ribera - Mercat Santa Caterina ( Pasar )
Kejiranan di kawasan La Ribera ni, kami cover separuh untuk hari ini. Akan bersambung pada esok hari. Terus memasuki kejiranan bandar lama di Catalan, Barri Gotic.

Kalau ikut sejarah, kawasan Barri Gotic ni merupakan titik permulaan bandar Barcelona. Juga merupakan the medieval Jewish district. Best jalan dekat area ni.

the walkway above Carrer del Bisbe was added in 1928

Palca Ramon Berenguer | Mirador del Rie Marti ( King Martin's Watchtower )
Banyak lagi yang dilawati dan yang dilewati : St Felip Neri, Sta Maria del Pi tapi kebanyakkan bangunan yang menjadi tarikan merupakan gereja-gereja lama.

After Barri Gotic terus tembus di pertengahan La Rambla. Sungai manusia. Sentiasa penuh dengan manusia dan macam-macam aktiviti. Dulu masa belajar macam tak terpikir akan sampai di La Rambla ni. Tapi kawasan ni agak ramai penyeluk saku. Perlu berhati-hati.

Monument a Colom (sila google sila google ) | La Rambla
Destinasi seterusnya ialah Placa Reial. Di sini terdapat hasil ilham rekabentuk pertama Gaudi. Iaitu tiang lampu. Nasib baik siap tiang lampu ni. Eh, mestilah kena siap projek pertama penting untuk dijadikan portfolio.

Placa Reial | Hasil kerja pertama Gaudi
Jalan sampai ke hujung terus lepas di tepi pantai. Menghirup udara pantai pada jam 8.00 mlm (erk petang )

Rambla da Mar
Perjalanan pulang adalah dengan menaiki metro di station Drassanes ( line Hijau ) dan perlu tukar di Pl Catalunya ( line Merah ) stop di Universitat. Patutnya boleh nak jalan kaki kalau masih mempunyai kudrat.:)

Tamat sudah laporan hari pertama di bumi Barcelona.


Location: Barcelona, Spain

0 comments: