Rabu, 20 November 2013

Transportation @ South Korea

KAPAL TERBANG

Macam biasa perkhidmatan AirAsia masih menjadi pilihan hati untuk travel jauh secara budget. Macam sedia maklum kalau nak dapat tiket murah beli masa SALE dan kena cepat dan kalau internet dekat rumah tahap siput khinzir maka tiket murah seperti yang diwar-warkan menjadi mimpi malam anda sahaja.

Berjaya beli tiket dengan harga RM 913.00 ( return ) + luggage (20kg)

Untuk perjalanan domestic, syarikat penerbangan Air Busan menjadi pilihan kerana harga yang murah berbanding syarikat lain masa kitorg beli (dlm bulan Mei 2013). Selain daripada Busan Air, banyak lagi syarikat lain kena rajin dan sign up jadi member so bila ada sale dapat lah notification kan.

Berjaya beli tiket dengan harga RM 188.35 ( Seoul - Jeju & Jeju - Busan ) luggage dapat free 20kg + dapat la minum jus oren tanpa kacang sedap. MAS tetap dihati #tiba-tiba

Oleh itu, jumlah perbelanjaan untuk tiket Kapal Terbang ialah RM 1,101.35

KERETAPI ( SUBWAY/METRO/AREX/ITX TRAIN/KTX )

Kitorg pakai option T-Money untuk berjalan kalau menggunakan public transportation disepanjang perjalanan selama 12 hari.

Kos beli W2,500 + topup W25,000 tapi masa dekat Gyeongju kitorg tak guna T-Money sebab tidak mencukupi jumlah. Sampai Seoul balik baru topup. Kalau tak silap dalam W10,000 juga kitorg topup.

Dekat Busan kitorg ada guna day pass satu hari yang berharga W4,000 sebab T-Money dah habis kredit.

ITX TRAIN
ITX train dari Yongsan to Gapyeong seorang W4,800. Lepas tu dari Gapyeong ke Namchuncheon Station W2,600 ( standing seat )

AREX 
Dari Incheon Airport ke Seoul Station dan dari Hongik Station ke Gimpo Airport kitorg guna T-Money.

KTX TRAIN
Setelah habis kajian dibuat kami memutuskan untuk membeli tiket KR Pass untuk 1 hari sebagai tiket untuk perjalanan menggunakan KTX Train dari Busan - Singyeongju - Seoul.

KR Pass beli di Malaysia, then sampai Busan kitorg pergi tukar ke Tiket KTX. Proses nak tukar amatlah senang dan mudah. Tak sampai 30 minit dah setel. Yang paling penting korang kena tulis siap-siap tarikh, masa dan destinasi. Untuk lebih selamat tukar awal 2 hari dari tarikh perjalanan, or lagi awal lagi bagus sebab takut nnt masa yang korang nak tu habis pulak seat. Kitorg tukar dekat Busan Station.

Harga KR Pass untuk 1 day ( saver sebab kitorg 5 orang ) ialah : W52,400

BUS

Sokcho
Dari bandar sokcho ke Seoraksan naik bus 7-1 dengan harga W2,200 return.
Bus Express dari Terminal Bus Chuncheon ( untuk ke Seoraksan ) dengan harga W12,500Kemudian dari Sokcho to Seoul dengan harga W18,100 (sebenarnya ada tiket bus yang murah tapi sebab masa kitorg sampai terminal bus tu, bus murah lagi 2 jam baru ada kosong. Disebabkan tak nak buang masa kitorg ambik je bus mahal yang satu row ada 3 seat )

Busan
Bus untuk ke Yonggungsa Temple W1,200

Gyeongju
Bus dari Singyeongju Station ke Bulguksa Temple W1,500
Bulguksa Temple ke Gyeongju Museum W1,400
Gyeongju Station ke Singyeongju Station W1,200

TAXI

Nami Island
Untuk ke Nami Island dari Gapyeong Station ( return ) W4000 satu taxi, kitorg ambik 2 taxi jadinya jumlah W8,000 dan dibahagi dengan lima = W1,600 seorang

Busan
Akibat tahap kecerdasan yang agak surut pada hari kedua disebabkan ada ahli jemaah yang kurang sihat kami ambik taxi dari Yonggungsa Temple ke Haeundae Beach dengan harga seorang = W3,000

Seoul
Dari Dongdaemun ke Incheon Airport ambik Jumbo Taxi dengan harga seorang W14,000 (plus harga tol)


KERETA SEWA ( JEJU ISLAND )

Sewa selama 3 hari, jenis kereta ialah K5 dan jenis guna LGP dengan harga W126,000 dibahagi dengan lima = W25,200

Tangki penuh perlu diisi before pulangkan, kitorg hanya topup balik = W37,000 ++, bundarkan W38,000 bahagi lima = W7,600


Inilah beg yang diangkut kehulu kehili kemuara kepantai berlari aku, pergi mapuh mu lemok!


Oleh itu jumlah keseluruhan bagi kos pengangkutan ialah :
Kapal Terbang = RM 1,101.35
Keretapi = W 101,300 / RM 310.99 ~ RM 311.00
Bus = W 38,100 / RM 116.97 ~ RM 117.00
Taxi = W 18,600/ RM 57.10
Kereta Sewa = W32,800/ RM 100.69 ~ RM 100.70

Oleh itu jumlahnya ialah RM 1,687.15

( kos pengangkutan semua ni main agak2 sudah sebab dah hilang ingatan amount yang tepat, but tak lari jauh rasanya #dah.jadi.mcm.dory.kawan.nemo  #faktorumur)

Kalau nak tahu dengan lebih detail pasal hal-hal pengangkutan dekat South Korea boleh la jenguk ke blog BudgetTravelGuideSouthKorea & seriously blog ni memang jadi bahan rujukan sepanjang buat kajian pasal travel ke South Korea. Macam-macam ada!

Info berkaitan syarikat penerbangan domestic boleh rujuk sini : Domestic Flight dan info pasal Kereta Sewa di Jeju (tq Kaki Berangan! mmg detail dia berblog. Copy & Link saja kerja saya)

Tahniah tuan tanah!Berjaya siapkan entry pasal info hostel dengan transportation sebab ramai yang dok bertanya. Sebelum hilang ingatan secara total pasal trip Autumn In My Heartkan, fuuuhh gembira hati usaha keras siapkan entry ni berjaya.

0 comments: