Jumaat, 28 Februari 2014

Autumn Breeze 2013 : Bulguksa Temple, Gyeongju

Jumaat | 8.11.2013 | Day 9

Hari terakhir di Busan, kami check out awal pagi sebab nak kejar train KTX ke Gyeongju dan sebab lain keluar awal adalah kerana kami naik bus ke Busan Station yang boleh diambil di hadapan hostel. Disebabkan naik bus di hari bekerja, maka perlu gerak awal sebab risau dengan keadaan traffic ( malas nak galas beg kalau naik train kena turun naik tangga )

Berjaya sampai di Busan Station 45 minit awal. Fuh, sempat la nak pergi beli makanan untuk breakfast dalam train nnt. 

Permandangan matahari terbit di Busan Station, satu kenangan indah ditinggalkan di Busan (ayat!)

Perjalanan ke Gyeongju tidak sampai sejam pun. Sampai di station perkara pertama yang dibuat adalah mencari locker untuk simpan beg. Ada 5 bijik je ( kalau tidak silap, tp memang tak banyak ) locker besar. Nasib baik sampai awal pagi, boleh la simpan beg dengan perasaan tenang.

Misi menjelajah Gyeongju dimulakan dengan menunggu bas dihadapan station. Kami ambik bus terus ke Bulguksa Temple. Bus no. 700.




Dari tempat menunggu bas di hadapan station


Tempat ini sangat cantik! Kami dipertemukan kembali dengan kejadian alam di musim luruh. Senibina tradisional dan pokok yang berwarna-warni, ah satu gabungan yang ideal untuk diabadikan sebagai ingatan.

Jalan kaki memasuki kawasan taman sudah dihidangkan dengan permandangan ini

Laluan untuk mendaki bukit dibahagian belakang kawasan temple

Bumbung pintu gerbang memasuki kawasan di sekitar temple

Kawasan tasik di taman larangan (konon)

Ramai rombongan tadika ke sini hari ni. Comel-comel tengok budak-budak kecik

Semua temple mesti ada kolam air 

Sebelum kami memasuki bahagian dalam kawasan temple ini, kami mendengar penerangan oleh salah seorang sukarelawan (kita namakan dia Aunty Anne) yang ada di pondok informasi. Penerangan yang ringkas, jelas dan padat tentang temple. Kalau datang sini jangan lupa pergi jenguk pondok informasi. Free.

Pemandangan mata semasa mendengar cerita sejarah

Selesai mendengar dan sesi soal jawab, kami pun meneruskan penjelajahan ke dalam kawasan temple. Layout temple ini sama seperti yang kami lihat di Busan. Ada kawasan lapang dibahagian tengah, dan beberapa 'rumah' disekitar kawasan. Ada dewan sembahyang, ada rumah untuk penjaga, ada rumah untuk pelatih dan dipagari dengan binaan seperti tembok.

Kami jalan-jalan disekitar kawasan lapang je. Ramai orang berbaris untuk masuk ke dewan sembahyang. Sedang asyik tangkap gambar tetiba-tiba disapa oleh seorang makcik. Rupa-rupanya ada rombongan dari Johor Bahru. Semua ahli rombongan macam makcik dan pakcik yang dah pencen. Diorg tengah beratur nak masuk dewan sembahyang ( kaum Cina semuanya ). Sempat borak-borak. Diorg tanya tak susah ke jalan sendiri walaupun tak pandai bahasa Korea. Hihi, kami cakap redah je, setakat ini semua selamat lagi la. Senyum dia dengar.

Barisan orang Korea yang berpakaian traditional beratur untuk masuk sembahyang. Nak pergi ambik gambar dengan diorg, tapi takut pulak mengganggu ritual diorg nak sembahyang kan. Maka ambik gambar dari jauh jek lah

Pemandangan dari atas ke arah dataran dibahagian hadapan

Bangunan ini mungkin pejabat atau kediaman tok sami kot. Sebab tak ada pun orang beratur nak masuk. Signage pun tak ada ( macam lah kalau ada ko pandai baca kan, hihi )

Lepas bergambar dibahagian dalam kawasan, kami pun mula bergerak keluar ke bangunan lain disekitar

Hujung itu ada rumah ibadat yang lain, kalau ikut penerangan Aunty Anne tadi. Kami malas dah nak pergi tengok sebab rasanya sama je senibina dan kawasan persekitaran

Tembok yang memisahkan kawasan temple utama dengan binaan yang lain

Sebelum pulang, haruslah ambik gambar dekat spot yang paling femes ini

Disebabkan kami lama dibahagian dalam itu, bila keluar ke kawasan dataran, orang pun sudah berkurangan. Senang lah nak ambil gambar! Masa Aunty Anne tu bagi penerangan, dia tanya kitorg datang ke sini naik bus no berapa. Bila jawap no 700, dia cakap nanti masa balik sila naik bus no.10 sebab laluan bus ini akan melalui satu jalan yang sangat cantik. Sebagai pelancong yang mendengar kata, kami menaiki bus yang diarahkan.

Ini lah pemandangan yang dikatakan itu. Untung jadi orang yang mendengar kata ni :)


Sambung entry akan datang. Panjang pulak cerita pasal Bulguksa.

Tip : Mengikut kata Aunty Anne, pemandangan tercantik disekitar kawasan temple ini adalah lagi seminggu daripada tarikh lawatan kami. Jadi kepada semua yang plan nak pergi menjejaki musim luruh tahun ini, sila dengar kata Aunty Anne ye.

0 comments: