Kami berhenti dihadapan Gyeongju National Museum. Niat nak masuk ke dalam, tapi rasa malas pulak nak mengadap bahan sejarah dalam bangunan. Maka kami berkeputusan untuk menjelajah hanya disekitar kawasan ini dengan menggunakan kaki.
Mari kita mulakan!
Semasa membaca info di Internet, kawasan ini cantik untuk dilawati pada waktu malam. Tapi nak buat macam mana dah sampai sini tengahari kan. Layan jek lah. Bahagian tengah kawasan ini ada menerangkan sejarah kawasan dan juga model binaan asal dikawasan ini.
Binaan di bahagian tengah itulah merupakan mini museumnya
Perjalanan diteruskan ke Banwolseong Fortress
Hajat nak menaiki basikal dikawasan ini tidak kesampaian. Pinjam basikal orang je untuk ambik gambar
Hentian seterusnya Daereung-won Tumuli Park
Sepanjang perjalanan ke sini, kiri kanan penuh dengan pokok bunga ini. Sungguh cantik.
Salah satu kubur
Kubur lagi
Kami berhenti rehat dekat kawasan ini agak lama. Lepak sambil makan. Tak terpikir boleh berpicnic dekat kawasan kubur.
Destinasi terakhir kami ialah Cheomseongdae Observatory
Hanya melihat dari jauh sahaja
Sebelum meninggal kawasan bersejarah Dinasti Shilla ini, terimalah LOVE dari kami
Dari sini, plan asal naik bus ke Gyeongju Station, kemudian tukar bus untuk ke KTX station (Singyeongju). Jalan punya jalan tak jumpa pulak bus stop. Bus pun tak terserempak. Berhenti tanya orang dekat kedai. Macam kitorg agak lah, ayam cakap dengan itik..haruslah tak sampai info. Kami pun ikut saja langkah kaki teruskan perjalanan. Agak jauh dah berjalan ni, semua bus stop yang dijumpai tiada pulak laluan ke Gyeongju Station.
Setelah kepenatan, kami pun lepak dekat salah satu pondok menunggu bus. Bincang punya bincang, sepakat nak ambik taxi. Depan sikit daripada tempat kami duduk, ada beberapa buah taxi. Jalan lah ke arah situ. Bila sampai je dekat situ, toleh kanan nampak bangunan tulis Gyeongju Station! Ok kami sudah berjalan sampai ke tempat tujuan rupanya.
Depan situ ada kaunter info, bila tanya bus ke Singyeongju, terus dia bagi satu list senarai bus yang boleh dinaiki. Cuma kena tunggu diseberang jalan. Lintas je jalan, datang bus no.51 terus tahan. Fuh berjaya sampai dekat train station.
Makan (owh lupa nak bgtau dekat sini ada Lotteria) dan solat. Kami solat dalam bilik nursery (jangan bukak lampu, nanti kena halau dengan makcik cleaner, hihi) . Dalam nursery ni boleh isi air masak untuk bekalan.
Seoul, kita berjumpa kembali!
2 comments:
I didnt cover this place and kinda regretting it, btw, you take nice pics.
Hi Lily Riani,
Tq.. for me Gyeongju sngt2 menarik utk dijelajah..actually ada lagi satu temple ( dlm 20 minit dari bulguksa) yg menurut Aunty Anne lagi cantik autumn nya dari bulguksa dan dpt view the whole town.
apa lagi, Kul-Busan kan dah ada..hihi..
Catat Ulasan