Khamis | 7.11.2013 | Day 8
Haedong Yonggungsa Temple adalah satu kawasan temple yang dibina di tepi laut. Untuk lebih penerangan lanjut sila tekan link yang telah disediakan (malas nak taip punya pasal). Kami memilih untuk mengambil bus no.181 (station Haeundae - exit 8) disebabkan lokasi yang paling dekat dengan berjalan kaki dari hostel.
Turun tangga ditepi laut
Turun lagi
Dekat naga ni banyak sangat patung kecik
Antara aksi-aksi patung
Setelah kami menjelajah kawasan ( sebenarnya lepak tepi laut je lebih pun ) Ada satu tempat viewing deck dibahagian atas bukit. Tapi memandangkan perlu menapak naik ke atas tu, kami batalkan hajat. Duduk tengok laut dari bawah pun dah cantik.
Pulang semula ke bandar Busan untuk misi seterusnya iaitu Gamcheon Culture Village. Memang menarik apa yang Majlis Perbandaran Busan usahakan. Daripada satu kawasan setinggan yang penuh kisah hidup ditukar menjadi salah satu tarikan pelancong. Pengangkutan awam pun sangat bagus dikawasan ini (memang sangat kagum dengan sistem pengangkutan awam dikawasan berbukit selekoh baring ni)
Bahan bukti sudah sampai ke sini :)
Lepas dah puas hati, kami meneruskan misi untuk menunaikan solat di Masjid Busan. Agak jauh daripada pusat bandar. Lepas solat kami makan di salah satu Restaurant Halal bersebelahan dengan masjid.
Bila sampai kembali ke Pusat Bandar hari sudah gelap. Kami menuju ke pantai Gwangalli untuk mengambil angin malam lepak sambil minum kopi tepi pantai.
Destinasi seterusnya : Seharian di Gyeongju
0 comments:
Catat Ulasan