Rabu | 6.11.2013 | Day 7
Selamat tiba di Busan pada 9.20pagi. Keluar airport terus ke arah kanan sekali untuk beli tiket ke bandar. Kami memilih bas yang melalui kawasan Haeundae Beach. Disebabkan kami tiba awal pagi, bilik belum tersedia jadinya tinggal beg di kawasan yang telah dikhaskan.
Sebelum menjelajah kami perlu singgah di Busan Station untuk tukar resit KTX kepada tiket terlebih dahulu. Proses berjalan dengan lancar dan mudah. Selesai urusan singgah makan then baru lah sesi penjelajahan bandar pelabuhan ini dimulakan.
Kawasan rehat di bahagian hadapan station
Memang menarik dekat sini. Boleh tengok macam-macam jenis hidupan laut yang masih segar!
Ketam masa kicap? entahla apa tajuk masakan ni,yg pasti bukan ketam masak lemak cili padi
Kemudian kami masuk bangunan pasar dan terus naik ke roof top untuk melihat kawasan pelabuhan dari atas. Tengah gembira menikmati pemandangan bandar pelabuhan ini, tetiba hujan turun da! secara automatik perancangan untuk menjelajah kawasan disekitar terus terbantut.
Sebelum hujan lebat turun
Setelah keputusan dibuat, kami sebulat suara bersetuju untuk ke Lotte Department Store untuk menunaikan solat terlebih dahulu dan perbincangan seterusnya akan dibuat nanti.Setelah selesai urusan wajib, hujan masih belum berhenti. Lepak dalam mall ini sambil tengok air pancut berirama.
Kemudian kami ke sky garden ditingkat atas bangunan ni untuk melihat pemandangan keseluruhan bandar Busan. Nasib hujan telah berhenti masa kami sampai di kawasan sky garden ni.
Pelan sky garden Lotteria, no12 tu ada taman haiwan untuk kanak-kanak
Pagar kunci cinta
Taman atas bmbung
Pemandangan di bahagian pelabuhan
Pemandangan ke arah Busan Tower
Kemudian kami pulang ke hostel untuk urusan masuk ke bilik. Sampai je hostel terus malas nak keluar sebabnya malam menjelma sudah walaupun baru jam lima petang. Maka aktiviti malam itu adalah makan, lepak di common room dan tido awal!
4 comments:
Nengokkan ketam masak kicap tu, terus teringat kejadian kat Jagalchi Market. Berdebat ngn sepupu aku nak beli ke x. Terliur sangat nak lagi bila nampak cili padi super banyak tu.
Bibie,
kesudahan cerita ini, adakah berjaya dibeli? :)
Kesudahan cerita. Xjadi beli sebab sepupu aku nak udang. Terpaksalah aku jadi masterchef, masak kat hostel. Haha.
hahaha, jadi chef akhirnya! Tahniah la :p
Catat Ulasan