Walaupun hari Isnin, kebanyakkan kedai di tanah Belanda akan bukak lewat. Macam pengalaman Miss A, dia cakap kalau pergi pejabat hari Isnin memang kau sangat rajin. Sebab dekat sini kebanyakkan pejabat di TU Delft tiada orang pada hari Isnin. Menarik kan, mesti tiada masalah Monday Blues dekat sini.
Disebabkan itu, maka Miss A boleh jalan bersama kami. Destinasi yang dibuat selepas muzakarah untuk hari ini ialah :
Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum
Faculty of Architecture, TU Delft
Perkara lawatan ke Fakulti harus buat kalau pergi melawat kawan yang sedang belajar, harus je tak ada la wajibkan. Tapi memang itulah aktiviti yang selalu dijalankan kalau dah melawat kawan yang sedang ber-phd. Tengok macam mana persekitaran pembelajaran dunia luar. Tak dapat belajar sendiri dekat luar, tengok tempat kawan belajar pun jadilah kan.
Daripada luar bangunan dia dah macam sekolah Harry Potter. Tidak jumpa pula gambar luar bangunan ini. Mungkin dalam camera Mrs.H rasanya. Mari kita lihat ruang di dalam sekolah senibina TU Delft ini.
Ini pula ialah perpustakaan fakulti. Kalau nak tahu, orang belanda ini memang sangat pentingkan perhiasan dalaman. Tengoklah sofa library ini. Semua pun nak kena pilih yang ada design. Memang ada suasana lah library diorg ni!
Pandangan dari bahagian atas. Tengok lampu tu, glam habis library korang nih. Tempat nak baca buku dekat bahagian bawah bebetul mengadap tingkap besar. Memang sangat tenang nak membaca.
Perasaan bila lepas habis lawatan ke fakulti ini haruslah nak apply sambung belajar. Tapi bila dah balik Malaysia, lupa dah perasaan berkobar-kobar ini. Pui! Erm tapi bila dah lama kerja macam skang ni, berhenti sambung belajar pun menarik jugak. Tapinya nak sambung buat projek apa yang keliru. Medical Planning memang menarik tapi kalau dah buat memang selamanya lah akan mengadap projek kesihatan yang complicated sampai pencen jawabnya.
ok to be continue ......... sambil perasaan nak sambung belajar tiba-tiba muncul lepas penat taip entry ini.
Daripada luar bangunan dia dah macam sekolah Harry Potter. Tidak jumpa pula gambar luar bangunan ini. Mungkin dalam camera Mrs.H rasanya. Mari kita lihat ruang di dalam sekolah senibina TU Delft ini.
Masuk je terus nampak satu bengkel besar ini. Ini adalah tempat untuk menjalankan Workbase. Kalau dalam sekolah senibina, semua pelajar akan masuk Workbase dua kali seminggu. Setiap tahun, workbase adalah berlainan. Dan untuk aktiviti subjek workbase ini, selalunya akan dijalankan di tempat yang kami panggil Studio. Haa, gambar diatas ini adalah salah satu studio.
Macam di UTM, untuk workbase tahun Satu, semua pelajar akan masuk Workbase Fundamental. Kami perlu buat painting, buat sculpture, buat shelter dan buat design pun yang ringan-ringan la dulu macam form and space, room with a view and my final year untuk tahun satu ialah retreat house. Owh rindu zaman belajar!
Macam contoh gambar diatas ini, macam inilah project budak-budak tahun satu. Buat benda simple dulu. Workbase ini buat design lampu. Cantik kan!
Ini adalah pandangan mengadap pintu masuk ke kawasan bengkel tadi. Bestkan dapat belajar dalam suasana macam ini. Lagi best sebab dia open concept. Cara diorg buat conservation bangunan ini pun menarik. Dikekalkan bangunan lama terutamanya facade bangunan, dan binaan baru tidak menjejaskan bentuk asal bangunan lama.
Ini pula ialah tempat untuk menjalankan aktiviti di fakulti. Macam kalau ada talk yang besar semua dibuat disini lah. Warna oren sudah semestinya lah! Owh teringat linangan jernih dekat FAB,UTM.
Dekat sini pun disediakan tempat untuk pelajar membuat kerja. Kadang-kadang terdapat juga workbase yang dibuat disini. Suka hati pensyarah itu lah nak buat Studio dia dekat mana. Teringat studio tahun satu pernah dibuat dalam bilik bincang pelajar tahun enam yang ada tv dapat channel Singapore,sebab pensyarah nak tengok Grammy Award sambil crit design! pun boleh. (ye memori tahun satu yang paling best sebab semua project adalah menarik)
Gambar dua diatas itu ialah pendekatan salah satu workbase buat projek guna medium lego! Fuyooo memang menarik sangat. Ada banyak lagi model dia, sepanjang-panjang kawasan depan kawasan oren tadi tu.
Pandangan dari bahagian atas. Tengok lampu tu, glam habis library korang nih. Tempat nak baca buku dekat bahagian bawah bebetul mengadap tingkap besar. Memang sangat tenang nak membaca.
Ini pula kawasan membaca dibahagian atas yang lebih santai-santai. Sofa memang hebat. Boleh terus tido ni.
Ini adalah laluan ke arah kedai buku. Disepanjang laluan ini dipamerkan projek pelajar-pelajar. Teringat masa pergi lawatan Politeknik Temasik dekat Singapore masa belajar dulu. Lebih kurang macam ini lah. Baru lah rasa dihargai penat lelah buat projek kalau dapat dipamerkan macam ini.
Ini kedai buku. Memang menarik. Semua barang ada dekat sini kalau nak buat model. Tak perlu susah payah keluar pergi beli dekat kedai Rainbow,Taman Uni Skudai itu!
Ini bukan tempat study ye, ini adalah kawasan makan di dalam cafe fakulti. Nampak tak design lampu, memang tak nak kalah! benda yang terjuloq keluar terjuntai kot atas itu adalah plug nak charge hp ke laptop ke. Memang tak macam cafe fakulti lah.
Perasaan bila lepas habis lawatan ke fakulti ini haruslah nak apply sambung belajar. Tapi bila dah balik Malaysia, lupa dah perasaan berkobar-kobar ini. Pui! Erm tapi bila dah lama kerja macam skang ni, berhenti sambung belajar pun menarik jugak. Tapinya nak sambung buat projek apa yang keliru. Medical Planning memang menarik tapi kalau dah buat memang selamanya lah akan mengadap projek kesihatan yang complicated sampai pencen jawabnya.
ok to be continue ......... sambil perasaan nak sambung belajar tiba-tiba muncul lepas penat taip entry ini.
2 comments:
Selalu kagum tengok budak2 AB dulu. Ntah apa je dalam kepala korang boleh create design best2.
Bibie Karim,
Kitorg kagum dgn bdk-bdk course yg bnyk kena buat maths,calculus,dan semua yg terlibat dgn kira-kira lah..most of us don't like numbers, we don't get along very well :)
Catat Ulasan