Rabu, 21 Mei 2014

Spring Break 2014 : KUL- DXB - AMS

Day 01 | Saturday | 26 April 2014

Berlepas daripada KLIA pada jam 7.30 malam dengan menaiki pesawat Emirates. Sepanjang perjalanan semuanya selesa dan memang tiada rungutan. Layan wayang je lah kerjanya. Banyak pilihan emosi boleh pilih : nak yang sedih ada, gembira ada, jenayah ada, disney ada, bollywood ada, arabwood ada semua adalah. Nasib baik cerita plane crash tiada, kalau ada memang tak tau la apa emosi dah kalau tengok semasa anda berada dalam pesawat tinggi dilagit biru.hashtag.sukanaktakutkandirisendirikenapa?

Matahari melabuhkan tirai selepas hujan petang. Hi MAS, 
kalau anda berharga murah hari ini pasti kami akan menaiki pesawat anda.

Sampai Dubai jam 10.30 malam. Keluar je pesawat terus kami pergi ke kaunter informasi untuk dapatkan visa on arrival. Senang dan mudah. Sampai dekat pintu ketibaan kelihatan Mr F tengah melambai-lambai tangan kearah kami berdua. Eh lupa nak kenalkan rakan penggembaraan kali ini. Nama dia Mrs H (bestkan dapat hubby yang bagi green light utk travel jauh-jauh dengan kawan tanpa dia disisi)

Ok, berbalik kepada ketua pelancongan kami di Dubai. Mr F merupakan rakan seuniversiti kami semasa di UTM. Telah bekerja di Dubai agak lama, lebih kurang lima atau enam tahun juga dia dekat Dubai ini. Apa lagi disebabkan trip kali ini sangat spontan dan kajian kurang, maka hanya kepada Mr F sahaja kami serahkan tugas tersebut.

Disebabkan kami sampai pun dah lewat malam, jadinya banyaklah tempat yang sudah tutupkan. Tapi Mr F tetap nak bawak kami jalan-jalan sekitar Dubai. Gembira betul dia bila dapat jumpa kawan lama konon macam datang melawat dia. Hehe, padahal transit je Mr F! Apa pun kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau melayan kami sampai pukul tiga pagi. Dan semua perbelanjaan ditanggung oleh beliau. Makanya info pasal berapa kos makan, berapa kos naik teksi dari airport ke bandar,dari bandar ke airport memang tidak dapat direkodkan.

Eh, bukan takat info je kurang gambar pun kurang sebab jalan-jalan sambil berborak je lebih. Konsep reunion lah katakan dekat Dubai ni. Overall Dubai ini macam semua benda dia nak buat macam yelah-ko-lah-yang-paling-hebat-dalam-dunia-ini. Apa kisah dah ada duit. Tapi skang ini Dubai pun dah hampir tiada duit nasib baik lah Abu Dhabi ada untuk membantu. Kalau nak tahu pasal info pasal Dubai dengan lebih baik dan terperinci, sila lah ke blog kawan saya : Alina (nampak tak sifat malas nak karang karangan sendiri begitu hebat!)

Lepas makan dekat kawasan old Dubai, kami terus terjah kawasan pantai. 
Nak melihat skyline Dubai sebenarnya, tapi apakan daya kabus tebal malam ini.




Lepas lepak tepi pantai tengok orang arab mandi manda laut waktu pagi buta ini, kami terus terjah bangunan Emirates (antara bangunan terawal di Dubai), beberapa bangunan yang lain disekitar. Lokasi terakhir, haruslah Burj Khalifa. Keliru pakcik teksi bila Mr F cakap nak pergi Burj Khalifah. Jalan-jalan dekat fountain lepak sambung sembang sambil mengadap bangunan tertinggi di dunia ini.

Burj Khalifa pada jam 2.00 pagi

* kualiti gambar guna hp je dekat Dubai ini. Teruja bersembang sampai camera pun simpan dalam beg.

Day 2 | Sunday | 27 April 2014

Flight sambungan pagi itu adalah pada jam 8.25 pagi. Jadi bila sampai airport balik dalam jam 3 pagi selepas sesi lambai lambai ambik gambar dengan Mr F, kami terus ke surau. Lepak dalam surau. Best sebab tak ada orang lain kecuali kami berdua. 

Flight pagi ini kami naik Airbus, masa pergi naik Boeing. Jadinya agak teruja la sketkan. Memang sangat luas seatnya. Sangat selesa. Perjalanan pun lancar tanpa adegan cemas ko-pandang-aku-aku-pandang-ko bila pesawat bergegar. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Sampai Amsterdam pada jam 1.30 petang. Semasa di kaunter imigresen bila encik imigresen tengok je DOB terus senyum and cop sambil ucapkan Happy Birthday to you and enjoy your holiday! Senyum lebaq la kita pun kan. Terus jatuh hati masa tu ( masa tu ja lah kan! la ni lupa dah pun muka dia lagu mana, eh awat cakap utaqa plak dah ni)

Proses pengambilan beg pun senang. Masa dalam pesawat dah bgtau perlu ke carousel berapa untuk ambik beg bagi penerbangan dari Dubai.

Sampai pintu keluar belum sempat nak call Miss A, dah nampak dah sorang budak melayu berlari kegembiraan untuk memeluk sahabat yang datang dari Malaysia ini. Owh ceria betul tuan rumah kami di bumi Netherlands dan juga Dubai! Sangat-sangat terharu dengan layanan anda berdua.

Kami terus beli tiket train untuk ke Delft. Delft menjadi base camp kami semasa berkelanan di bumi Netherlands ini. Jarak perjalanan dari airport ke Delft dalam 51 minit. Tapi apa yang menarik sepanjang perjalanan boleh nampak ladang bunga tulip yang berwarna-warni, kambing biri-biri, lembu tompok-tompok hitam putih coklat putih saujana mata memandang.

Permandangan daripada balkoni rumah Miss A. Sunyi dan tenang je kawasan ini. 


Konsep main terjah masih diteruskan semasa kami di bumi Belanda ini. Makanya, segala jadual perjalanan pada hari ini sehingga Khamis (1 Mei 2014) adalah secara perbincangan dengan pihak tuan rumah. Ikut pengalaman, pendapat dan juga cuaca. Pendekatan konsep muzakarah telah diambil disini. Baiklah!

Lepas kami letak beg dan bersihkan diri, kami terus memulakan perjalanan Spring Break 2014! Destinasi pertama yang dipilih ialah :

Delft University of Technology (TU Delft

Haruslah tengok universiti bila dah masuk dalam daerah universiti ni. Sempadan untuk kawasan TU Delft ini memang tidak akan perasan pun. Yelah uni dekat luar negara ini bukan macam uni dekat Malaysia yang ada pondok guard, kena tunjuk ic/card, angkat tangan bagai nak masuk. Ko masuk lah dek non oit. Janji ko tak kacau orang dan tak rosakkan barang hakmilik uni.

Paling teruja ialah Library TU Delft! Masa belajar tengok dalam buku je kan. Ni dah ada peluang haruslah lihat dengan mata sendiri.

Mari kita lihat disekitar kawasan luar terlebih dahulu. Apa yang menariknya library ini, kawasan bumbung yang dibina adalah dipenuhi dengan rumput dah berbentuk seperti bukit semulajadi. Mengikut Miss A, bila summer memang meriah kawasan bumbung ni. Semua pun nak tan kan kulit tapi macam ilmiah la sikit melepak atas bumbung perpustakaan universiti. Pui!

Kerusi semua ni akan penuh dengan student kalau hari sunny. Sebabkan hari ini suram maka kosong,kosong,kosong

Dalam bangunan putih itu ialah kawasan membaca buku. 
Ada natural lighting disekeliling kon putih ini.

Ini adalah puncak tertinggi kawasan bumbung. Jadilah kan untuk negara yang sangat landai ini, dapat bukit tinggi macam ni dah gembira.

Permandangan dari tempat paling atas ke arah kawasan parking. Nampak tak terusan kecik dekat hujung itu. Petang-petang banyak la itik-itik berenag-renang 

Ok, dah puas dekat luar mari teruskan penjelajahan di bahagian dalam. Nak masuk pun sempoi je. Tak pe pun kena tag guna metric card bagaikan. Ko masuk lah je dik non. Suka hati. Janji bahagia.

Nampak tak natural lighting dari bumbung tadi. Kelaskan!
Jimat tenaga,naikkan tarif elektrik pun tak de hal lah!

Tangga menuju ke dalam kon putih. Dalam tu ramai pulak pelajar tengah membaca, tak jadi nak ambik gambar sebab rasa macam bersalah pulak.


Dah katanya perpustakaan, haruslah banyak buku!
Untuk gambaran yang lebih baik macam mana rekabentuk Library ini, sila ke SINI

Kami bersiar-siar sepanjang jalan tengok dari luar je fakulti-fakulti lain dekat TU Delft ini. Sampai ke kawasan kediaman pelajar pun kami menjelajah. Apa yang menarik, tempat tinggal setiap pelajar disini konsep dia adalah seperti apartment. Bukan macam konsep satu bilik kongsi 2 or 3.

Kabin yang dijadikan kediaman pelajar. COOL sangat! setiap tingkap itu adalah kediaman untuk seorang pelajar. Tapi jenis kabin ni saiz dia kecik lah berbanding kediaman yang di dalam bangunan.

Yang ini pun kediaman pelajar juga. Lebih selesa daripada jenis kabin tadi.

Ini juga kediaman pelajar.

Yang ini bukan kediaman. 

Ini adalah bangunan untuk pelajar politeknik (lebih kurang macam tu lah konsep dia) setiap Uni dekat Netherlands akan ada poli sendiri, jadi sebelum pelajar masuk ke aliran ijazah pertama boleh pilih untuk masuk ke politeknik terlebih dahulu. (Ini yang diterangkan oleh Miss A lah dan pemahaman saya. Kalau salah info or pemahaman mohon maaf ye)

Lepas puas hati dengan pengenalan TU Delft, kami pergi ke suatu kawasan untuk membeli daging halal. Kawasan muslim lah senang cerita. Banyak pilihan kedai ada, jadi tidak perlu risau. Macam-macam ada. Beli daging nak buat daging masak asam pedas! Tuan rumah orang Melaka lah katakan and dia pun tahu kawan-kawan rindu nak makan asam pedas masakan dia. Yummy!

Sculpture dekat depan kawasan kedai-kedai halal. 

Sekian, hari pertama dan kedua pegembaraan Spring 2014. 
(kita tengok tahap kerajinan update blog ini sampai level mana untuk trip kali ini ye!)

5 comments:

syieda berkata...

Untong ada kawan kat overseas.

Salam kenal!

hidayahrodhi berkata...

Hai Syieda!

Ha ah, konsep saya stakat ni ke Europe adalah melawat kawan yang tengah buat phd..hehe..diri sendiri malas nak belajar tapi rajin mengeratkan silaturrahim (alasan sngt kan!) :P

Zilla berkata...

agak2nya Mr. dan Miss A sudi tak terima tetamu luar?? hehehe...apa pun, library tu mmg terbaiklah..national library yg gah di Jln Tun Razak tu pun kalah..

Cheq Sue berkata...

Hai hidayah... datang baca trip europe... best je tgk... mesti seronok kan..

hidayahrodhi berkata...

Zilla,

haha,nak kena tanya diorg lah dulu..tp Mr F tu ada housemate :)

Ha ah, library dia mmg best, tp ok lah negara tak banyak hujan ok lah buat macam tu (itupun ada jugak kes kebocoran) kalau dkt Malaysia...bumbung pitch biasa pun bocor!

CheqSue,
Hai! tqvm

Tp mintak maaf lah kalau nnt lama x update..sy sungguh tidak istiqomah dalam dunia blogging ini.

Berjalan tempat orang dapatlah luaskan pandangan :)