Khamis, 29 Mei 2014

Spring Break 2014 : Volendam & Edam

Monday | 28 April 2014

Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Volendam

Daripada Zaanse Schans, kami perlu naik train semula untuk ke Amsterdam Centraal untuk mengambil bus ke Volendam. Volendam ini adalah satu perkampungan nelayan yang terletak di bahagian utara Amsterdam. Perjalanan daripada Amsterdam ke Volendam mengambil masa lebih kurang 30 mins. 

Bus yang kami naiki ialah no.316, tapi untuk ke Volendam ini kita boleh je naik mana-mana bus yang direction ke Edam. Semua bus ke Edam akan lalu Volendam. Harga tiket untuk ke Volendam ialah 3.85 euro sehala. Tapi disebabkan pakcik bus itu cadangkan kami ambik day tiket berharga 10.00 euro untuk seorang dan kami boleh pergi melawat Edam sekali. Makanya sebab itu lah perjalanan hari ini ada pertambahan kawasan lawatan iaitu Edam.

Untuk ke Voldendam sila turun di Vissersstraat. Kemudian jalan kaki ke arah kanan menuju ke persisiran pantai. Masa kami berjalan, keadaan sangat tenang disekitar kawasan ini. Aman damai rasanya. Bila dah sampai ke bahagian tepi pantai, agak ramai juga pelancong dekat sini.

Kami melepak makan seafood dekat sini sambil memerhati gelagat manusia. Rumah-rumah disekitar kawasan ini pun comel dan sangat too scale! Owh, untuk pengetahuan semua harga rumah di negara Belanda sedang murah. Banyak rumah yang kami jumpa terpampang iklan jualan. Kalau aku kaya! aku beli sebuah rumah dekat sini.

Mari kita lihat kawasan perkampungan nelayan di Volendam ini.

Inilah pekan kecil di tepi pantai Volendam. Sebenarnya banyak kedai souvenir dengan kedai makan dekat kawasan ini


Salah satu restaurant yang terdapat disini. Comel je cara bukaan tingkap dibahagian atas itu

Ini pula adalah tempat untuk menunggu bot untuk ke Marken. Pada mulanya, plan asal nak juga ke Marken ini tetapi dengan keadaan cuaca yang suram, kami batalkan niat nak berbasikal di sana.

Muka sedih je pakcik ni, sikit sangat kot rezeki hari ini

Ini baru kawasan penempatan penduduk tempatan. Rasa macam nak beli je sebuah rumah dekat sini. Sangat too scale!

Edam

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Edam. Kalau nak tahu Edam terkenal dengan tempat membuat Cheese! Biasalah kalau dah sampai Belanda ni kalau tak masuk kedai cheese memang tidak lengkap. Disebabkan lawatan tambahan, maka kami hanya mengikut jejak langkah kaki sahaja. Tapi menarik juga berjalan di sini. Kawasan ini lebih tenang, tidak ramai pelancong seperti Volendam.

Canal di Edam yang tenang disuatu petang yang suram

Binaan jambatan pun menarik dekat bumi belanda ini. Macam-macam jenis ada. Semua pun boleh bergerak untuk memberi laluan kepada bot

Rasa macam nak lepak duduk minum teh o panas cicah biskut hap seng dekat sini!

Too cute to handle!

Salah sebuah restaurant yang terdapat di Edam

Sepanjang canal ini penuh dengan bot, maklum lah dah nak masuk summer, semua bot dah bersedia untuk persiapan pelayaran musim panas

Kedai disepanjang canal. Tapi banyak yang dah tutup sebab dah jam enam lebih pun masa kami sampai sini

You look blue-tiful

Sepanjang dekat sana, saya memang tertarik untuk melihat kepelbagaian raga basikal. Yang ini antara salah satu yang menarik. Macam-macam boleh angkut

Bila berjalan bertiga, maka adalah gambar berdua dengan MrsH yang normal dan tidak secara selfies berdua

5 comments:

Jari Manis berkata...

Terasa nyaman je..terasa tenang je...OMG..bila lah turn JM pulak ni..ok..ok..dh prepare itie ni hikss

Azra berkata...

Sukanye tengok rumah2 kat tepi canal tu

hidayahrodhi berkata...

JM,
Edam paling tenang sepanjang perjalan Spring kali ini. kalau cuaca cantik mesti lagi menarik. Go go go JM!

hidayahrodhi berkata...

Azra,

Memang tertarik hati sunggu dengan rumah2 dkt Belanda. Kalau kaya, kalau jek lah kan.

Unknown berkata...

Owh im soo sorry hidayah.tersilap tulis syieda.