Selasa, 3 Jun 2014

Spring Break 2014 : Eye Museum

Monday | 28 April 2014


Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Eye Museum

Eye Museum ini merupakan sebuah museum untuk perfileman. Terletak diseberang sungai. Untuk ke sini perlu menaiki bot dibahagian bawah (belakang Amsterdam Centraal). Jangan risau bot ini adalah percuma. Kami hanya masuk ke bahagian yang tidak dikenakan bayaran sahaja. Lebih kepada lawatan untuk melihat rekabentuk bangunan.

Bila turun sahaja bot, sebelah kiri dah nampak dah bangunan ini. Pada mulanya ingatkan direkabentuk oleh Arkitek Zaha Hadid sebab rekabentuk yang sangat decon. Rupanya arkitek lain.


Bentuk macam ini, kalau buat dekat Malaysia skali hujan turun mau kena sumpah seranah arkitek yang design.

Dekat bahagian bawah ini, adalah pejabat museum. 

Kawasan belakang bangunan

Bahagian tepi sebelah kiri

Bahagian tepi sebelah kanan

Nampak tak bangunan Amsterdam Centraal bahagian belakang dekat hujung kanan itu. Haa dekat saja. Kalau ada masa datang la ke sini. Naik bot percuma, boleh minum petang skali dekat cafe dia
 ( ini tidak percuma )

Jom masuk dalam, kita lihat macam mana rupabentuk dalaman. Bila tengok rekabentuk style macam decon ini, tak dapat bayangkan macam mana team Civil and Structure diorg. Mesti bertungkus lumus kira beban semua. Tapi apa ada hal dekat sana dah banyak bangunan macam ini, kalau dekat Malaysia...kita design senget sikit je, muka C&S dah terbeliak mata got kerut some-more! 

Eh, jom masuk dalam jom.

Tangga keluar selepas menonton wayang.

Lampu dekat kaunter memang tak nak kalah

Pemandangan dari kawasan cafe. Kalau naik tangga terus ke kanan hujung boleh nampak pintu masuk utama. Dekat lobi dia ada iklan tayangan wayang, festival dan pameran macam macam lagi lah. Lupa nak ambik gambar.Sorry

Gambar dari tangga.Cafe dia menarik sebab direkabentuk macam stage. Bertengkek-tengkek.

Ini dari atas. Ada ruang untuk duduk santai dekat sini. Boleh la panaskan badan setelah seharian di luar udara sejuk.

Bahagian tepi cafe boleh juga duduk makan minum disini, tapi memandangkan cuaca sejuk semua pun duduk dalam bangunan.

Lepas dah habis tawaf kawasan dalam bangunan, kami bersantai minum petang dekat cafe museum. And tq Miss A belanja cheese cake sempena my birthday. Kali pertama sambut hari lahir dekat luar negara.Balik semula ke Delft dalam jam 8.30 malam. Sampai rumah tuan rumah masak dinner. Nikmat betul makan nasi panas dalam cuaca sejuk.

Ohoi! bila nak habis cerita Spring ini! Baru habis hari ketiga. Harap-harap sempat siap sebelum next travel. Amin.

2 comments:

Jari Manis berkata...

PERCUMA? ok..ok..kalau JM ke Arsterdam boleh masukkan dalam list hikss

Alaaa...ada nex trip lagi..cepat2 update sbb JM nk jadikan rujukan nanti :-)

hidayahrodhi berkata...

JM,
Sila2..jgn malu2,benda murah jatuh hukum harus utk pergi buat lawatan. Next trip bulan 10, nampak tak ada harapan spring break punya post boleh sampai ke bulan 10..hahaha