Selasa, 27 Mei 2014

Spring Break 2014 : Zaanse Schans

Monday | 28 April 2014

Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Selepas puas tawaf sekolah senibina Delft, perjalanan seterusnya ialah ke Zaanse Schans. Perjalanan mengunakan train untuk hari ini adalah menggunakan tiket murah yang dibeli oleh Miss A. Iaitu berharga 15.50 euro seorang. Murah la kalau tak ada tiket murah ni, dari Delft ke Amsterdam oneway je dah 12.40 euro. Makanya perbelanjaan untuk train satu hari ini jmat duit. Guna satu tiket untuk travel dengan train ke semua tempat yang tersebut diatas.

Tip : Kalau banyak menggunakan pengangkutan awam di sini, bolehlah download aplikasi 9292 dekat hp. Senang dan mudah. Kita boleh budget masa ketibaan train dan juga masa sampai ke destinasi serta pilih train yang boleh dinaiki.

Contohnya :

Senang dan mudah. Siap bagi tahu kena naik dan turun di platform no berapa.

Bila kami sampai di Station Amsterdam Sloterdijk, sedang kami menunggu train sprinter untuk ke Koog-Zaandijk kami ditegur oleh seorang mak cik.

----------------------------------------------------------
Drama #1 : Mak cik ni senyum-senyum dan tanya kami daripada mana. Kebetulan train pun sampai. Lepas menjawab soalan dia, kami terus naik train. Dia ikut kami dan bila dan duduk dia terus edarkan sekeping kertas kepada kami semua. Bila kami baca, ianya adalah isi daripada kitab Bible.

Masa itu dalam hati saya, bagusnya mak cik ni. Mesti orang alim sebab sedang berusaha untuk sebarkan agama kristian. Kami cakap tq je lah dekat dia. Ingat dia nak terus pergi, skali dia bagi syarahan skali da! Ok tak pe lah, dengar je lah kan. Semua agama pun mengajak kita ke arah kebaikkan. And of course I Love Jesus too makcik!

Tapi bila dia sebut satu ayat itu, kami terus memandang antara satu sama lain. Ayat tersebut ialah :

" Jesus said to me in 2009, each one of us need love. We have to love each others." ..ada juga "In 2009 also, He said bla bla bla..." 

Ok makcik skang ini Jesus yang saya sayang sebagai salah seorang nabi yang diutuskan Allah untuk umat manusia mungkin orangnya tidak sama. bla bla bla...makcik itu terus bersyarah. And syukur lah tidak berapa lama sangat dia bersyarah.

Bila dia dah pergi je, terus Mrs. H cakap "ermm in 2009, really!!" nak gelak berjemaah macam kurang ajar pulak takut dia dengar nanti. Oh sungguh keliru. Tapi salute makcik sebab makcik ikhlas menjalankan suruhan agama yang dianuti. Insaf kejap bila memandang diri sendiri yang tidak pernah cuba bercerita tentang keindahan agama Islam kepada kawan-kawan bukan Islam.Sekian drama #1 sepanjang berbunga-bunga di Eropah ini.
----------------------------------------------------------

Sampai destinasi terakhir iaitu Koog Zaandijk, perlu berjalan dalam 15-20 mins, lalu jambatan baru lah sampai kawasan open museum ini. Haaa dapatlah tengok dengan mata sendiri binaan windmill yang terkenal di sekitar negara belanda ini. Tapi cuaca agak kelabu hari ini. Kalau sampai sini cuaca macam dalam gambar postcard mesti lebih puas hati.


Nampak tak betapa kelabunya hari ini. Gambar secara black and white dari atas jambatan. Angin agak kuat pada ketika ini. Bila keadaan sejuk macam ni, memang lah tertunggu tunggu pancaran matahari.


Pemandangan disekitar perjalanan menuju ke arah windmill. Semasa kami sampai sini, orang dah ramai. Agak keciwa juga, sudahlah cuaca kelabu suram, banyak kedai tutup. Owh kenapalah Isnin mereka tidak seperti hari Isnin di tanah melayu. 

 
Salah satu rekabentuk windmill. 

 
Rekabentuk ini agak menarik bumbungnya.

Dari jarak dekat. Kemas hasil pembuatan.


Dalam banyak-banyak windmill yang boleh masuk, hanya yang ini sahaja tidak panjang beratur. Maka kami pun masuk windmill yang ini sebab malas nak beratur panjang buang masa. Sementara menunggu kami masuk menjelajah bangunan ini, Miss A membuat aktiviti kesukaan iaitu sketching. Owh kalau saya mempunyai masa yang lama sepanjang perjalanan ini sudah pasti akan buat. Lama sudah tidak sketch on site!


Pandangan bumbung daripada kawasan pelantar disekeliling bumbung windmill yang dimasuki. Punya lah kami leka membelek bahan binaan bumbung ini, sampai ada seorang makcik datang join kami sekali. Agaknya dia hairan kenapa kami berdiri disitu lama sangat.

Pemandangan disebelah kanan.

Pemandangan disebelah kiri.

Hampir 40 minit kami berpisah, inilah hasil tangan Miss A.


Bangunan ini adalah kedai yang menjual cheese, kasut kayu bermacam saiz dan juga terdapat demo bagaimana terhasilnya kasut kayu. Malang lagi kerana, kami masuk je dah tamat demo. Kalau nak tengok kena tunggu next session. Babai lah jawabnya.

Hiasan dibahagian luar bangunan.

Fridge magnet untuk kenangan. Tapi kami hanya ambik gambar kenangan. Mahai bebenor harga. Kami hanya membeli dekat bandar Delft yang jauh lebih murah.

Gambar lama menunjukkan penggunaan kasut kayu


Tahukah anda kenapa gambar zaman dahulu kala orangnya tidak nampak begitu mesra, agak masam raut mukanya. Ini adalah disebabkan proses untuk mengambil gambar memakan masa yang terlalu lama. Bukan macam kita yang tahap selfie sejam sekali upload terus.




Semasa perjalanan pulang kami melalui jalan belakang, konon afdal datang jalan lain balik jalan lain #koingatpergimasjid terjumpa lah dengan kawasan longgokkan bahan buangan di atas. Macam menarik terus ambik gambar. Ini kalau tunjuk dekat mak mesti dia cakap, tak ada gambar pemandangan dah ke nak ambik sampai ambik gambar sampah ni?

Eh, tidak lengkap lah post dekat negara belanda ini kalau tiada gambar basikal. Jom kita lihat basikal mana yang berjaya menarik perhatian mata saya ketika cuaca suram kelabu di Zaanse Schans ini.

Love the colour!

Comel raga basikal ini!

7 comments:

syieda berkata...

Walaupun kelabu gambar still nampak cantik!

Bibie Karim berkata...

Feeling gambar ko dah macam gambar aku haritu gak. Memang kelabu je weather masa tu. Sesekali ada gak pancaran matahari tapi bertahan cuma 2-3 minit je. And windmill sume tutup masa aku gi. Lagi sob. Sibaik enjoy jejalan tengok keadaan tempat ni. Tenang je.

hidayahrodhi berkata...

Syieda,
Tq,tp still ok lah hari kelabu di zaanse schans ini. ada lagi yg lebih kelabu suram..hehe

Bibie Karim,
Nak buat mcm mana kan..kalau dah ke negara europe ni kalau tak ada hari suram mmg tak sah. owh kisah sedih betul cerita kau nih..ada alasan mau pergi lagi ni.hihi

Jari Manis berkata...

My fren Syieda, Bie, Dayah dah jejak kaki ke Europe..menabung..menabung..wlaupun cucaca suram camtu..gambar tetapi marbeles...

Kisah mak ccik teringat JM semasa ke korea thn 2011..di aproach berkenaan perkara yg sama..

hidayahrodhi berkata...

JM,
kamon JM Boleh! baguskan mereka2 ini. Salute! Kita mmg patut contohi mereka2 ini.

Unknown berkata...

Syieda,cantik2 nya gmbr2 yg diambil. Jika tidak keberatan,boleh kongsikan syieda pakai camera apa ye? Kamera telefon,compact camera atau dslr? So nice to see all the beautiful photos.

hidayahrodhi berkata...

mizan aziz,

gambar ambik guna camera compact lumix.