Khamis, 15 Mei 2014

Thursday Tips : Spring Break Europe 2014

Alhamdulillah, telah selamat tiba di tanah air tercinta pada 14 May 2014. Percutian kali ini memang agak spontan dan kurang perancangan secara terperinci seperti tahun 2011 yang lalu. Konon trip kali ini adalah hadiah kepada diri sendiri sebab berjaya lulus Exam Part III pada tahun lepas juga merangkap hadiah harijadi skali. Gitew!

Tiket Penerbangan

Dulu masa trip kali pertama ke Europe tahun 2011, saya memang daftar semua airlines (baca : orang tamak selalu untung) maka setiap kali ada penjualan murah sudah tentu email masuk bertalu-talu (baca : sngt bahaya kepada mereka yang kurang daya tahan yang tinggi).

Lagi satu, memang akan selalu jenguk website : Skyscanner. Belum pernah beli thru this website, hanya digunakan untuk buat perbandingan harga tiket semua airlines. Mudah macam makan kacang je website ni dan sangat membantu.

Maka, setelah buat kiraan tambah tolak bahagi, tengok kalender semua berjaya lah membeli tiket paling murah ketika itu (bulan Februari 2014) yang sesuai dengan tarikh idaman, Emirates menjadi pilihan dengan transit selama 12 jam untuk perjalanan pergi dan 3 jam untuk perjalanan pulang.

Penginapan

Seperti yang telah dikongsikan bersama sebelum ini, perkidmatan Airbnb telah digunakan bersama website Booking.com serta perkhidmatan belas ihsan daripada kawan yang sedang berjuang membuat phd di TU Delft. Tq doc to be, Miss A. Murah rezeki anda dan semoga berjaya pulang dengan cemerlang ke tanah air nanti.

Pengangkutan 

Disebabkan trip kali ini agak santai, maka kami memilih untuk menaiki keretapi. Seperti biasa kalau naik keretapi kena booking awal untuk mendapatkan tiket murah. Selalunya paling kurang pun tiga bulan sebelum tarikh perjalanan la.

The Netherlands

Sepanjang kami berada di tanah Belanda ini, perjalanan kami dimudahkan dengan pembelian tiket promosi oleh Miss A. Dua hari perjalanan seluruh tanah Belanda kami dapat dengan harga secara : buy 1 for 2. Pergi lah kemana ceruk rantau seluruh tanah Belanda suka hati korang dengan tiket ini. Tapi valid hanya untuk satu hari sahaja.

Kalau nak beli OV-chipcard pun boleh tapi berbaloi kalau duduk lama di negara ini. Walaupun ada card ini, harga tiket akan murah tapi perlu ada baki dalam card sebanyak 20 euro untuk membolehkan korg naik train, kalau tak.. boleh naik bus atau tram sahaja. Maka adalah tidak disarankan kalau hanya berada disini selama 3 atau 4 hari sahaja. Kami juga bertuah sebab Miss A ada card ini dan sesiapa yang travel dengan dia (valid untuk 2 org sahaja) boleh dapat harga tiket train dengan 40% diskaun.

Harga tiket train adalah berbeza sekiranya anda membeli di kaunter dengan beli di mesin. Yang tak bestnya, mesin train di sini hanya menerima duit siling sahaja. Kalau beli di kaunter, akan mahal dalam 1 to 0.50 euro daripada paparan harga di mesin.

Inter City (agak laju dan tidak berhenti disemua station) & Sprinter (perlahan dan berhenti disemua station)

Belgium

Untuk penjimatan yang maha hebat, sila menjelajah negara ini pada hari Jumaat (selepas jam 6 petang) Sabtu dan Ahad. Ini adalah kerana harga tiket adalah 50% murah daripada biasa. Lebih kurang macam buy 1 for 2 juga lah.

Negara ini, kalau beli dekat kaunter or mesin sama je harga. Orang dekat kaunter pun semua peramah dan kalau minta info pasal train diorg terus akan tulis masa train bertolak (siap buat 3 options pilihan) skali dengan masa sampai ke destinasi dan nama tempat akhir train tersebut (penting sebab nak tengok dekat papan kenyataan dekat platform nnt)

Ingat ye kalau mau murah #cheapskatesejati silalah plan pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad

Luxembourg

Kami tidak menggunakan perkhidmatan pengangkutan semasa di negara kecik comel ini. Hanya menggunakan khidmat sepasang kaki sahaja. 

Sekiranya anda ingin ke negara ini daripada negara Belgium, adalah disarankan untuk mengikuti langkah kami (diperolehi daripada pembacaan di tripadvisor ) :

  1. Beli tiket dari tempat anda di Belgium, macam kami daripada Brussels to Arlon. Sila beli return sekiranya anda akan kembali ke Brussels semula.
  2. Turun train untuk beli tiket Arlon to Luxembourg. Kalau masa pulang, selalunya train dari sini memang akan ke Brussels, jadi masa pulang tidak perlu untuk tukar train.

Ini adalah kerana, perjalanan domestic boleh dapat separuh harga (hanya pada weekends sahaja ye!). Jadi harga yang akan dikenakan dengan harga perjalanan International adalah daripada Arlon to Luxembourg sahaja iaitu sebanyak 10.20 Euro. Boleh beli return terus senang nnt nak balik.

Paris, France

Kami membeli day pass untuk 2 hari yang berharga 17.50 euro untuk sehari dan juga 3 kali tiket biasa yang berharga 1.70 euro untuk sekali perjalanan semasa berada selama 3 hari 3 malam disini.

Sebelum ke Paris, macam-macam info dapat pasal metro Paris. Scary lah semuanya. Namun, Alhamdulillah kami berjaya dengan jayanya tanpa sesat atau tersalah naik train dan juga terselamat daripada kejadian tidak diingini semasa menggunakan metro di Paris. Alhamdulillah!hanya beberapa drama pendek sahaja yang terpaksa mengadap.

Germany

Disebabkan kami hanya melawat Koln dan Dusseldorf, maka kami hanya menggunakan khidmat sekali sahaja train untuk pergi dan pulang semula (kami hanya booking apartment di Koln sepanjang di Germany).
 
Germany untuk perjalanan seluruh Germany.

VRS : untuk perkhidmatan yang lebih murah, sekiranya perjalanan anda adalah untuk 2 - 5 orang disekitar Koln.

Bagi perkhidmatan train secara merentasi negara, kami hanya menggunakan train Thalys. Senang dan mudah nak buat pembelian tiket. Cumanya hanya perlu rajin tengok harga supaya dapat grab yang murah.

Perkhidmatan train International : Thalys menjadi pilihan hati.

Perjalanan bermula :

Sebenarnya plan asal untuk tahun ini adalah menjelajahi negara Balkan. Tapi apa kan daya, kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan sepanjang perjalanan, berjumpa dengan orang yang sudi membantu, kesihatan yang baik dan yang paling penting pengalaman yang sangat berharga ini.


Perjalanan bermula pada 26 April 2014 - 14 Mei 2014 | Spring 2014 | 
| Dubai, Netherlands, Belgium, Luxembourg, France, Germany |



7 comments:

Azra berkata...

Mak aaii lamenye travel.. best betul

hidayahrodhi berkata...

Azra,

Cover balik thn lepas tak berapa nak travel sbb nak exam..balas dendam!

Jari Manis berkata...

Huhuhu boleh baca dan berangan je dulu

f i d a j a c o b berkata...

Halluuu!!!


kita pun nakpu Lux nnt tapi still blur2...Mohon pencerahannnnnn sobs.

hidayahrodhi berkata...

JM,
Dari angan2 in sha Allah boleh jadi kenyataan! Ameen.

Fida,
I email you lah detailnya ye..panjang lebar plak nnt dkt sini

Tanpa Nama berkata...

The last time i did Europe was way back in 2008. Bile la agaknya ada chance nak ke sana lagik. :D

hidayahrodhi berkata...

zaraab,
haaa dah boleh lah tu plan balik ke Europe skang, hehe (MAS pun buat sale kan!)