Isnin, 16 Jun 2014

Spring Break 2014 : Amsterdam, The Netherlands

Day 5 | Wednesday | 30 April 2014

Day 5 : Delft ---> Amsterdam ---> Delft

Perjalanan hari ini adalah seharian di Amsterdam. Nampaknya cuaca masih tidak menyebelahi kami semasa perjalanan dimulakan. Menurut Miss A, dua minggu yang lalu cuaca sangat baik. Nasiblah rezeki kami nak berjalan-jalan disini dengan cuaca mendung suram. Sampai dekat Amsterdam Centraal manusia ramai sudah membanjiri. Tourist Information Centre pun ramai sampai beratur keluar. Nasib baiklah kami bawa buku travel yang dipinjamkan dari Miss A. 

Amsterdam Centraal

Kebanyakkan bangunan lama di bumi Belanda ini menggunakan bahan kayu sebagai piling. Semasa pembinaan bangunan ini, banyak bangunan disekitarnya yang telah senget. Dah la tanah pun hasil ditambak. (60% tanah dibumi Belanda ini adalah hasil tambakan dan ianya masih berlaku sehingga sekarang). Jadi memang banyaklah bangunan yang senget benget dapat kita lihat.

Kami meneruskan perjalanan ke Rijksmuseum. Sebagai National Museum, semua info pasal bumi Belanda ada didalam. Kami memilih untuk masuk satu museum ini sahaja. Sebab masa terhad. Besar museum ni, kalau betul-betul nak telek belek semua perlu satu hari penuh disini. Tiket masuk berharga 15.00 euro.

Pandangan hadapan Rijiksmuseum. Alhamdullilah kami sampai disini, cuaca pun ceria!

Iamsterdam dari belakang

Atrium museum yang siap diubahsuai pada 2013

Jom kita masuk dalam kita lihat koleksi yang dipamerkan. Hanya beberapa keping sahaja yang dimuatnaik disini kerana tak kuasa nak upload semua. Banyak sangat. Setiap bahan pameran akan ada info dibahagian hadapan. Kalau painting, siap ada info bersaiz A2, detail sungguh penerangan. Semua info ada, dari segi pencahayaan, gaya, warna dan objek yang dilukis.

Outdoor Wedding dah lama dah orang Belanda buat. Dilukis oleh Frans Hals c.1622

The Jolly Drinker, c.1628-1630 juga oleh artis yang sama.

The Meadre Company oleh artis yang sama tapi dia tak siapkan lukisan ini dan kemudian disambung semula oleh Pieter Codde

Battle of Waterloo by Jan Willem Pieneman. Kalau diteliti raut muka wajah sorang-sorang memang lain. Ish kagum betul boleh duduk melukis sampai macam ini punya detail.

Selain lukisan yang sangat banyak dipamerkan, terdapat juga perabot kerusi meja almari pinggan mangkuk cawan segala mala yang ada dalam rumah. Memang banyak dan bermacam-macam gaya rupa.

Almari Narnia

Koleksi zaman dahulu kala kalau kita teliti adalah sangat sarat dan mewah dengan perincian. Sangat halus pembikinan setiap barang. Kagum kami membelek almari dengan kerusi dekat sini. Tingkat paling atas sekali adalah koleksi pada zaman sekarang. Kita dapatlah lihat revolusi perabot dekat sini.

Tengok, rileks je kerusi ini masuk museum

Sculpture pun dah  tak terjangkau minda, termasuk lah lukisan yang macam calit-calit sket ok siap! Kalau artis zaman dulu tengok sure kerut habis muka.

Di bahagian bawah adalah koleksi alatan perang, senapang pistol meriam perisi semua ada. Koleksi kapal juga banyak dekat sini. 

Antara model kapal yang dipamerkan

Kapal selam katanya

Itulah antara koleksi yang mampu dimuatnaik disini. Kalau ada masa korg boleh la masuk museum ini. Sebab koleksi memang sangat menarik dan sangat tertarik. National Museum lah katakan. Mestilah koleksi hebat. Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk menjelajah Amsterdam dengan berjalan kaki sahaja.

Gambar hadapan museum keseluruhan. Sangat besar.

Disekitar kawasan Hard Rock Cafe Amsterdam

Tingkap yang maha luas adalah ciri utama binaan bangunan di bumi Belanda kerana mereka mengangkat barang melalui tingkap-tingkap ini. Dan disebabkan itu juga, fasad hadapan dibina agak condong sedikit ke hadapan untuk memudahkan proses mengangkut barang dijalankan. Tapi disebabkan faktor pergerakkan tanah kecondongan yang dapat dilihat sekarang semakin ketara dan jelas. Antara rekabentuk tingkap dan daun tingkap yang sangat menarik perhatian.






Yummy! Ben & Jerry's, diambil dari salah satu kedai halal yang terdapat disini. Kami singgah makan tengahari disini sebelum meneruskan perjalanan

Sebut Amsterdam mestilah kita akan terbayang canal kan. Itu yang membuatkan hati ini tertarik dengan Amsterdam. Rasa macam nak pindah duduk sini je. Berangan itu perlu untuk perkembangan otak agar sel-sel bersambung dengan baik.Antara banyak-banyak canal perlu la ada list terbest canal kan. Top four ialah : Singel, Herengracht, Keizersgracht dan Prinsengract. Teka teki, apakah sebutan canal dalam bahasa Dutch?

Sesuai dijadikan tempat berborak pasangan sambil dengar life band dekat depan tu.

Memang rasa macam nak pindah duduk sini


Cat sendiri lah tu

Suka hati parking tengah laluan

Nampak tak lukisan dekat dalam itu. Very the famous, The Milkmaid by artis terkenal dari Delft, Johannes Vermeer. Dan semestinya bukan yang asli.

Kalau dah sampai di Amsterdam ini memang tidak sah la kalau tak singgah ke Flower Market. Nak beli souvenir pun boleh la beli dekat sini. Borong tidak berapa banyak sangat lah  sebab Miss A dah pesan kalau nak beli fridge magnet semua tu beli dekat Delft lagi murah.

Henriwillig memang terkenal dengan penghasilan keju

Amsterdam Centraal tengah tunggu train untuk pulang ke Delft setelah seharian di bumi Amsterdam. Sampai balik je, makanan untuk dinner sudah tersedia atas meja. Luv you lah Miss A!
Location: Amsterdam, The Netherlands

5 comments:

Bibie Karim berkata...

Aku pun snap gambar tingkap Hotel Fenice haritu, banyak! Sebab terpaku dengan tingkap dia tulah. Xsempat nak ronda market kat Ams, rugi rasanye. Nak repeat xtaulah bila. Tabung xreti nak penuh.

Jari Manis berkata...

Jangan kata Dayah..JM yg tengok dalam pic pun boleh rasa kedamaian tinggal di sini....terasa jugak nk migrate ke sana..tapi atas alasan apa kan..bukan senag2 je nk stay di negara org..huhuh...nk jejak kaki pun belum tentu tercapai ke tidak..ohhh..sani sni citer pasal armsterdam..ni yg buat hati melonjak nk menabung lebih nih :-)

hidayahrodhi berkata...

Bibie
Hahaha mmg tabung x sempat penuh kot kalau dah kaki travel ni.hihi

JM
Sempena world cup Netherlands menang dgn Spain semangat buat entry ni..hehehe

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

Memang tunggu tabung penuh utk ke benua eropah

hidayahrodhi berkata...

In sha Allah..x lama lagi penuh lah tu :)